Tuesday, January 15, 2013

MENTERI LEMBUT YANG BODOH

Si lembut Hishamuddin kata, Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun yang hadir stadium tu berjumlah 50K, 30K atau 100K mahupun sejuta, itu bukan membawa maksud rakyat Malaysia tidak sokong Kerajaan.  Katanya, rakyat Malaysia berjumlah puluhan Juta, tetapi yang berhimpun di Stadium Merdeka Sabtu lepas berapa orang sahaja, katanya.

Kalau aku sebut bengap, nanti lembu-lembu Umporno marah.  Memang bengap pun menteri sekor ni.  Mana ada dalam dunia ni satu negara berhimpun marah kepada kerajaan?  Cuba sebut mana-mana negara yang seluruh rakyat negara mereka berhimpun?  Bodo terlebih menteri lembut ni.

Di Mesir, Libya dan banyak lagi negara yang pemimpin mereka terhumban keluar ditolak oleh rakyat bukan kerana seluruh rakyat mereka datang berhimpun.  Hanya ratusan ribu sahaja yang berhimpun mewakili rakyat keseluruhannya, tetapi kerajaan tetap tumbang juga.  Takkan itu pun si lembut bodo ini tidak tahu?  

Kalau dah jenis penakut mengaku sajalah.  Sebenarnya Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari yang lalu teramat menakutkan Umporno.  Mereka tahu, bila kuasa mereka hilang, sampai kiamat mereka takkan dapat semula sebab ketika itu kesemua kejahatan dan rasuah pimpinan Umporno bakal didedahkan. 

Tuesday, November 27, 2012

AMK PAHANG - AHLI BAGUS, KETUA LEMAH

Semalam aku baca portal Pahang Daily yang melaporkan Timbalan Ketua AMK Pahang letak jawatan.  Beliau yang dikenali sebagai 'Alang' itu meletakkan jawatan atas alasan mahu menumpukan tugas di Parlimen Kuantan sahaja, iaitu kawasan yang kini diwakili oleh YB Fuziah Salleh.

Aku tak kisah sikit pun pasal perkara ini.  Pertamanya, jika beliau tidak letak jawatan sekalipun, selama ini semua tahu AMK Pahang seperti 'mati'.  Cuba tanya pemimpin-pemimpin PAS dan DAP Pahang, mereka kenal atau tidak siapa Ketua AMK Pahang?  Pasti mereka tidak kenal.  Aku pun tidak kenal.  Silap-silap Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar pun tidak kenal kot siapa Ketua AMK Pahang.

Bukan aku nak kata AMK Pahang lemah.  AMK Pahang masih ada kekuatan lagi tetapi di kalangan ahli-ahli AMK sahaja.  Ketuanya entah ke mana, jika mahu jumpa pun sewaktu ada pemimpin besar datang, itu pun malu-malu mahu ke depan.  Aku tabik ahli-ahli AMK yang terus bekerja kuat kerana semangat mereka lah maka kelemahan Ketua AMK Pahang dapat dilindungi.

Seperti yang diulas oleh Pahang Daily, nama SAMM lebih menonjol di Pahang dari AMK.  Bahkan ramai ahli-ahli AMK yang menyertai SAMM kerana dilihat lebih ke hadapan.  Kelemahan AMK di Pahang hanya kerana ketuanya yang tidak ada ketrampilan dan ketokohan langsung.  Difahamkan di dalam mesyuarat AMK Pusat pun Ketua AMK Pahang ini selalu ponteng.  

Aku rasa, eloklah AMK Pusat buat keputusan menukar segera Ketua AMK Pahang.  Mungkin 'Alang' meletakkan jawatannya di dalam AMK Pahang itu pun kerana merasa jemu dan bosan berada di dalam AMK yang beku itu. 

Sunday, October 21, 2012

KISAH POLITIK PAHANG DARI ORANG PAHANG..

Semalam, lepak minum kat resoren mamak jumpa kawan lama dok Kuantan di Peramu.  Sembang-sembang pasal politik semasa.  Aku banyak tanya pasal politik di Pahang.  Sebab, dia kata dia bergerak aktif sebagai penyokong kuat PAS di Peramu.

Aku tanya dia, adakah Pahang mampu ditawan oleh PR?  Dia diam sekejap.  Pastu dia bagitahu nak tawan Pahang tu memang sukar, tapi PR boleh dapat berganda kerusi dari yang ada sekarang, katanya.  Dia yakin, Umno/Bn di Pahang takkan dapat 2/3 majoriti dalam Dun lepas PRU nanti.  Aku tanya dia mengapa susah sangat PR nak tawan Pahang?  Dia kata, di Pahang ni boleh dikatakan semua Parlimen banyak kawasan Felda, kecuali Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota saja.  Yang lain tu banyak peneroka Felda.  Inilah aset Umno/Bn, dia kata.

"Bukankah para peneroka dikatakan sudah mula membenci Umno atas isu saham FGVH? "  Aku bertanya kat dia.  Dia kata, "  Tak semua...masih ramai yang merasa yakin saham akan menguntungkan peneroka".

Terlanjur dia sebut Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang kini dimiliki oleh PKR, aku tanya dia siapa calon di kedua-dua kawasan tersebut pada PRU akan datang?  Dia seperti yakin menjawab, "  Aku bukan orang kuat parti yang pegang jawatan, tapi melihat kepada suasana dan cakap-cakap orang politik di kedai kopi, calon Kuantan tetap kekal milik YB Fuziah.  Lagi pun, beliau amat popular di kalangan pengundi-pengundi di bandar Kuantan atas isu Lynas," katanya.  "Di Indera Mahkota?" Aku bertanya dia lagi.  Lama dia nak jawab.  "Di Indera Mahkota, mungkin penyandang sekarang YB Azan tidak bertanding lagi di situ".  

"Habis tu, muka baru ke?"  Tanyaku.  "Ramai yang jangka yang akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota nanti adalah Dato' Fauzi".  Katanya.  Aku memang kenal dengan nama Dato' Fauzi ni sebab dia dulu bekas pemimpin Umno yang pernah jadi Timbalan Menteri.  "Bukankah sesuai Dato' Fauzi bertanding di Dun sahaja sebab dia mungkin bakal MB Pahang jika PR perintah Pahang?  Soalku.  Dia geleng kepala.  "Jika PR tawan Pahang, kerusi MB Pahang milik PAS sebab dengar khabar PAS diberi kerusi lebih di Dun daripada PKR".  Katanya lagi.

Kawan aku sambung lagi, dia kata " Ada juga yang mahu Dato' Fauzi bertanding di Dun Semambu tapi kawasan itu aku rasa tak sesuai buat beliau sebab Dato' Fauzi tinggal di Indera Mahkota, jadi lebih baik beliau bertanding di situ" katanya.  "Dun Semambu kali ini dengar cerita akan ditandingi oleh tokoh muda yang hebat dari kaum Cina PKR" ujarnya lagi.  

"kau yakin ke kedua-dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kita boleh menang"?  Aku mahu menguji keyakinan kawan aku tu.  "Aku cukup yakin...Di Indera Mahkota calon mesti letak Melayu kalaupun bukan Dato' Fauzi.  Kalau Dato' Fauzi, aku rasa lagi cantik.  Di Kuantan pula, melegakan setakat ini dengan YB Fuziah di situ.  Dun Semambu, jika anak muda Cina PKR ini bertanding, aku yakin boleh menang.  Dun Beserah, kompom PAS menang".  Jawabnya dengan penuh yakin.

"Ok lah, kau rasa Parlimen mana yang kita boleh rampas lagi?"  Aku ingin kepastian darinya.  "  Aku yakin, Parlimen yang kita ada harapan cerah untuk dirampas adalah Temerloh (jika calon Bn bukan YB Saifuddin sekarang), Bentong, Raub, Maran selain kita kekal di Kuantan dan Indera Mahkota".  Jawabnya.  "  Yang lain tu agak sukar, Lipis 50-50".  Tambahnya lagi.

Bersembang dengan dia aku rasa dia amat ikuti perkembangan politik di Pahang.  Setiap kali dia datang KL atas urusan projek dia, mesti aku call dia ajak minum teh untuk mengetahui isu-isu politik semasa darinya. 


Tuesday, September 25, 2012

GEMPAR !! SATU LAGI UJIAN DNA BABITKAN ANWAR?

Kecoh pasal jet khas yang bawa Anwar.  Betul ke aku dengar cerita geng-geng PERKOSA nak buat demontrasi seluruh negara bagi menuntut jet tersebut dibuat ujian DNA untuk menentukan jet tersebut milik Anwar atau tidak?

Wakakakakaaa...punyalah baghal puak-puak bacul ni....Weyyy...korang tak nak baling ke jet tersebut dengan cat?  Adoiii....sebab tu korang jangan marah kalau puak korang digelar lembu....memang otak lembu korang ni....

Friday, September 7, 2012

NAJIB KINI SAKIT "SEMBELIT, BUASIR ATAU TIDAK LAWAS?

Najib kini diserang penyakit 'sembelit'.  Dari Malaysia Timur hingga ke Semenanjung, merata-rata dia pergi dia lihat ramai sangat yang sambut dia, maka dia pun berucap dengan wajah senyum tapi pucat, "Saya rasa dah macam nak bubar Parlimen bila melihat sambutan tuan puan hari ini".  

Itulah ayat yang dibawa oleh Najib ke merata-rata tempat sekarang.  Baru-baru ini di Terengganu dan Machang, ayat itu juga yang diluahkannya.  Rakyat jadi pelik, dah berbulan dah Najib dok sebut "terasa nak bubar Parlimen" tapi tak juga bubar-bubar.

Sama macam orang yang dah "terasa nak buang air besar" tapi tak juga mahu keluar.  Terasa nak keluar, tapi tak keluar.  Jika pergi jumpa doktor, doktor akan periksa samada sembelit atau buasir.  Jika tidak pun makanan tak lawas.  Itu lah yang terjadi kepada Najib sekarang.

Najib disyaki menghidapi penyakit sembelit, buasir atau tak lawas. 

Tuesday, August 28, 2012

PA SYSTEM TERGANGGU BILA "JANJI DEMOKRASI@BERSIH" MUNCUL?

Betapa bengap dan bodohnya kenyataan pengampu ini.  Sudah berapa tahun rakyat kita menyambut hari ulangtahun kemerdekaan dengan berhimpun puluhan ribu untuk menanti countdown 31 Ogos, kadangkala siap dengan konsert yang hebat, tiada pula timbul masalah PA System. 

Tiba-tiba, bila diberitahu bahawa kita mahu menyambut countdown 31 Ogos tahun ini dengan thema "JANJI DEMOKRASI@BERSIH)" dan berpakaian kuning di Dataran Merdeka, maka timbul pula masalah PA System. 


"Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.  Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama."
 
Begitulah hebatnya ketakutan mereka kepada rakyat yang sudah kenal siapa mereka.  Rakyat tidak takut kepada ugutan Tokey Ikan Bakar yang bankrap itu.  Rakyat tidak hairan dengan berpuluh-puluh kumpulan guru silat atau Perkosa mahu Pekida yang dibayar itu.  Apa yang rakyat tahu, mereka perlu tampil dengan berani untuk menyuarakan perasaan mereka.  
 
Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan adalah hak semua.  Tidak terkecuali untuk kita walaupun kita tahu setakat mana kemerdekaan negara kita yang sebenarnya.  Rakyat dah jelak dan jemu dengan ragam pemimpin yang tidak tahu memerintah negara, bahkan untuk meletakkan logo dan thema Hari Kebangsaan pun mereka tidak tahu.

Ayuh, kita ke Dataran Merdeka pada 30hb Ogos ini.  Mereka berkumpul di Bukit Jalil, kita di Dataran Merdeka pun sudah cukup kerana di situ ada nostalgia kita. 

Thursday, August 9, 2012

SI PENGHUKUM `HARAM' SOKONG DAP ITU SEBENARNYA YANG `HARAMJADAH"

Aik?  Secara tiba-tiba je keluar hukum sokong DAP haram?  Mana punya ularrmakk yang bengap sangat tu?  Weyyy....DAP wujud kat Malaysia ni sudah berpuluh tahun dah....mengapa sekarang keluar hukum haram?

Masa kaum Cina kuat sokong MCA dan Gerakan dulu, tidak timbul soal DAP tu haram.  Sekarang bila dah kaum Cina rasa jijik mahu sokong MCA dan Gerakan dan kaum Cina banyak beralih arah kepada DAP juga PR, maka keluar hukum haram?  Hukum itu adalah `HARAMJADAH".

Mana suara Majlis Fatwa?  Cepatlah keluarkan hukum.  Haram ke halal ke atau harus?  Jangan biarkan si tua pencacai tu buat hukum sesuka hati dia je.  Kalau nak peruntukan masuk banyak kat pondok dia sekalipun, jangan sampai jual hukum....Buat malu kat kaum lain je.....

Mahu berfatwa mestilah ada nas yang sahih, bukan nas yang diceduk dari Utusan Meloya. 

Saturday, August 4, 2012

TIADA AIR TIDAK PERLU SOLAT? MAZHAB SYEIKH AL KATAKI


Macam mana nak wuduk takde air?  Mengapa la bangang sangat Katak Pasir Mas sekor ni.  Yang peliknya semua berudu yang berlongok belakang banner tu pun sama jadi bangang.  

Aku teringat satu dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok, arahan Allahyarham P.Ramlee.  Ada satu dialog orang tua tu cakap, " Alamak kutu babi, batal air sembahyang aku..." 

Kena kutu babi pun batal air sembahyang?  hahahaha.....nasib baik dia tak sebut kena samak pasal kena kutu babi!!  Dialog tersebut dialog lawak tapi nampak bangang.  Macam tu jugalah dengan demontrasi raja katak Pasir Mas di atas dengan beberapa ekor berudunya.  Takde air, tidak boleh wudhuk?  Adoiiii....jahil tahap gaban si Berahim ni.

Kalau jahil jenis ini, kalau ada air pun kompom tak berwuduk dan sembahyang juga.  Pasal kalau sembahyang pun belum tentu betul pasal bab asas bersuci pun dah tak tahu.  Itu belum tanya cara mahu beristinjak.  Ini jenis katak yang kencing tak berbasuh tapi lakukan solat.  

Kesihan aku dengan Berahim katak ni.  Dah tua bangka masih tak tahu nak selesai masalah untuk berwuduk jika ketiadaan air.  Peliknya katak ini ada hati nak ulas bab Hukum Hudud di Kelantan.  Bab asas bersuci pun dah bangang, mahu cerita soal hukum Hudud?

Tuesday, July 17, 2012

BIK MAMA AKAN MENGAKU DILIWAT ANWAR JUGA?

Liwat lagi?  wakakakakaaa....kelakar sungguh mainan politik Umngok ni..weyyy..tak cukup ke dua dubur untuk Umngok bergantung hayat?  Dulu, guna dubur Azizan bodo tu, lepas tu guna dubur Si Sepol yang tidak bercuci dua hari tu untuk korang pertahankan hayat Umngok....

Sekarang ni, korang tau tak bahawasanya rakyat dah tak terliur dengan cerita-cerita dubur korang....korang bawalah seribu dubur lembu-lembu upahan korang untuk dijadikan modal nak serang Anwar, korang pasti gagal punya....

Sedangkan korang guna video hitam putih yang ada gambar bergerak tu pun rakyat dah tau mainan jijik korang, inikan pulak dengan cerita yang keluar dari dubur....

Wey...Najib Altantuya, abis dah ke modal ko nak serang Anwar?  Dah la ko ni penakut nak berdebat, pastu ko guna dubur budak-budak untuk baiki imej dayus ko tu?  Nape ko tak suruh ke bini ko ngaku kena liwat dek Anwar?  Ko upah je bini ko dengan cincin atau beg tangan ratusan juta, mesti bini ko sanggup ngaku kena liwat dek Anwar.....hahahahaaaaa...

Kalau ko sayang nak guna dubur bini ko, ko boleh upah pelacur Umi tu buat pengakuan bahawa dia kena liwat oleh Anwar.  Mesti gempak wooo....Sebab Umi pasti akan bersumpah laknat bahawasanya dia kena liwat oleh Anwar 99 kali....dan tentukan Umi jangan cuci dubur dia untuk simpan bahan bukti....kahkahkahkah.....

Tak pun, suruh Zul Kulum atau Berahim katak buat pengakuan kena liwat.  Atau, susah-susah ko je Najib mengaku kena liwat....mesti Polis akan siasat segera....kihikihikih....

Apa la malang Umngok dapat presiden macam ko, Najib.  Buat malu parti yang ditubuhkan oleh Mamak Kutty je.....Parti Umngok dah jadi parti liwat dan seks.......

Friday, July 13, 2012

PARLIMEN INDERA MAHKOTA - TEKAAN AKHBAR SINAR SILAP BELAKA

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan.  Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.

Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini.  Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya. 

Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota. 

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?

Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang.  Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung.  Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut.  Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota.  YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau.  Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya. 

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...

YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu.  PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah.  Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini.  Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal.  Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota. 

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang
Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota.  Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen.  Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang.  Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen.  Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang.  Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu.  Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.  

Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota?  Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung.  Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik.  Di mana pula mahu diletakkan YB Azan?  YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.

Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'?  Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini.  Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota?  Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.  

Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota?  Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.  

Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan.  Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ.  Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib.  Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.

Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.  Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman.  Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah.

Tuesday, July 3, 2012

YB AZAN KAKI BUAT HURU-HARA?

Sesak nafas aku dibuatnya bila timbul isu kononnya Pengerusi Keadilan Terengganu, YB Azan sering berbalah dengan pimpinan PAS Terengganu.  Bukan itu saja, YB Azan juga dikatakan tidak sebulu dengan tokoh muda yang sedang meningkat naik di dalam parti iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.

YB Azan Ismail, MP Indera Mahkota
Jika begitu keadaannya, YB Azan ini mempunyai terlalu ramai `musuh'.  Musuh beliau bukan sahaja Umno/Bn, tetapi PAS dan teman-teman di dalam PKR pun mahu dibuat musuh oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Apa masalah dengan YB Azan ini?

Waktu awal era reformasi dulu, dikatakan YB Azan ini begitu giat berkempen bersama Suhaimi Ibrahim, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia di beberapa Universiti memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.  Tidak tahu masa bila beliau akhirnya bersama Anwar, tetapi Suhaimi Ibrahim kekal tidak menyokong Anwar.  Anwar yang terkenal dengan sifat `husnuz zon' (berbaik sangka) ini mengambil YB Azan untuk dipilih sebagai calon di dalam Pilihanraya, bahkan menjadi pemimpin besar di Pahang.  

Sdr Rafizi Ramli bakal tenggelamkan pengaruh YB Azan di Terengganu?
Sewaktu kehadiran Dato' Fauzi Abd Rahman ke dalam PKR, maka jawatan Pengerusi PKR Pahang ditugaskan oleh Anwar kepada mantan Timbalan Menteri Penerangan itu.  Bermula pula episod antara YB Azan dengan Dato' Fauzi.  Menggunakan media, YB Azan menyerang Dato' Fauzi.  Namun, selaku tokoh politik lama serta menghormati YB Azan sebagai `orang lama; di dalam PKR dan juga bekas Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi mengambil tindakan membisu.  Membisu bukan bererti apa yang didakwa oleh YB Azan itu semuanya betul.

Selaku MP Indera Mahkota, YB Azan tidak dilihat sedemikian.  Beliau tidak bekerja pun di kawasannya, kononnya beliau kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Tidak mengapa, lagi pun di Indera Mahkota rakyat sudah lupa siapa YB Azan.  Masalahnya, di Terengganu pun YB Azan selalu menimbulkan masalah.  Mahu berunding dengan PAS Terengganu bagi mendapatkan kerusi tambahan buat PKR pun YB Azan berlagak seperti berpengaruh besar di Terengganu.  Sepatutnya jika mahu berunding atau memujuk orang lain agar `sedekahkan' sedikit hak mereka kepada PKR, kena lah berunding dengan lemah lembut dan berhemah jika tidak mahu melutut sekali pun.  Tetapi, dengan lagak bagaikan berpengaruh besar, PAS Terengganu pun mahu di`ugut'nya.  Ada PAS kisah?  

Paling mengecewakan ramai penyokong PKR terutamanya di Terengganu apabila kerana karenah YB Azan maka program ceramah DS Anwar yang sepatutnya diadakan di Kemaman baru-baru ini terbatal.  DS Anwar tidak hadir cuma digantikan oleh YB Saifuddin Nasution.  Walaupun Anwar telah memberikan alasan lain untuk tidak hadir ke Kemaman, bukan rahsia lagi semuanya ini adalah angkara YB Azan.  Sepatutnya program Anwar di Kemaman dikendalikan oleh Sdr Rafizi dan penyokong-penyokong PR di situ.  Malangnya, YB Azan dan kumpulannya ingin merebut program tersebut dan mahu dipindahkan ke kawasan yang beliau sendiri mahukan.  Maka, terciptalah dua poster dan banner yang berbeza lokasi ceramah DS Anwar.  Memang patut pun Anwar batalkan program di Kemaman kerana ianya amat memalukan.

Benarlah kata beberapa orang yang mengenali YB Azan.  Di mana sahaja beliau berada, pasti akan ada huru-hara.  Adakah beliau tercalon kali ini di dalam PRU?  Jika tercalon, di manakah kawasan yang rakyat boleh terima beliau di Terengganu?  Jika PKR mahu meletakkan calon yang boleh menang, YB Azan bukannya pilihan.

Monday, June 25, 2012

KJ SANGGUP PERBODOHKAN DIRINYA DEMI MENGAMPU NAJIB?

Semakin dekat mahu pilihanraya, semakin kuat pula KJ, Ketua Pemuda Umno mengipas Najib.  Di dalam isu debat Anwar - Najib, Ketua Pemuda Umno ini bersetuju dengan Najib kononnya debat bukan budaya kita dan tiada keperluan debat di antara Anwar dan Najib.

"Saya tak nampak keperluan yang terdesak untuk buat debat. Tapi sistem parlimen kita mengamalkan debat perbahasan di Parlimen dan ia selalu terjadi," kata Khairy.  Jelasnya, perbahasan yang dijalankan di Parlimen mempunyai unsur perdebatan apabila perdana menteri membentangkan usul atau menjawab soalan perwakilan dan dicelah oleh ketua pembangkang (Malaysiakini).

Itu kah alasan KJ untuk menyokong Najib agar tidak berdebat dengan Anwar?  Jika begitu, mana-mana pemimpin dunia yang sering mengadakan debat di antara mereka itu menunjukkan negara mereka tiada Parlimen untuk sesi perdebatan?  Ertinya juga, debat YB Salahuddin Ayub dari PAS dengan YB Saifuddin dari Umno baru-baru ini menunjukkan mereka berdua bukan duduk di dalam Parlimen?  Mengapa begitu rendah tahap pemikiran KJ yang dikatakan berkelulusan Oxford ini?  Sanggup KJ menjual maruahnya sebagai insan terpelajar demi untuk membodek Najib.

Baiklah, jika benar debat tidak perlu antara Anwar dan Najib kerana mereka boleh berdebat di Parlimen, mengapa pula Najib dan partinya siang malam guna media menghentam Anwar?  Mengapa tidak gunakan Parlimen sahaja?  Peliknya, terbaru di Parlimen di dalam isu kononnya Anwar ada dana RM3 Bilion, apabila Anwar cabar sekor-sekor MP dari Umno/Bn untuk bangun menyoalnya berkaitan isu tersebut, sekor pun balaci Najib ini tidak berani bangun.  Ertinya, mereka hanya mahu guna media untuk burukkan Anwar, dan Anwar tiada peluang untuk menjawab.  

Sebab itu Anwar mahu debat terbuka di antara beliau dengan Najib mahu pun Muhyiddin.  Malangnya dua ekor ini begitu lemah jiwa raga mereka.  Kekuatan mereka hanya terletak kepada fitnah yang dipanjangkan oleh media haprak.  Kekuatan mereka juga kini terletak kepada orang ramai yang berotak lembu yang tidak mampu berfikir apa-apa setelah perut mereka kenyang diisi.

Di sinilah rakyat boleh menilai di mana kelemahan Najib dan di mana kekuatan Anwar. 


Saturday, June 16, 2012

MARI AKU AJAR CARA NAK KELUARKAN FATWA KALAU MASHITAH BENGAP SANGAT

BERSIH itu haram ke tak haram?  Apa yang Mashitah dengan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dok merepek ni?  Nak kasi hukum Perhimpunan BERSIH pun susah sangat ke?  Macam ni Malaysia nak laksanakan Undang-Undang Islam, kalau nak menghukum BERSIH tu pun terkapai-kapai?

Mari aku ajar caranya.  Bukan susah sangat.  Pertama kena kaji objektif BERSIH itu untuk apa?  Macam mana mahu kaji?  Jangan kaji berpandukan kitab utusan meloya laknatullah atau TV3 suku lidah rasmi syaitan tu.  Korang panggil lah penganjur BERSIH, siasat tujuan BERSIH itu untuk apa?

Kemudian, lihat pula bagaimana perhimpunan itu mahu diadakan.  Adakah disertakan dengan tarian K-Pop ke, konsert Amy Search ke atau peserta-peserta BERSIH diminta bawa senjata merbahaya atau tidak.  Lepas tu, tanya pula pihak keselamatan samada peserta BERSIH yang hadir membawa air mineral dan garam itu boleh menghuru-harakan negara ini atau tidak?  

Apabila kesemua pihak telah ditanya dan disiasat, rujuk pula Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias samada himpunan BERSIH itu menyalahi hukum agama.  Carilah dalil yang boleh mengaitkan bahawa umat Islam yang mahu menuntut keadilan dan ketelusan Pilihanraya itu adalah salah di sisi Islam, lepas tu barulah boleh menghukum bahawa BERSIH itu haram di sisi Islam.  Jika tiada dalil atau nas yang menyebut bahawa menuntut keadilan dan ketelusan memilih pemimpin itu haram, maka keluarkan lah fatwa bahawa himpunan BERSIH itu tidak haram.  Ertinya, hukum dia samada Wajib, Harus, Sunat atau Makruh.  Susah ke?

Tapi kalau merujuk kepada Utusan Meloya semata-mata untuk mengeluarkan fatwa, maka memang lah sesat sebab Utusan Meloya itu sendiri sesat kerana berbagai perkara yang menyesatkan terdapat di dalam Utusan Meloya.  Tidak percaya, cuba lihat keputusan nombor ekor.  Rujuk pada TV3 suku pun sesat juga sebab TV3 suku pun media sesat sebab berbagai rancangan yang menyesatkan ada di sana.  Takkan lah mahu rujuk kepada benda yang sesat untuk berhukum?

Alih-alih, Mashitah bagitahu tiada fatwa pun dikeluarkan.  Yang ada nasihat.  Nasihat dari Tuan Penasihat 20 Persen seperti filem `Tiga Abdul'.  Rupa-rupanya setelah beberapa bulan ni, semua rakyat Malaysia kena kelentong bahawa BERSIH itu haram.  Kalau Majlis Fatwa tidak kata haram, habis yang media dan akhbar pencacai sibuk dok kata haram tu apa dia?  Apa yang aku tahu fatwa `haram' Najib dah bagitahu di Felda Jengka baru-baru ni.  Tapi Najib tambah sikit daripada HARAM kepada HARAMJADAH!! 

Monday, June 11, 2012

KAWASAN JELEBU NI ADA KE TIDAK PKR?

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.

Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....

Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  

Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.

Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

Tuesday, June 5, 2012

UMNO JOHOR MAHU TUNJUK BERANI DI DALAM MASA YANG SAMA TUNJUK BODOH?

Bila Yb Nizar cuba tegur pihak atas jangan membazir semata-mata mahu memiliki flet kenderaan, maka yang lebih-lebih meroyan ni puak-puak Umno Johor.  Sampai tahap mahu menegah YB Nizar dari memasuki Johor.  

Isu tersebut sepatutnya selesai bila YB Nizar mohon maaf jika ada yang berkecil hati di atas tegurannya.  Maklumlah, tidak semua teguran orang boleh terima.  Itu biasa.  Permohonan maaf itu pun lebih kepada adab sopan.  Tetapi, semua tahu YB Nizar tidak pernah kata wang RM 520 Ribu itu adalah wang rakyat, beliau cuma kata jangan membazir kerana masih ada rakyat yang susah.  Salah ke?

Paling dajal sekali Utusan Online berdusta dengan menyebut YB Nizar menuduh wang itu adalah wang rakyat.  Cuba baca balik Twitter YB Nizar seperti yang aku petik dari Blog Milo Suam di bawah.  Lihat sajalah betapa bangsatnya Utusan ini kerana Utusan tidak boleh hidup tanpa fitnah kerana Utusan lahir dari parti yang memang wujud di alam maya ini hanya untuk melakukan fitnah demi pemimpin mereka.

Tapi amat malang, yang cerdik di dalam Umno pun masih tak terasa diperbodohkan oleh Utusan atau memang mereka ini bodoh?  Sampai tahap mahu usir YB Nizar dari bumi Johor semata-mata beriman kepada Utusan?  Kalau lah puak-puak ini garang seperti sekarang sewaktu Pulau Batu Putih mahu diserahkan kepada Singapore alangkah bertuahnya umat Melayu Di Johor.  Tapi waktu itu, ke mana suara mereka?  Ke mana suara Utusan kononnya membawa suara Melayu?  Pulau Batu Putih terlepas, Tanjung Pagar entah ke mana.  Mereka berbangga dapat terumbu karang saja.

Kalau mahu tunjuk berani biarlah bertempat.  Jangan tunjuk berani di dalam masa yang sama tunjuk kebodohan.  Malu kita orang-orang Melayu. 

* Sekarang cuba lihat ulasan sebenar yang dikeluarkan oleh Nizar menerusi laman twitter milik beliau. Beliau langsung tidak menuduh Sultan Johor menyalahguna wang rakyat.




Saturday, May 26, 2012

NEGARA KITA BAKAL MENCIPTA SEJARAH SEPERTI TURKI

Orang pernah berkata, salah satu tanda seseorang itu semakin menghampiri ajalnya atau bahasa kampung disebut `buang tabiat' adalah apabila dia mula merepek yang bukan-bukan.  Apabila aku mendengar seorang tua kutuk yang dulu pernah mengaku `sayalah MAHAFIRAUN' mamak kutty mendakwa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan terus berdemontrasi secara ganas, maka aku yakin 101% sememangnya si Mahafiraun ini tidak lama lagi akan mampus.

Aku sebenarnya mengharap sangat agar si tua kutuk yang pernah menghina Sunnah Nabi dan menghina Hukum Islam ini dipanjangkan usianya agar pertama, beliau sempat bertaubat dan keduanya jika beliau masih ego dan merasa beliau releven sebagai Mahafiraun, aku ingin melihat beliau merasakan betapa `bahagianya' berada di dalam kandang besi.  Malangnya, mungkin aku tidak sempat menyaksikan itu semua kerana semakin hebat dan bertambah teruk `buang tabiat' si tua mamak kutty ini.  

Apa pun, kalau beliau mampus aku yakin ramai akan berebut-rebut untuk kencing di atas jiratnya.  Maka, negara kita akan mencipta sejarah bahawa bumi di negara ini tidak kalah dengan Turki yang di dalamnya tertanam sekujur bangkai yang mengaku lebih hebat dari Allah.  Jika di Turki tertanam bangkai Kamal Antarturk, di negara kita tertanam bangkai si tua kutuk Mahafiraun ini.  Wallahu Aklam.

Saturday, May 19, 2012

MALAM INI - SOKONG KELANTAN, BERSIHKAN FAM

Malam ini jom pakat-pakat sokong Kelantan di dalam Final Piala FA.  Pertama, sebab Kelantan adalah negeri Pakatan Rakyat di bawah Tok Guru yang dikatakan sesat oleh puak-puak haramjadah itu.  Kedua, kita kena sokong Tan Sri Anuar Musa yang dikenakan tindakan oleh FAM hanya kerana beliau kritik FAM yang sememangnya amat lemah lagi lembab itu.

Jom pakat protes malam ini kita pakai baju KUNING BERSIH.  Bagi penyokong Kelantan, pakai baju merah pun ok janji bawa bendera bulan atau kain KUNING tanda protes untuk BERSIHkan FAM pula.  Politik?  Memang politik pun sebab di dalam FAM sendiri ada politik.  Jika tiada politik, kritikan Anuar Musa itu sepatutnya tidak menjadi kudis kepada FAM.

Apakah FAM malu jika dikatakan badan itu lembab?  Mana mahu letak muka jika ranking Malaysia di bawah Nepal?  Kita bangga sangat ke kalahkan Bangla?   Dah lama kita minta semua yang duduk di atas tu letak jawatan sebab GAGAL tingkatkan bolasepak negara ini.  Tetapi, apa yang mereka buat?  Mereka hanya tingkatkan harga tiket, itu saja kepandaian mereka.

Ayuh...sokong Kelantan, BERSIHkan FAM !!

Saturday, May 5, 2012

LAWAK ANTARABANGSA YANG SAHIH - PDRM MINTA RAKYAT BANTU PDRM UNTUK MENYIASAT PDRM

Malas nak komen banyak kali ni.  Pertama, sebab aku tengah tumpukan perhatian, bak kata orang fokus kepada BERSIH 4.0.  Masa BERSIH 3.0 dulu aku rasa amat berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia yang aman damai di bawah Najib Altantuya.

Semalam aku terbaca isu BERSIH 3.0.  Kali ini berita dari PDRM.  PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk menyiasat PDRM!!  Weyyy...korang faham tak ayat yang aku sebut tu?  Aku bukan reka-reka ayat tu.  Aku ulangi lagi, PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk siasat PDRM !!  Sekali lagi aku ulang, PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk siasat PDRM !!  

Korang tak percaya?  Meh baca sini.  FULL STOP....Fokus...fokus...BERSIH 4.0. MISS U..

Thursday, April 19, 2012

MENTERI PALING BANGANG, TIMBALAN BELIAU SEDIKIT CERDIK

Seekor menteri otak lembu bernama Khalid Nordin, di dalam ulasannya terhadap peristiwa puak samseng kampung dusun yang pukul curi terhadap mahasiswa di Dataran Merdeka semalam, menteri bodoh ini berkata, " Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Bila orang kata dia bodoh macam lembu, dia marah tetapi lihat saja lah komen seekor menteri.  Menteri haprak dan bangsat kaki ampu macam Khalid ni merugikan bangsa dan negara saja.  Macam mana boleh jadi menteri, jaga Universiti pulak tu, tapi otak macam orang bangang tak pergi sekolah.

Sebenarnya dia tahu, dia sudah ditolak oleh majoriti pelajar-pelajar dan mahasiswa yang lebih bijak dan pintar dari dia sebagai menteri.  Timbalan Khalid iaitu Saifuddin walaupun seakan-akan tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu, tetapi Saifuddin dilihat lebih matang di dalam memberikan ulasan.  Malangnya, Saifuddin memiliki bos yang lebih bodoh dari lembu.

Benarlah kata Mamak Mahdey Kutty, bahawasanya tiada lagi yang cerdik dan pintar ingin berada di dalam kandang lembu Umporno.  Benar juga kata mamak tersebut, Umporno sudah busuk sampai ke usus. 

Kepada samseng kampong dusun yang bacul malam tadi, jangan ingat ugutan dan gertakan kamu boleh melemahkan semangat para mahasiswa.  Kamu boleh makan upah dari sesiapa pun samada dari Ezam sesumpah, tetapi kamu dijemput hadir dengan sukacitanya ke Dataran Merdeka pada 28hb April ini nanti.  Pada waktu itu, kamu boleh tunjukkan hebatnya tanduk lembu kamu.

Sunday, April 15, 2012

CALON PILIHANRAYA - UTAMAKAN ANAK TEMPATAN YANG BEKERJA BUKAN CALON PAYUNG TERJUN

Semua tahu Pilihanraya Umum semakin hampir.  Maka, seperti biasa maka sudah ada muka-muka tertentu menonjolkan diri untuk dipilih menjadi calon.  Aku bercakap isu ini berkaitan dengan Pakatan Rakyat sahaja, aku tidak mahu ulas soal Umno di dalam hal ini kerana bagi aku Umno sejak dulu lagi tabiatnya memang begitu.

Di dalam Pakatan Rakyat mungkin tidak banyak kes di mana beberapa tokoh mahu menonjolkan diri tapi malas mahu bekerja untuk parti.  Ada yang kuat bekerja menjaga kawasan masing-masing, tetapi menjelang pilihanraya muncul muka lain yang terhegeh-hegeh datang kononnya untuk berkempen.  Orang luar ini datang di saat kawasan itu sudah mula bergerak aktif, dia hanya datang tunjuk muka sahaja dan buat beberapa aktiviti tertentu apatah lagi dia mempunyai wang ringgit yang banyak. 

Malangnya lagi, orang ini datang tanpa ada adab sopan terhadap tuan rumah.  Tidak hormat langsung tuan rumah di situ, lantas mempengaruhi beberapa orang dengan menggunakan wang ringgitnya untuk bersama beliau.  Maka, dibuat aktiviti untuk menunjukkan beliau ini hebat berkempen.  Mengapa tidak datang awal untuk berkempen?  Mengapa tampil ketika kawasan tersebut sudah mula mantap?  Tidak lain tidak bukan beliau hanya datang untuk menonjolkan diri menjadi calon.

Aku nak ingatkan pimpinan atasan.  Jangan termakan dengan orang seperti ini.  Jangan cuba rosakkan perpaduan ahli dan penyokong dengan membawa `calon payung terjun'.  Sehebat mana pun orang ini bekerja, tapi yang lebih hebat adalah orang yang mula-mula bekerja di situ.  Bukan orang yang datang tatkala rumah dan nak hampir siap. Aku harap di dalam PR tiada `calon payung terjun' yang dibawa dari langit.