Tuesday, July 17, 2012

BIK MAMA AKAN MENGAKU DILIWAT ANWAR JUGA?

Liwat lagi?  wakakakakaaa....kelakar sungguh mainan politik Umngok ni..weyyy..tak cukup ke dua dubur untuk Umngok bergantung hayat?  Dulu, guna dubur Azizan bodo tu, lepas tu guna dubur Si Sepol yang tidak bercuci dua hari tu untuk korang pertahankan hayat Umngok....

Sekarang ni, korang tau tak bahawasanya rakyat dah tak terliur dengan cerita-cerita dubur korang....korang bawalah seribu dubur lembu-lembu upahan korang untuk dijadikan modal nak serang Anwar, korang pasti gagal punya....

Sedangkan korang guna video hitam putih yang ada gambar bergerak tu pun rakyat dah tau mainan jijik korang, inikan pulak dengan cerita yang keluar dari dubur....

Wey...Najib Altantuya, abis dah ke modal ko nak serang Anwar?  Dah la ko ni penakut nak berdebat, pastu ko guna dubur budak-budak untuk baiki imej dayus ko tu?  Nape ko tak suruh ke bini ko ngaku kena liwat dek Anwar?  Ko upah je bini ko dengan cincin atau beg tangan ratusan juta, mesti bini ko sanggup ngaku kena liwat dek Anwar.....hahahahaaaaa...

Kalau ko sayang nak guna dubur bini ko, ko boleh upah pelacur Umi tu buat pengakuan bahawa dia kena liwat oleh Anwar.  Mesti gempak wooo....Sebab Umi pasti akan bersumpah laknat bahawasanya dia kena liwat oleh Anwar 99 kali....dan tentukan Umi jangan cuci dubur dia untuk simpan bahan bukti....kahkahkahkah.....

Tak pun, suruh Zul Kulum atau Berahim katak buat pengakuan kena liwat.  Atau, susah-susah ko je Najib mengaku kena liwat....mesti Polis akan siasat segera....kihikihikih....

Apa la malang Umngok dapat presiden macam ko, Najib.  Buat malu parti yang ditubuhkan oleh Mamak Kutty je.....Parti Umngok dah jadi parti liwat dan seks.......

Friday, July 13, 2012

PARLIMEN INDERA MAHKOTA - TEKAAN AKHBAR SINAR SILAP BELAKA

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan.  Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.

Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini.  Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya. 

Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota. 

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?

Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang.  Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung.  Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut.  Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota.  YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau.  Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya. 

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...

YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu.  PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah.  Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini.  Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal.  Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota. 

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang
Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota.  Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen.  Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang.  Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen.  Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang.  Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu.  Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.  

Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota?  Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung.  Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik.  Di mana pula mahu diletakkan YB Azan?  YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.

Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'?  Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini.  Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota?  Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.  

Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota?  Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.  

Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan.  Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ.  Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib.  Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.

Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.  Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman.  Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah.

Tuesday, July 3, 2012

YB AZAN KAKI BUAT HURU-HARA?

Sesak nafas aku dibuatnya bila timbul isu kononnya Pengerusi Keadilan Terengganu, YB Azan sering berbalah dengan pimpinan PAS Terengganu.  Bukan itu saja, YB Azan juga dikatakan tidak sebulu dengan tokoh muda yang sedang meningkat naik di dalam parti iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.

YB Azan Ismail, MP Indera Mahkota
Jika begitu keadaannya, YB Azan ini mempunyai terlalu ramai `musuh'.  Musuh beliau bukan sahaja Umno/Bn, tetapi PAS dan teman-teman di dalam PKR pun mahu dibuat musuh oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Apa masalah dengan YB Azan ini?

Waktu awal era reformasi dulu, dikatakan YB Azan ini begitu giat berkempen bersama Suhaimi Ibrahim, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia di beberapa Universiti memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.  Tidak tahu masa bila beliau akhirnya bersama Anwar, tetapi Suhaimi Ibrahim kekal tidak menyokong Anwar.  Anwar yang terkenal dengan sifat `husnuz zon' (berbaik sangka) ini mengambil YB Azan untuk dipilih sebagai calon di dalam Pilihanraya, bahkan menjadi pemimpin besar di Pahang.  

Sdr Rafizi Ramli bakal tenggelamkan pengaruh YB Azan di Terengganu?
Sewaktu kehadiran Dato' Fauzi Abd Rahman ke dalam PKR, maka jawatan Pengerusi PKR Pahang ditugaskan oleh Anwar kepada mantan Timbalan Menteri Penerangan itu.  Bermula pula episod antara YB Azan dengan Dato' Fauzi.  Menggunakan media, YB Azan menyerang Dato' Fauzi.  Namun, selaku tokoh politik lama serta menghormati YB Azan sebagai `orang lama; di dalam PKR dan juga bekas Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi mengambil tindakan membisu.  Membisu bukan bererti apa yang didakwa oleh YB Azan itu semuanya betul.

Selaku MP Indera Mahkota, YB Azan tidak dilihat sedemikian.  Beliau tidak bekerja pun di kawasannya, kononnya beliau kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Tidak mengapa, lagi pun di Indera Mahkota rakyat sudah lupa siapa YB Azan.  Masalahnya, di Terengganu pun YB Azan selalu menimbulkan masalah.  Mahu berunding dengan PAS Terengganu bagi mendapatkan kerusi tambahan buat PKR pun YB Azan berlagak seperti berpengaruh besar di Terengganu.  Sepatutnya jika mahu berunding atau memujuk orang lain agar `sedekahkan' sedikit hak mereka kepada PKR, kena lah berunding dengan lemah lembut dan berhemah jika tidak mahu melutut sekali pun.  Tetapi, dengan lagak bagaikan berpengaruh besar, PAS Terengganu pun mahu di`ugut'nya.  Ada PAS kisah?  

Paling mengecewakan ramai penyokong PKR terutamanya di Terengganu apabila kerana karenah YB Azan maka program ceramah DS Anwar yang sepatutnya diadakan di Kemaman baru-baru ini terbatal.  DS Anwar tidak hadir cuma digantikan oleh YB Saifuddin Nasution.  Walaupun Anwar telah memberikan alasan lain untuk tidak hadir ke Kemaman, bukan rahsia lagi semuanya ini adalah angkara YB Azan.  Sepatutnya program Anwar di Kemaman dikendalikan oleh Sdr Rafizi dan penyokong-penyokong PR di situ.  Malangnya, YB Azan dan kumpulannya ingin merebut program tersebut dan mahu dipindahkan ke kawasan yang beliau sendiri mahukan.  Maka, terciptalah dua poster dan banner yang berbeza lokasi ceramah DS Anwar.  Memang patut pun Anwar batalkan program di Kemaman kerana ianya amat memalukan.

Benarlah kata beberapa orang yang mengenali YB Azan.  Di mana sahaja beliau berada, pasti akan ada huru-hara.  Adakah beliau tercalon kali ini di dalam PRU?  Jika tercalon, di manakah kawasan yang rakyat boleh terima beliau di Terengganu?  Jika PKR mahu meletakkan calon yang boleh menang, YB Azan bukannya pilihan.