Friday, July 13, 2012

PARLIMEN INDERA MAHKOTA - TEKAAN AKHBAR SINAR SILAP BELAKA

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan.  Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.

Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini.  Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya. 

Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota. 

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?

Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang.  Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung.  Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut.  Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota.  YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau.  Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya. 

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...

YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu.  PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah.  Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini.  Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal.  Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota. 

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang
Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota.  Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen.  Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang.  Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen.  Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang.  Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu.  Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.  

Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota?  Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung.  Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik.  Di mana pula mahu diletakkan YB Azan?  YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.

Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'?  Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini.  Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota?  Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.  

Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota?  Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.  

Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan.  Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ.  Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib.  Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.

Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.  Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman.  Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah.

1 comment:

  1. ~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    ReplyDelete