Tuesday, November 27, 2012

AMK PAHANG - AHLI BAGUS, KETUA LEMAH

Semalam aku baca portal Pahang Daily yang melaporkan Timbalan Ketua AMK Pahang letak jawatan.  Beliau yang dikenali sebagai 'Alang' itu meletakkan jawatan atas alasan mahu menumpukan tugas di Parlimen Kuantan sahaja, iaitu kawasan yang kini diwakili oleh YB Fuziah Salleh.

Aku tak kisah sikit pun pasal perkara ini.  Pertamanya, jika beliau tidak letak jawatan sekalipun, selama ini semua tahu AMK Pahang seperti 'mati'.  Cuba tanya pemimpin-pemimpin PAS dan DAP Pahang, mereka kenal atau tidak siapa Ketua AMK Pahang?  Pasti mereka tidak kenal.  Aku pun tidak kenal.  Silap-silap Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar pun tidak kenal kot siapa Ketua AMK Pahang.

Bukan aku nak kata AMK Pahang lemah.  AMK Pahang masih ada kekuatan lagi tetapi di kalangan ahli-ahli AMK sahaja.  Ketuanya entah ke mana, jika mahu jumpa pun sewaktu ada pemimpin besar datang, itu pun malu-malu mahu ke depan.  Aku tabik ahli-ahli AMK yang terus bekerja kuat kerana semangat mereka lah maka kelemahan Ketua AMK Pahang dapat dilindungi.

Seperti yang diulas oleh Pahang Daily, nama SAMM lebih menonjol di Pahang dari AMK.  Bahkan ramai ahli-ahli AMK yang menyertai SAMM kerana dilihat lebih ke hadapan.  Kelemahan AMK di Pahang hanya kerana ketuanya yang tidak ada ketrampilan dan ketokohan langsung.  Difahamkan di dalam mesyuarat AMK Pusat pun Ketua AMK Pahang ini selalu ponteng.  

Aku rasa, eloklah AMK Pusat buat keputusan menukar segera Ketua AMK Pahang.  Mungkin 'Alang' meletakkan jawatannya di dalam AMK Pahang itu pun kerana merasa jemu dan bosan berada di dalam AMK yang beku itu.