Saturday, November 26, 2011

ADUKA TARUNA - TAK PAYAH COVER LA BEB, NGAKU SALAH JE !!

Apa masalah ko Aduka Taruna?  Aku baca tulisan ko di SINI.  Bila ko buat tuduhan kat Ketua AMK yang kononnya mahu gunakan perhimpunan BERSIH 3.0 untuk bela nasib Anwar berpandukan laporan Malaysiakini, bukan main lagi ko hentam Shamsul.  Tapi bila Malaysiakini betulkan laporan dia, ko pulak kata berapa Anwar bayar kat wartawan Malaysiakini...

Aduka Taruna

Ko tak biasa ke dengar Malaysiakini selalu betulkan laporan yang mereka siarkan?  Habis tu, semua pembetulan oleh Malaysiakini tu kena bayar ke?  Ko jangan jadi bodoh sangat Aduka.  Kalau Malaysiakini dah buat silap, dia betulkan balik laporan dia, ko pun patut la betulkan laporan ko yang silap tu.  Mengapa ko pusing pulak kata Anwar yang bayar?  Pasal tu la asyik suka `langgar' orang....lama-lama kepala otak ko pun jadi bengap....semua orang salah, ko je la yang betul...Memang patut pun ko kena `sebijik' kat Rusila dulu...

Aku pun mulanya mahu tulis gak nak kutuk Ketua AMK kalau benar dia nak gunakan BERSIH 3.0 itu untuk Anwar.  Tapi, aku tak lah sebodoh ko Aduka....nak langgar semua orang.  Aku siasat dulu betul ke tak.  Sebelum Malaysiakini betulkan laporan tu, aku dah tahu awal dari kengkawan aku yang dok dengar apa yang Sam cakapkan....memang lari dari apa yang Malaysiakini laporkan awalnya.  Jadi, memang patut pun Malaysiakini betulkan yang salah tu.....

Ko punya nak cover malu...ko tuduh pulak Anwar yang bayar kat Malaysiakini supaya betulkan laporan tersebut.  Ko pun tulis, ada kawan ko wartawan Malaysiakini yang bagitahu Anwar call supaya laporan tersebut dibetulkan.  Ko jangan nak bodohkan orang la Aduka.....Apa standard Anwar nak bayar wartawan Malaysiakini?  Selama ini pun banyak gak laporan Malaysiakini yang hentam Anwar disiarkan, mengapa Anwar tak nak bayar supaya ditarik balik? 

Aku rasa elok ko tarik balik la tuduhan ko tu....takde malunya nak mohon maaf kalau ko dah buat salah....kecuali ko memang bodoh sombong !!

Monday, November 21, 2011

LAWAK TERBARU ZUL KULIM, WAN AZIZAH MENANGIS DEPANNYA ?

Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalam Malaysiakini semalam.  Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar.  Korang baca kat SINI dulu.

Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan.  Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu.  Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula?  Ada berani?

Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi.  Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim.  Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen?  Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB.  Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS.  Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru.  


Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga.  Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini.  Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR.  Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR.  Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun.  Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai.  Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang.  

Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara.  Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah.  Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik.  Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta.  Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50, 000 sebulan.  Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada?  Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa...

Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan semasa berkempen dulu.  Tak tahan telinga aku mendengar kawan-kawan merata-rata sebut pasal hutang aku.  Buat apa aku pakai kopiah `Ali Baba' kalau aku mati nanti dalam berhutang?

Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya.  Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia.  Apa rahsianya?  Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas.  Ertinya, PKR hilang kerusi itu.  Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut.  Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim.

Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya.  Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau.  Sekali lagi kita bertanya, ada berani?  

Wednesday, November 16, 2011

EZAM SESUMPAH DAN LEMBU SHARIZAT

Kisah lembu Shahrizat dah berapa hari hangat sekarang ni.  Sampai dalam Parlimen Wakil Rakyat Umno/Bn dah tak mampu nak tepis dah pasal terang lagi bersuluh bagaimana RM250 Juta boleh dapat senang-senang oleh keluarga Shahrizat.  Bagaimana projek lembu boleh bertukar jadi bisnes hartanah?

Mana suara Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah?  Bisu dah ke atau dibisukan?  Rasanya kalau kes itu terjadi pada Lim Guan Eng dan keluarganya, kompom Ezam sesumpah ini akan mengajak puak-puak bengap kat Penang tu berarak macam berok di depan pejabat KM P.Pinang.  Nah, sekarang tak mahu berarak ke kat depan rumah Shahrizat?  Takut? 

Kalau takut, ajaklah pendekar cium keris si Berahim alkataki tu.  Tak pun contact sekali Zul Lembu dari Kulim tu sekali.  Nak lebih ramai pelawa Zahrain katak orang Penang tu join.  Masih tak cukup, pelawa KJ bawa sekali Bangla-Bangla yang dia bawa masa Himpunan Bersih itu hari. 

Masa mula-mula join mazhab Umno dulu, bukan main Ezam sesumpah bercakap kononnya dia masuk Umno kerana ingin menentang rasuah dari dalam.  Dari dalam mana Ezam weyy?  Dari seluar dalam Sepol ke?  Jangan ko masuk dalam seluar dalam Minah Lembu tu dah le...

Aku bukan suruh ko buat mulut cam jubur lembu, aku suruh lawan penyelewengan projek lembu lahhh!!!

Aku nak tunggu Ezam sesumpah komen je isu ini.  Apa yang aku agak, dia akan komen, " Kita kena sokong Shahrizat pasal dia dan keluarga dia Melayu....Biarlah Melayu berniaga Lembu..Asalkan jangan Cina DAP".   Hahahaha...itulah gamaknya kata-kata Ezam....Kesihan Melayu jenis tu, berniaga lembu pun tak boleh, tapi mentekedarah duit rakyat....

Ada lagi ke Melayu bodoh nak sokong Umno? 

Friday, November 11, 2011

PAPAGOMO PULA MENGAKU DILIWAT?

Blogger murahan Umporno bergelar Papagomo kononnya mahu berehat panjang dari bercerita pasal politik.  Kisahnya semua tahu, pasal dia bengang seorang Menteri dari Bn menghina dan mengkritik beliau, maka mahu merajuklah konon si kaki fitnah tegar itu.

 Anjing aku bernama `Papagomo' yang selalu lapar....

Tapi, tak sampai beberapa minggu Blogger yang dah lapar ni kembali bercerita pasal politik fitnah yang menjadi makanan rutinnya.  Mungkin dah dapat dan kenyang lah tu, tu pasal dia kembali dengan cerita fitnah dan seksnya.  Mahu bawa modal baru dah tak ada, sedangkan modal lama pun tak laku.  Orang campak dalam lubang jamban je semua kisah-kisah yang papagomo ni bikin.  Tu pasal pemimpin Umno pun dah tak harap pada Blogger makan taik ni.

Akhirnya, reka cerita lain pulak tetapi lebih bodoh dari karya fitnahnya sebelum ini.  Kali ini punyalah marah dia kat Rafizi Ramli, seorang tokoh muda dari PKR yang banyak bongkar salah laku pemimpin Umporno.  Dan, yang terbaru Rafizi dedahkan tipu muslihat di dalam isu Lembu keluarga Shahrizat.  Ini termasuk isu rumah banglo jutaan ringgit yang dibeli cash.  Rafizi juga sanggup ke tempat projek lembu kepunyaan Shahrizat kalau tak salah di Melaka.  Memang di Melaka banyak `lembu' belaan Ali ketam.  Sebab tu Umporno kuat di Melaka kerana `lembu-lembu'nya.

Oleh kerana Rafizi ni telah buat Shahrizat kantoi, maka Papagomo pun naik angin.  Sayang sungguh kat Shahrizat yang mentekedarah duit rakyat tu.  Ada apa-apa ke Gomo wehh?....

Papagomo pun karang cerita baru tentang Rafizi pulak.  Sudah tentu mangsanya mesti dikaitkan juga dengan Anwar.  Dikatakan oleh Papagomo ada skandal Anwar dengan Rafizi.  Pulak dahhhh....hehehe....semakin menjadi-jadi bodohnya Papagomo.  Ditunjukkan dalam blog dia gambar Anwar sewaktu menjadi Menteri Pelajaran menyampaikan Sijil kepada Rafizi yang waktu itu sedang belajar.   Dapat je gambar tu, apa lagi lah si Papagomo. Maka, berjelalah karangannya untuk mempamirkan kebodohan beliau. 

Wahai si Papagomo, sedangkan video yang bergerak tu pun rakyat campakkan ke dalam tong taik, ini kan pula sekeping foto mengambil sijil.  Apa la bodohnya Blogger Umporno mahu mengampu sehingga ke tahap itu?  Kenapa ko tak ambik gambar Anwar bergambar atau bersalam dengan Mufti sewaktu Anwar dalam kerajaan dulu?  Pas tu, ko ceritalah yang Mufti tu pun ada skandal dengan Anwar.....hahahahaaa....

Nasib baik Anwar tidak pernah bergambar dengan Papagomo.  Kalau lah ada, kompom Papagomo akan mengaku dia juga diliwat oleh Anwar....kahkahkahkah....

Wednesday, November 2, 2011

SHABERY CHEEK `KENA SEBIJI' OLEH YB ELI

  
Harakahdaily   
 
SHAH ALAM, 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realitiThe Challenger Muay Thai yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong (gambar).

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor KeadilanDaily.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

“Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

“Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan kaum Israel itu,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.