Thursday, April 19, 2012

MENTERI PALING BANGANG, TIMBALAN BELIAU SEDIKIT CERDIK

Seekor menteri otak lembu bernama Khalid Nordin, di dalam ulasannya terhadap peristiwa puak samseng kampung dusun yang pukul curi terhadap mahasiswa di Dataran Merdeka semalam, menteri bodoh ini berkata, " Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Bila orang kata dia bodoh macam lembu, dia marah tetapi lihat saja lah komen seekor menteri.  Menteri haprak dan bangsat kaki ampu macam Khalid ni merugikan bangsa dan negara saja.  Macam mana boleh jadi menteri, jaga Universiti pulak tu, tapi otak macam orang bangang tak pergi sekolah.

Sebenarnya dia tahu, dia sudah ditolak oleh majoriti pelajar-pelajar dan mahasiswa yang lebih bijak dan pintar dari dia sebagai menteri.  Timbalan Khalid iaitu Saifuddin walaupun seakan-akan tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu, tetapi Saifuddin dilihat lebih matang di dalam memberikan ulasan.  Malangnya, Saifuddin memiliki bos yang lebih bodoh dari lembu.

Benarlah kata Mamak Mahdey Kutty, bahawasanya tiada lagi yang cerdik dan pintar ingin berada di dalam kandang lembu Umporno.  Benar juga kata mamak tersebut, Umporno sudah busuk sampai ke usus. 

Kepada samseng kampong dusun yang bacul malam tadi, jangan ingat ugutan dan gertakan kamu boleh melemahkan semangat para mahasiswa.  Kamu boleh makan upah dari sesiapa pun samada dari Ezam sesumpah, tetapi kamu dijemput hadir dengan sukacitanya ke Dataran Merdeka pada 28hb April ini nanti.  Pada waktu itu, kamu boleh tunjukkan hebatnya tanduk lembu kamu.

Sunday, April 15, 2012

CALON PILIHANRAYA - UTAMAKAN ANAK TEMPATAN YANG BEKERJA BUKAN CALON PAYUNG TERJUN

Semua tahu Pilihanraya Umum semakin hampir.  Maka, seperti biasa maka sudah ada muka-muka tertentu menonjolkan diri untuk dipilih menjadi calon.  Aku bercakap isu ini berkaitan dengan Pakatan Rakyat sahaja, aku tidak mahu ulas soal Umno di dalam hal ini kerana bagi aku Umno sejak dulu lagi tabiatnya memang begitu.

Di dalam Pakatan Rakyat mungkin tidak banyak kes di mana beberapa tokoh mahu menonjolkan diri tapi malas mahu bekerja untuk parti.  Ada yang kuat bekerja menjaga kawasan masing-masing, tetapi menjelang pilihanraya muncul muka lain yang terhegeh-hegeh datang kononnya untuk berkempen.  Orang luar ini datang di saat kawasan itu sudah mula bergerak aktif, dia hanya datang tunjuk muka sahaja dan buat beberapa aktiviti tertentu apatah lagi dia mempunyai wang ringgit yang banyak. 

Malangnya lagi, orang ini datang tanpa ada adab sopan terhadap tuan rumah.  Tidak hormat langsung tuan rumah di situ, lantas mempengaruhi beberapa orang dengan menggunakan wang ringgitnya untuk bersama beliau.  Maka, dibuat aktiviti untuk menunjukkan beliau ini hebat berkempen.  Mengapa tidak datang awal untuk berkempen?  Mengapa tampil ketika kawasan tersebut sudah mula mantap?  Tidak lain tidak bukan beliau hanya datang untuk menonjolkan diri menjadi calon.

Aku nak ingatkan pimpinan atasan.  Jangan termakan dengan orang seperti ini.  Jangan cuba rosakkan perpaduan ahli dan penyokong dengan membawa `calon payung terjun'.  Sehebat mana pun orang ini bekerja, tapi yang lebih hebat adalah orang yang mula-mula bekerja di situ.  Bukan orang yang datang tatkala rumah dan nak hampir siap. Aku harap di dalam PR tiada `calon payung terjun' yang dibawa dari langit.

Saturday, April 7, 2012

LAYAKKAH ANWAR BERDEBAT DENGAN `BAPAK AYAM'?

Bila membaca berita di SINI, nampak sangat betapa bengapnya pencacai Perkasa bernama Ruslan Kassim ni.  Mula-mula dulu bila puak-puak pelacur politik upahan seperti Ezam sesumpah, betina tua Umi Hafilda, Nalla mabuk tu jaja fitnah ke atas DS Anwar, si bangang Ruslan ni sibuk minta DS Anwar saman geng-geng pencacai berkenaan.

DS Anwar sebenarnya tahu samanlah banyak mana sekalipun, tetapi selagi Mahkamah di negara ini berada di bawah Umporno, kerja menyaman ni macam kerja bodoh, lebih baik DS Anwar gunakan masa untuk menyampaikan maklumat dan hala tuju PR, itu lebih bermakna dan berfaedah.  Contohnya, DS Anwar saman KJ, Ketua Pemuda Umno di dalam satu kes di mana KJ telah menyampaikan satu ucapan fitnah terhadap DS Anwar.  Kes tu dah lama, bertahun dah.  Sehingga kini, kes saman tersebut tak ada kata putus lagi.  

Tapi, mahu tak mahu DS Anwar layan lagi dan kali ini beliau saman Nalla mabuk pula.  Dulu, cabar suruh saman, bila DS Anwar dah saman, si bangang Ruslan Kassim ni pula suruh debat je, tak perlu saman.  Apa bengap sangat ko, Ruslan?  Patutlah Umporno tak kutip ko jadi calon pilihanraya walaupun dah jilat punggung Umporno.  Siapa Nalla yang ko suruh DS Anwar debat tu?  Nalla ni dah ngaku tukang hantar betina kat DS Anwar, ertinya dia ni Bapak Ayam.  

Aku tak kisah dia Bapak Ayam yang dilantik jadi Senator, sebab Umporno memang tempat yang layak untuk spesis macam Nalla tu.  Tapi, bagi aku layakkah DS Anwar berdebat dengan Bapak Ayam?  Kot si Ruslan Kassim, mungkinlah layak kot....