Tuesday, February 21, 2012

DEBAT - SYARAT PALING BODOH DARI BERAHIM ALKATAKI

Aku rasa nak putus urat kentut bila baca kenyataan Berahim katak di Malaysiakini semalam.  Baca kat SINI.  Beliau mahu tunjuk hebat kononnya berani sangat nak berdebat dengan Lim Guan Eng.  Mentang-mentanglah Lim Guan Eng sekarang popular dan diangkat sebagai Hero mengalahkan Najib di atas keberanian KM P.Pinang itu berdebat dengan bekas menteri yang pernah beraksi porno, Chua Soi Lek baru-baru ini.

Maka, sebelum tu Berahim katak awal-awal lagi mengaku tidak perlu berdebat dengan Anwar.  Alasan beliau sama lah dengan alasan Mahdey kutty dan Najib, alasan bagi orang yang bacul.  Berahim katak mencabar Lim Guan Eng berdebat soal 'Siapa paling rasist, DAP atau PERKASA?  Tapi, dengan syarat.  Pulak dah......

Syarat pertama yang diminta oleh Berahim katak adalah debat mesti disiarkan secara langsung oleh TV.  Ok. yang itu aku pun sokong 110 % dan memang semua pimpinan di dalam PR sentiasa impikan debat dengan sesiapa pun mestilah dibuat `live'.  Kita setuju dengan syarat Ahli Parlimen Pasir Mas yang menenggek di atas kerusi PAS itu.

Tapi, syarat kedua dari Berahim katak amat tidak masuk akal, tidak ilmiah bahkan syarat itu kelihatan bangang wal tolol.  Beliau mahu debat diadakan tanpa penonton.  Aku tak tahu pulak setahap ini bangangnya Berahim katak dan setahap ini kecutnya beliau untuk berdebat secara terbuka.  Cuba lihat, Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng tiada masalah berdebat dengan kehadiran poenonton.  Debat Anwar dengan Shabery Cheek dulu pun dihadiri oleh penonton.  Beberapa tahun dulu, debat Mahdey Kutty dengan Almarhum Fadzil Noor, Presiden PAS juga dihadiri oleh para penonton.  Ada berlaku kecoh atau pergaduhan ke masa tu?

Debat yang selalu dianjurkan oleh sekolah-sekolah menengah dan Universiti pun dipenuhi oleh para penonton.  Mengapa bertambah ke belakang pemikiran Berahim kataki?  Mungkin kerana tua atau kesan daripada penyakit jantung beliau baru-baru ini telah menjadikan otak beliau berpusing ke belakang.  

Akulah pendekar...jom debat tempat takde orang.....wakakakakaaa
Sebenarnya, Berahim tidak mahu sebut bahawasanya beliau pun dayus gak untuk berdebat walaupun telah beratus-ratus kali mencium keris tak bersarung tu.  Jadi, dicarilah alasan agar debat itu tidak disambut oleh Lim Guan Eng.  Lagi pun, bayangkan saja tiba-tiba tengah berdebat, sekali di `smash' oleh Lim Guan Eng, Berahim kataki terjelepuk jatuh sakit dada, siapa mahu jawab?  Kalau dia KO masa tu pun tak guna pasal nak adakan Pilihanraya Kecil kat Pasir Mas pun tak boleh.  Kalau boleh, takde hal pun dia KO.

Aku nasihatkan eloklah debat tu dibuat di hadapan penonton.  Mana tau, kot-kot tengah debat Berahim sesak nafas nak jawab hujah Lim Guan Eng, ramai yang boleh usung dia pergi ke hospital sekali lagi.  Kesimpulannya, Berahim katak dengan Najib dan Mahdey Kutty sama saja.  Masing-masing penakut untuk berdebat.  Cakap saja beredegar-degar.

Wednesday, February 8, 2012

NAJIB PERASAN KONSEP 1 MALAYSIA BUAT BATU CAVES PENUH KAUM INDIA?

Tengok berita kat TV tadi, terasa lucu jugak tengok Najib perasan kat Batu Caves.  Di Batu Caves semalam, seperti biasa ratusan ribu penganut agama Hindu akan memenuhi tempat tersebut setiap kali mereka menyambut Thaipusam.

Samada di zaman Tunku, Tun Razak, Hussein Onn, Mahdey, Pak Lah dan kini Najib, begitulah keadaan di Batu Caves sempena Thaipusam.  Najib datang ke, Anwar datang ke, Tok Guru Nik Aziz datang ke, mereka tetap berhimpun di Batu Caves apabila menyambut Thaipusam.

Mengapa Najib perasan dan menyangka kehadiran ratusan penganut Hindu semalam adalah sebagai tanda konsep 1 Malaysia mendapat sokongan?  Konsep 1 Malaysia ni bila lahir di muka bumi?  Adakah sebelum ini tidak seramai itu di Batu Caves?  Jangan Najib cuba memperbodohkan rakyat dengan sifat perasannya itu.

Adakah konsep 1 Malaysia itu hanya mengumpulkan semua penganut Hindu?  Mengapa sewaktu Najib ke Mekah baru-baru ini tidak sebut bahawa jutaan Umat Islam di Mekah berkumpul menyambut beliau dan mereka menyokong konsep 1 Malaysia?  Kesihan Najib....