Wednesday, February 8, 2012

NAJIB PERASAN KONSEP 1 MALAYSIA BUAT BATU CAVES PENUH KAUM INDIA?

Tengok berita kat TV tadi, terasa lucu jugak tengok Najib perasan kat Batu Caves.  Di Batu Caves semalam, seperti biasa ratusan ribu penganut agama Hindu akan memenuhi tempat tersebut setiap kali mereka menyambut Thaipusam.

Samada di zaman Tunku, Tun Razak, Hussein Onn, Mahdey, Pak Lah dan kini Najib, begitulah keadaan di Batu Caves sempena Thaipusam.  Najib datang ke, Anwar datang ke, Tok Guru Nik Aziz datang ke, mereka tetap berhimpun di Batu Caves apabila menyambut Thaipusam.

Mengapa Najib perasan dan menyangka kehadiran ratusan penganut Hindu semalam adalah sebagai tanda konsep 1 Malaysia mendapat sokongan?  Konsep 1 Malaysia ni bila lahir di muka bumi?  Adakah sebelum ini tidak seramai itu di Batu Caves?  Jangan Najib cuba memperbodohkan rakyat dengan sifat perasannya itu.

Adakah konsep 1 Malaysia itu hanya mengumpulkan semua penganut Hindu?  Mengapa sewaktu Najib ke Mekah baru-baru ini tidak sebut bahawa jutaan Umat Islam di Mekah berkumpul menyambut beliau dan mereka menyokong konsep 1 Malaysia?  Kesihan Najib....

No comments:

Post a Comment