Kisah ini sudah lama berlalu. Tanggal 09 Jan yang lalu, semua pencinta keadilan dan benci kepada kezaliman telah berkumpul di Mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim yang nasibnya ditentukan pada tarikh tersebut atas tuduhan meliwat pemuda bernama Sepol yang pernah tidak mencuci duburnya dua hari itu.
Semua tahu, PR tidak pernah menjanjikan apa-apa jauh sekali sebarang imbuhan kepada sesiapa yang sanggup hadir ke mahkamah pada hari tersebut. Walaupun Dr Hassan Ali, bekas ahli PAS cuba untuk menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut, namun hasutan `Parasit' PAS itu tidak diendahkan orang. Tidak semua orang berhati busuk seperti bekas Exco Agama Selangor itu.
Seorang teman menceritakan, salah seorang yang hadir dari Kuantan, Pahang telah membawa keretanya untuk dikongsi bersama-sama temannya ke Mahkamah Jalan Duta pada hari tersebut. Beliau hadir dengan teman-temannya tanpa disuruh atau dipaksa dan juga tanpa upah. Beliau datang dengan belanja poket sendiri dan belanja perjalanan melibatkan minyak dan tol dari Kuantan ke KL dikongsi bersama rakan-rakannya termasuk makan minum.
Apabila keputusan Hakim mengumumkan DS Anwar tidak bersalah, semua yang hadir bersorak gembira. Di antara yang paling gembira adalah saudara kita dari Kuantan ini. Beliau amat bersyukur lantas membayar nazarnya dengan mencukur kepala sehingga botak licin pada hari itu juga di perkarangan mahkamah. Di antara yang tolong mencukurkan kepalanya adalah Chegu Bard, YB Tian Chua, Adam Adli (Mahasiswa UPSI) dan juga Mat Sabu. Banyak akhbar menyiarkan gambar beliau ketika dicukur. Begitulah gembiranya beliau dengan pembebasan DS Anwar.
Namun, tidak beberapa jam beliau meraikan kegembiraan, beliau ditimpa kedukaan. Diceritakan, sewaktu beliau bersama rakan-rakannya berhenti makan di Kampung Baru, KL tanpa disedarinya kereta beliau telah ditarik. Mulanya beliau menjangkakan keretanya ditarik oleh DBKL akibat parking di tempat yang salah. Namun, mengikut kata tokeh kedai makan berdekatan dia nampak bukan lori pengangkut (Towing) DBKL yang mengangkut keretanya. Saudara kita ini terus menghubungi bank, dan sahih kereta beliau ditarik akibat gagal menjelaskan pinjaman. Dimaklumkan oleh pihak bank, beliau kena membayar sejumlah RM1, 500 hari itu juga jika mahu mengeluarkan kereta berkenaan dari stor.
Mana mahu cari wang sebanyak itu di dalam tempoh singkat? Bagaimana mereka mahu pulang jauh ke Kuantan? Mereka berkumpul dan duduk berbincang. Kesemua rakan-rakan sudi berkongsi wang setakat yang ada, tetapi tidak cukup untuk mengumpulkan sejumlah RM1,500 bagi mengeluarkan kereta berkenaan. Anwar bebas, kereta pula ditahan.
Alhamdulillah, mungkin berkat perjuangan Allah telah tunjukkan jalan bagi menghadapi kesukaran itu. Beliau telah menghubungi beberapa orang pimpinan Keadilan Pahang mengadu nasib malang yang menimpa mereka semua. Kesemua pimpinan bersedia untuk membantu. Akhirnya, bantuan diterima dari Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang ketika itu juga berada di KL. Beliau telah memasukkan wang yang diperlukan melalui akaun bank pada petang itu juga. Maka, kereta telah dapat dikeluarkan dari stor simpanan dan kesemua mereka terus pulang ke Kuantan.
Apa yang mahu aku ceritakan di sini, alangkah bertuahnya jika semua pimpinan berhati mulia seperti Dato' Fauzi yang begitu peka dengan anak-anak buahnya. Difahamkan, pimpinan lain yang bersedia membantu termasuklah YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Nizam Hamid (Timb Pengerusi Keadilan Pahang), Zaidi (Pengarah P/Raya Keadilan Pahang) dan juga seorang tokoh korporat Hj Nan. Namun memandangkan Dato' Fauzi sanggup membantu sebanyak itu, pimpinan yang lain tidak perlu lagi memberikan bantuan. Inilah pemimpin yang kita mahu di dalam PR.
Memang masalah ini adalah masalah peribadi beliau, tetapi di dalam jamaah perjuangan, sakit seorang yang lain turut merasa sakit. Amat pelik, bagaimana Dr Hassan Ali tiada sikap sedemikian? Beliau mendakwa kes DS Anwar adalah masalah peribadi dan orang lain tidak perlu ambil kisah. Di sini kita boleh lihat bezanya sikap beberapa pimpinan tadi dengan Dr Hassan Ali.
Aku ingin menyatakan rasa terharu dan terima kasih kepada Dato' Fauzi serta pimpinan-pimpinan Keadilan Pahang yang begitu prihatin dengan masalah anak buah mereka. Cerita yang dikisahkan oleh teman aku ini menjadikan aku bertambah kasih dan sayang kepada perjuangan PR. Tidak mudah untuk berjuang. Saudara kita ini mungkin selalu kesempitan wang, maka ada ketikanya terpaksa menangguhkan pembayaran pinjaman. Jika beliau mahu hidup senang, sudah tentu beliau tidak akan memilih Keadilan sebagai wadahnya.
No comments:
Post a Comment