Friday, October 28, 2011

JOM TANDATANGAN PETISYEN BANTAH FAM DI SINI UNTUK SEDARKAN FAM YANG SOMBONG....


Memang bangsat.  Mentang-mentang dia dulu Pegawai Tentera, sudah biasa beri arahan orang ikut, sekarang dah pencen pun masih berlagak.  

Setiausaha FAM, sombong dan bongkak bila dia kata negara ini demokrasi, siapa nak boikot Perlawanan Akhir, sila boikot dan FAM tiada kuasa mahu halang.  Sikit punya gampang ke ayat tu?

Masa bolasepak negara jatuh merudum, merengek-rengek FAM minta orang ramai beri sokongan datang ke stadium.  Bila mutu bolasepak negara dah naik, FAM pun dapat nama, ini pula balasan FAM kepada peminat-peminat bolasepak?  Memang bangsat.

Kalau korang setuju FAM tu dah jadi bangsat, ayuh, klik SINI dan tandatangan petisyen utk diserahkan kepada FAM biar mereka sedar siapa yang naikkan maruah FAM yang sebelum ini ditepi longkang. 

Tuesday, October 18, 2011

KESIHAN BLOGGER GAP, MENTAL TAHAP BUDAK TADIKA

Mahu terkentut aku dibuatnya bila baca Blog GAP (Gerakan Anti PKR) yang pro Umporno, blog pencacai spesis Papagomo dan parpukari yang dalam postingnya ada mencabar YB Khalid Samad bertumbuk.  Puncanya pasal YB Khalid Samad kata Sultan pun ada lakukan kesilapan.  Maka, blog pencacai ni pun marah giler. Hahahaha.....Aku malas nak letak link dia kat sini sebab aku takut akan lebih ramai akan tertawakan kebodohan si pencacai sekor ni...

Blog pencacai ni marah kat Khalid bukan ikhlas nak bela raja.  Kalau ikhlas lama dah dia ajak geng-geng Derih Jusoh kat Terengganu tu bertumbuk bila naiknya banner tulisan "kami mahu Derih, Natang" yang dipamerkan betul-betul depan pintu istana Terengganu dahulu.  Blogger bacul lagi bengap ini kalau betul ikhlas dah lama beliau tumbuk Mahdey kutty yang macam nak gila hina raja-raja dulu sampai hilang kuasa raja-raja.  

Itu lah masalah dengan Blogger pro Umporno ni.  Mahu lawan hujah takut dan takde modal, maka akhirnya jadi macam bebudak tadika.  Kuat sangat dah ke?  Kalau dah kuat, mengapa tak datang berhimpun masa BERSIH dulu?  Mungkin ramai yang sudi bertumbuk dengan bebudak tadika Blogger GAP ni.  Guru silat lincah yang kononnya ada anak murid puluhan ribu beserta geng-geng songkok tinggi Perkosa yang kononnya ada ratusan ribu itu pun tak berani mahu tunjuk `telor' masa perhimpunan BERSIH baru-baru ni, ini kan pula Blogger GAP!! Hahahahaaaa...

Wahai Blogger murahan, kalau nak ampu Umporno untuk minta lebih upah pun jangan lah buat cabaran bodoh macam tu.  Buat malu kat kawan-kawan Blogger korang je.  Dia ingat YB Khalid nak layan dia bertumbuk?  Ko nak pertahankan apa sebenarnya GAP weyyy?  Pertahankan perut ko ke? 

Kesihan ko....lemah mental ko...cam mana nak bjuang mempertahankan Umporno kalau mental ko rendah setaraf bebudak tadika?  Ko kena belajar silat pengantin dulu dengan Omar Din ok....hahahahaaa...

Thursday, October 6, 2011

PKR PAHANG - SESAMA KAWAN PUN DOK PERLECEH?

Aku tahu bukan mudah PR mahu tawan Pahang, walaupun tak mustahil.  Ini disebabkan Negeri Pahang boleh dikatakan majoriti pengundinya adalah orang felda.  Biasalah orang felda ni, mahu dikatakan kurang cerdik, ramai yang cerdik tetapi takde guna cerdik jika penakut.  Alhamdulillah, sekarang orang felda semakin cerdik dan semakin berani.

Kalau tak berani, mana boleh beribu orang felda sekarang ni sudah menyaman Felda itu sendiri.  Tahniah kepada Biro Felda di dalam PR yang tak kenal penat dan jemu menembusi otak-otak orang felda.  Hasilnya sekarang, Umno/Bn sudah semakin gelabah dengan gerak kerja Biro felda terutamanya di Pahang.

Dalam pada aku respek hal ini, aku jadi pelik pula ada pemimpin PKR di Pahang semacam mahu mengangkat diri sendiri dengan memijak kepala kengkawan.  Ini aku amat tak setuju, apatah lagi mereka itu pemimpin.  Aku terbaca kat blog sini, bagaimana hebatnya penulis menyerang kawannya sendiri.  Setahu aku, kawannya itu pemimpin Cabang macam dia juga.  Dia persoalkan prestasi Cabang kawan dia, sedangkan yang aku tahu ramai staf dalam pejabat dia sendiri asyik bertukar orang saja.  Mengapa jadi begitu?  Dia bagus sangatkah memimpin Cabang?  Berapa Ranting dalam Cabang dia yang berjaya dia tubuhkan sebelum dia tuding Cabang orang lain yang kononnya tidak bergerak?

Bukan itu sekali dia menulis macam tu, ada lagi tulisan dia yang seperti merendah-rendahkan kawan-kawan dia.  Aku tahu dan ikhlas aku cakap, pemimpin ini memang kuat bekerja dalam parti.  Tapi apa gunanya kita bekerja kuat dalam parti dalam masa yang sama kita nak runtuhkan parti?  Mungkin beliau ikhlas bertujuan untuk menegur kawannya itu, tetapi bijak ke menegur melalui blog?  Bukankah dia pemimpin dan kamu pun pemimpin?  Takde ruang lainkah untuk menegur sesama kawan-kawan selain dari melanyak dia dari belakang?  Takut mahu berdepan, ada jalan lain iaitu menulis surat kepadanya atau melalui kepimpinan untuk dibincangkan.

Jangan kerana terlalu rapat dengan orang bawah maka apa saja orang bawah cakap kita mahu terima.  Kalau kita ikhlas mahu tegur kepimpinan atau kawan-kawan sesama dalam parti, ada ruang yang paling berkesan bukan melalui blog seperti itu.  Jika gunakan blog, orang boleh pertikaikan niat kita.  Jika tidak mahu aibkan atau bunuh karier politik kawan, apa lagi tujuannya?

Aku harap pemimpin-pemimpin di dalam PKR bukan sahaja perlu kuat bekerja untuk parti tetapi mesti selamatkan parti.  Aku tak tahu samada cara menulis di dalam FB atau blog menegur pemimpin lain itu bijak atau tidak untuk diamalkan.  Kalau menegur cara umum itu aku boleh terima ditulis dalam blog atau FB, tetapi kalau dah sebut nama kawasan kawannya sendiri lebih baik sebut terus nama kawan yang dia nak hentam itu.  

Pemimpin itu kena ingat, ramai juga yang tahu latarbelakang dia dalam berpolitik dan banyak mana parti yang dia pernah masuk.  Jadi, usahlah asyik pertikai orang lain.

Apa pun aku respek kat kawan dia yang kena hentam tu.  Dia setakat ni diam tak menjawab.  Diam tak bererti dia takut atau mengiyakan tuduhan terhadapnya tetapi mungkin merasakan tak baik untuk berbalah sesama sendiri.  Bayangkan jika dia menjawab kembali, tentu bergolak PKR Pahang.... entah laaaa...