Monday, January 30, 2012

NOSTALGIA SUATU PENGORBANAN - ANWAR BEBAS, KERETA PULA DITARIK

Kisah ini sudah lama berlalu.  Tanggal 09 Jan yang lalu, semua pencinta keadilan dan benci kepada kezaliman telah berkumpul di Mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim yang nasibnya ditentukan pada tarikh tersebut atas tuduhan meliwat pemuda bernama Sepol yang pernah tidak mencuci duburnya dua hari itu.

Semua tahu, PR tidak pernah menjanjikan apa-apa jauh sekali sebarang imbuhan kepada sesiapa yang sanggup hadir ke mahkamah pada hari tersebut.  Walaupun Dr Hassan Ali, bekas ahli PAS cuba untuk menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut, namun hasutan `Parasit' PAS itu tidak diendahkan orang.  Tidak semua orang berhati busuk seperti bekas Exco Agama Selangor itu.

Seorang teman menceritakan, salah seorang yang hadir dari Kuantan, Pahang telah membawa keretanya untuk dikongsi bersama-sama temannya ke Mahkamah Jalan Duta pada hari tersebut.  Beliau hadir dengan teman-temannya tanpa disuruh atau dipaksa dan juga tanpa upah.  Beliau datang dengan belanja poket sendiri dan belanja perjalanan melibatkan minyak dan tol dari Kuantan ke KL dikongsi bersama rakan-rakannya termasuk makan minum.

Apabila keputusan Hakim mengumumkan DS Anwar tidak bersalah, semua yang hadir bersorak gembira.  Di antara yang paling gembira adalah saudara kita dari Kuantan ini.  Beliau amat bersyukur lantas membayar nazarnya dengan mencukur kepala sehingga botak licin pada hari itu juga di perkarangan mahkamah.  Di antara yang tolong mencukurkan kepalanya adalah Chegu Bard, YB Tian Chua, Adam Adli (Mahasiswa UPSI) dan juga Mat Sabu.  Banyak akhbar menyiarkan gambar beliau ketika dicukur.  Begitulah gembiranya beliau dengan pembebasan DS Anwar.

Namun, tidak beberapa jam beliau meraikan kegembiraan, beliau ditimpa kedukaan.  Diceritakan, sewaktu beliau bersama rakan-rakannya berhenti makan di Kampung Baru, KL tanpa disedarinya kereta beliau telah ditarik.  Mulanya beliau menjangkakan keretanya ditarik oleh DBKL akibat parking di tempat yang salah.  Namun, mengikut kata tokeh kedai makan berdekatan dia nampak bukan lori pengangkut (Towing) DBKL yang mengangkut keretanya.  Saudara kita ini terus menghubungi bank, dan sahih kereta beliau ditarik akibat gagal menjelaskan pinjaman.  Dimaklumkan oleh pihak bank, beliau kena membayar sejumlah RM1, 500 hari itu juga jika mahu mengeluarkan kereta berkenaan dari stor.

Mana mahu cari wang sebanyak itu di dalam tempoh singkat?  Bagaimana mereka mahu pulang jauh ke Kuantan?  Mereka berkumpul dan duduk berbincang.  Kesemua rakan-rakan sudi berkongsi wang setakat yang ada, tetapi tidak cukup untuk mengumpulkan sejumlah RM1,500 bagi mengeluarkan kereta berkenaan.  Anwar bebas, kereta pula ditahan.

Alhamdulillah, mungkin berkat perjuangan Allah telah tunjukkan jalan bagi menghadapi kesukaran itu.  Beliau telah menghubungi beberapa orang pimpinan Keadilan Pahang mengadu nasib malang yang menimpa mereka semua.  Kesemua pimpinan bersedia untuk membantu.  Akhirnya, bantuan diterima dari Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang ketika itu juga berada di KL.  Beliau telah memasukkan wang yang diperlukan melalui akaun bank pada petang itu juga.  Maka, kereta telah dapat dikeluarkan dari stor simpanan dan kesemua mereka terus pulang ke Kuantan.

Apa yang mahu aku ceritakan di sini, alangkah bertuahnya jika semua pimpinan berhati mulia seperti Dato' Fauzi yang begitu peka dengan anak-anak buahnya.  Difahamkan, pimpinan lain yang bersedia membantu termasuklah YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Nizam Hamid (Timb Pengerusi Keadilan Pahang), Zaidi (Pengarah P/Raya Keadilan Pahang) dan juga seorang tokoh korporat Hj Nan.  Namun memandangkan Dato' Fauzi sanggup membantu sebanyak itu, pimpinan yang lain tidak perlu lagi memberikan bantuan.  Inilah pemimpin yang kita mahu di dalam PR.

Memang masalah ini adalah masalah peribadi beliau, tetapi di dalam jamaah perjuangan, sakit seorang yang lain turut merasa sakit.  Amat pelik, bagaimana Dr Hassan Ali tiada sikap sedemikian?  Beliau mendakwa kes DS Anwar adalah masalah peribadi dan orang lain tidak perlu ambil kisah.  Di sini kita boleh lihat bezanya sikap beberapa pimpinan tadi dengan Dr Hassan Ali. 

Aku ingin menyatakan rasa terharu dan terima kasih kepada Dato' Fauzi serta pimpinan-pimpinan Keadilan Pahang yang begitu prihatin dengan masalah anak buah mereka.  Cerita yang dikisahkan oleh teman aku ini menjadikan aku bertambah kasih dan sayang kepada perjuangan PR.  Tidak mudah untuk berjuang.  Saudara kita ini mungkin selalu kesempitan wang, maka ada ketikanya terpaksa menangguhkan pembayaran pinjaman.  Jika beliau mahu hidup senang, sudah tentu beliau tidak akan memilih Keadilan sebagai wadahnya.

Saturday, January 21, 2012

MENGAPA US AZIZAN MENYOKONG UNDANG-UNDANG ZALIM (AUKU) DI KEDAH?

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

Keputusan MB Kedah ini dibantah keras oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, dan aku rasa Us Azizan boleh kurangkan sikit ego beliau jika tidak mahu Kedah tumbang di dalam PRU akan datang.  Us Azizan perlu menyemak kitab semula dan lihat adakah AUKU ini bertepatan dengan kaedah Islam.  Jika AUKU ini tidak salah dari segi Syarak, terpulanglah pada beliau tetapi jika ianya jelas bertentangan dengan hukum Syarak dari segi memberikan keadilan sesama makhluk, Us Azizan boleh dikatakan sebagai pengkhianat kepada perjuangan PAS.

Aku bukan mahu bela pelajar yang bersalah tetapi aku mahu melihat pelajar yang bersalah itu diadili dengan adil.  AUKU bukan satu undang-undang yang adil dan ianya tidak lebih dan tidak kurang prinsipnya dengan Akta ISA, bezanya Akta ISA memperuntukkan tahanan kepada pesalah yang tidak dibicarakan.

Aku selalu respek dengan pentadbiran Us Azizan, sebab itu aku tak mahu disebabkan isu ini nama Us Azizan sebagai pejuang Islam tercemar.  Lebih-lebih lagi imej PAS pun tercemar.  Di mana Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dan DS Anwar selaku Ketua Pembangkang mahu letak muka jika Us Azizan masih berkeras mahu memperjuangkan AUKU?  Aku tidak peduli samada pelajar-pelajar itu pro Umno/Bn mahu pun pro PR, keadilan mesti ditegakkan atau paling kurang mesti dilihat ditegakkan.

Di dalam isu kezaliman dan ketidakadilan seperti ini, tiada simpati buat Us Azizan.  Aku percaya kepada keikhlasan PAS di dalam memperjuangkan prinsip Islam dan itu juga mungkin salah satu sebab mengapa Dewan Pemuda PAS membantah tindakan Us. Azizan.  Namun, jika Us Azizan masih menghalalkan kaedah yang diharamkan oleh agama ini, apa perlunya Us Azizan berada di kerusi MB Kedah lebih-lebih lagi berada di dalam PAS?

Jika Dr Hassan Ali dipecat kerana menentang arus di dalam PAS, maka PAS juga perlu bertindak ke atas Us Azizan sekiranya beliau gagal memberikan sebab mengapa AUKU mesti dipertahankan di Kedah. 

Thursday, January 19, 2012

KESIHAN HASSAN ALI - YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN

Kadangkala aku rasa kesihan juga dengan Dr Hassan Ali.  Disaat orang lain mula sedar keburukan Umno dan mula mahu berjinak-jinak dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, Dr Hassan Ali pula berjinak-jinak dengan golongan sekular sekutu Apco dan puak yang berharap kepada dubur budak Sepol untuk terus berkuasa.

Aku tidak kisah jika Dr Hassan Ali mencari alasan untuk menyatakan beliau memang tidak layak berada di dalam PAS disebabkan tiada pemimpin di dalam PAS yang sehebat beliau berjuang untuk Islam, tetapi aku merasa terkilan kerana terlalu banyak bercakap maka Dr Hassan Ali lintang pukang memberikan alasan beliau.  Di dalam kesemua alasan yang beliau hujahkan, tiada satu pun beliau menyebut untuk bersama Umno walaupun dari lubang hidung beliau yang besar itu aku boleh tahu apa yang dihidu oleh Dr Hassan Ali.

Mulanya tidak bersetuju dengan PAS kerana Negara Berkebajikan.  Kemudiannya beliau tarik balik.  Lepas itu, menuding jari pada Anwar kononnya Anwar tidak se`mulia' beliau bak kain putih.  Dihasutnya keluarga beliau, mahasiswa dan orang ramai agar tidak menyokong Anwar disaat Anwar bakal menanti keputusan mahkamah pada 09 Jan yang lalu.  Kononnya itu masalah peribadi Anwar, buang masa rakyat datang menyokong Ketua Pembangkang itu.

Apa kesannya dari hasutan Dr Hassan Ali? Ribuan orang memenuhi luar pagar Mahkamah sehingga ke jalanraya meraikan pembebasan Anwar.  Anwar bebas, Dr Hassan Ali pula dipecat.  Lagi sakit hati dibuatnya.  Bila hati sudah sakit, Iblis datang memberi ilham kepada Dr Hassan Ali agar meniru cara pemimpin sekutu Apco Zionis iaitu menabur fitnah.  Maka, Dr Hassan Ali pun membuat fitnah kononnya Anwar menyokong Gay atau Homoseks.  Jika di dalam PAS, sering Dr Hassan Ali menjadikan Al-Quran sebagai rujukannya, tetapi apabila sudah berada bersama golongan Munafik, rujukan beliau untuk membuat fitnah kepada Anwar adalah Utusan Meloya lidah Syaitan itu. 

Apabila Utusan Iblis menyebut Anwar sokong Homoseks, laju sahaja Dr Hassan Ali mengambilnya sebagai Nas tuduhan beliau terhadap Anwar.  Semalam, Anwar telah mengambil keputusan untuk menyaman akhbar yang hampir bankrap tersebut.  Ertinya, terserlah kebodohan dan hasad dengki Dr Hassan Ali.  Dicari modal lain pula selagi hati tidak puas melihat PAS seperti tidak merasa rugi memecat beliau.

Kali ini Dr Hassan Ali berkata beliau akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri untuk mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau kini menjadi hina.  Mana satu?  Kerana Anwar kah atau kerana `Parasit-Parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau terhina sebegini?  Sebelum itu, Dr Hassan Ali sebut beliau tidak digemari kerana berjuang menghapuskan arak di Selangor dan beliau amat anti murtad.  Lagi satu alasan beliau.  Anwar, arak atau Parasit? 

Kalau aku di tempat Dr Hassan Ali, aku malu duduk di kerusi Exco kerana aku patut tahu bahawasanya aku telah dipecat dari parti.  Tetapi tidak buat Dr Hassan Ali.  Malah, beliau pertikai mengapa cepat sangat MB Selangor memecat beliau sedangkan beliau masih ada tempoh untuk membuat rayuan.  Beliau lupakah bahawa beliau ada berkata tidak akan merayu kepada parti?  Jadi, MB Selangor tidaklah sebodoh Dr Hassan Ali untuk melengah-lengahkan kerja.  Lagi satu, kes rayuan beliau kepada parti itu urusan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan hak MB Selangor untuk memecat atau melantik sesiapa sahaja sebagai Exco.  Takkan orang yang ada PHd seperti Dr Hassan Ali tidak tahu undang-undang seperti itu?

Katakan lah rayuan Dr Hassan Ali diterima oleh PAS, MB Selangor tidak tertakluk dengan keputusan PAS itu.  Jelasnya, Dr Hassan Ali tidak akan merayu dan sekiranya beliau merayu juga, mustahil PAS boleh terima orang ego, sombong dan bongkak ini untuk terus berjuang di dalam PAS.  Mengambil Dr Hassan Ali pada waktu ini umpama PAS menempah batu nisan.  Cukup-cukuplah PAS memberi terlalu banyak ruang pada beliau. 

Orang seperti Dr Hassan Ali ini sinonim dengan seekor lagi anak Ali iaitu Ibrahim Ali.  Biarlah mereka berdua dengan dibantu oleh Zul Kulum dari Kulim itu untuk menyalak sesuka hati.  Kita mahu lihat sejauh mana kerja-kerja orang yang ingin memusnahkan perjuangan Islam ini boleh pergi.  Kita mahu saksikan sejauh mana usaha mereka boleh membantu Umno untuk hidup selain dari bergantung di dubur Sepol.

Saturday, January 14, 2012

JIKA HASSAN ALI TAK BUAT RAYUAN, MARILAH KITA BERSYUKUR

Dr Hassan Ali liat sungguh nak letak jawatan Exco Selangor.  Kalau sayang sangat jawatan tu, yang gatal-gatal mulut hentam orang tak tentu pasal tu mengapa?  Habis keliling nak dibelasahnya.  Dulu, dia belasah YB Khalid Samad.  Lepas tu, belasah PAS pasal konsep Negara Berkebajikan.

Kemudiannya, dengan muka tak malu minta maaf kononnya terlebih cakap.  Ingatkan dah insaf dari sifat ego.  Rupa-rupanya tidak.  Hentam pulak Anwar disaat Anwar dan keluarganya bersusah hati.  Aku tak kisah kalau dia tak suka Anwar, itu dia punya pasallah.  Tapi, yang dia pergi canang seluruh dunia hasut orang ramai jangan sokong Anwar kat mahkamah tu apsal?  Apa yang Anwar buat kat dia sampai dengki sangat Hassan Ali ni kat Anwar?

Dia ingat dia ada Phd, Anwar cuma ada ijazah kecik je maka dia rasa dia hebat?  Dia masuk PAS dulu pun ketika PAS tengah kuat, bukan diwaktu PAS tengah lemah.  Dia masuk PAS ketika PAS kuat akibat isu Anwar.  Hassan Ali ni tumpang semangkuk atas isu Anwar, dia lupa ke?


Semalam, MB Selangor dah cakap bahawa Hassan Ali dah boleh blah dari kerusi Exco.  Ada juga beberapa pimpinan yang mahu Hassan Ali buat rayuan.  Aku rasa tak payahlah suruh dia buat rayuan, pasal dia bukan tak tahu memang ada undang-undang dalam PAS dia boleh buat rayuan.  Jadi, buat apa dok pujuk atau bagitahu tu semua kat Hassan Ali.  Dia ada Phd, takkan tak tahu perlembagaan PAS kot.

Nanti, kalau kita pujuk, dia akan buat rayuan pastu dia kata dia bukan nak sangat merayu tetapi orang suruh merayu.  Jenis ni ego tak mudah hilang.  Maka, lantak lah dia nak merayu ke tak.  Kalau dia tak merayu, marilah pakat ramai-ramai kita bersyukur...

Saturday, January 7, 2012

PAKAR MOTIVASI YANG BANGSAT

Bangsat sungguh Pakar Motivasi bernama Hassan ini.  Kalau mahu join Umporno atau terasa hidup sudah susah akibat masalah kewangan sekalipun, janganlah menjadi manusia sebangsat itu.

Sebangsat-bangsat manusia adalah mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan nasib orang lain.  Ini lah watak Hassan.  Bayangkan, jika anak Hassan ini dirogol serta dicampakkan orang di tepi longkang, atau dipukul orang, atau diragut orang mahupun didapati pengsan di tepi jalan, adakah tergamak kita mahu membiarkannya? 

Jika tanya pada aku, aku akan biarkan saja kerana aku takut bapak budak ini akan marah dan herdik aku kerana mencampuri urusan peribadi anaknya itu.  Pelik aku, semakin tinggi belajar semakin bodoh dan bengap dan lebih malang lagi berpura-pura pula sebagai pejuang akidah.  Kita nak beritahu Hassan, sekuat mana pun akidah kamu tetapi jika suka melihat kezaliman di depan mata tanpa berbuat apa-apa lebih baik tidak terus mempunyai akidah.

Bagi aku Hassan Ali ini sampah sarap yang bernajis.  Elok saja dibuang jauh-jauh dai nuka buni ini kerana bumi ciptaan Allah ini tidak redha manusia seperti Hassan Ali yang ego, sombong dan bongkak.

Friday, January 6, 2012

APA DOSA ANWAR SAMPAI HASSAN ALI BEGITU MARAH RAKYAT SOKONG ANWAR?

Agaknya tak puas lagi Dr Hassan Ali duduk di depan kamera TV3 selepas berhari-hari menghentam PAS di dalam soal Negara Berkebajikan sebelum ini.  Lepas itu Hassan Ali senang-senang minta maaf pada PAS kononnya dia tersasar di dalam memberikan pendapat berkaitan isu tersebut.


Punyalah baiknya PAS dengan mengikut ajaran Islam iaitu bersangka baik (Husnuz Zan) terhadap Hassan Ali, maka PAS memaafkan Hassan Ali.  Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS pun terima permohonan maaf Hassan Ali.  Bayangkan, begitu gembiranya Mursyidul Am Pas apabila dilihatnya Hassan Ali mahu memohon maaf sehinggakan Tok Guru itu mencadangkan agar Pas mengadakan kenduri kesyukuran. 

Tetapi jenis Hassan Ali ini jenis manusia yang muka tebal, tidak tahu malu lebih dahsyat lagi tidak tahu adab berjamaah.  Di dalam TV 3 malam tadi, kembang kempis hidung Hassan Ali ini mengata pada Pas lagi.  Kali ini, dia amat tidak senang bila Pas dilibatkan untuk menyokong DS Anwar pada hari keputusan perbicaraan kes Fitnah Liwat II pada 09 Jan ini nanti.  Mengapa sakit sangat hati dan jiwa Hassan Ali pada DS Anwar?  Apa dosa DS Anwar telah lakukan pada beliau?  

Hujah Hassan Ali bahawa kes DS Anwar adalah masalah peribadi, jelas menunjukkan Hassan Ali ini jenis manusia tidak berhati perut.  Jika ada hati atau perut sekalipun ianya dipenuhi bangkai, nanah yang membusuk.  Kononnya seorang pejuang Islam, tetapi lagak dan caranya ego, sombong dan dengki jelas menunjukkan Pas tidak beruntung memiliki manusia sumbang seperti beliau.  Ada Hassan Ali tidak menambah, tiada Hassan Ali juga tidak mengurangkan Pas malahan Pas akan dilihat lebih bermaruah, dihormati dan tegas mengawal disiplin ahli-ahlinya walaupun Hassan Ali pernah bertakhta di kerusi Pesuruhjaya Pas Selangor.

Sudah berbuih-buih mulut Blogger sebelum ini menyebut tentang eloknya Pas buang saja Hassan Ali seperti kita buang najis.  Memang Hassan Ali membuatkan Pas dicebik oleh rakan-rakan di dalam PR.  Hassan Ali banyak merosakkan Pas hanya kerana dia mahu dirinya diangkat sebagai pemimpin dan dihormati.  Kononnya beliau senang jika Tok Guru Nik Aziz atau Hj Hadi menjadi PM.  Itu hanyalah helah Hassan Ali yang mahu membodek pimpinan agar sekali lagi PAS tidak akan mengambil tindakan ke atasnya apabila mencemuh usaha Pas menyokong DS Anwar.

Hassan Ali tiada beza dengan mamak kutty Mahathir.  Di zaman mahafiraun itu dulu, siapa saja yang beliau benci dan tidak suka, semua orang mesti membenci orang yang dia tak suka itu.  Hassan Ali apa kurangnya?  Beliau benci dan tak suka pada DS Anwar, kita boleh terima kerana itu hak beliau.  Tetapi, mengapa sanggup keluar depan media mengecam orang lain yang mahu memberikan sokongan kepada DS Anwar?  Rupa-rupanya dia bengang pasal Pas tidak mahu turut serta bersama beliau sewaktu Perhimpunan Sejuta Ummah (HIMPUN) yang lalu.

Apakah Pas masih berbaik sangka dengan Hassan Ali lagi?  Cukup-cukuplah.   Pas harus redhakan saja Hassan Ali yang tak sabar-sabar nak keluar dari Pas itu.  Biar dia berambus dari Jamaah Pas yang penuh disiplin selama ini.  Pas tidak perlu kepada orang yang ego, sombong, riak dan berhati busuk seperti itu.