Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.
Keputusan MB Kedah ini dibantah keras oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, dan aku rasa Us Azizan boleh kurangkan sikit ego beliau jika tidak mahu Kedah tumbang di dalam PRU akan datang. Us Azizan perlu menyemak kitab semula dan lihat adakah AUKU ini bertepatan dengan kaedah Islam. Jika AUKU ini tidak salah dari segi Syarak, terpulanglah pada beliau tetapi jika ianya jelas bertentangan dengan hukum Syarak dari segi memberikan keadilan sesama makhluk, Us Azizan boleh dikatakan sebagai pengkhianat kepada perjuangan PAS.
Aku bukan mahu bela pelajar yang bersalah tetapi aku mahu melihat pelajar yang bersalah itu diadili dengan adil. AUKU bukan satu undang-undang yang adil dan ianya tidak lebih dan tidak kurang prinsipnya dengan Akta ISA, bezanya Akta ISA memperuntukkan tahanan kepada pesalah yang tidak dibicarakan.
Aku selalu respek dengan pentadbiran Us Azizan, sebab itu aku tak mahu disebabkan isu ini nama Us Azizan sebagai pejuang Islam tercemar. Lebih-lebih lagi imej PAS pun tercemar. Di mana Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dan DS Anwar selaku Ketua Pembangkang mahu letak muka jika Us Azizan masih berkeras mahu memperjuangkan AUKU? Aku tidak peduli samada pelajar-pelajar itu pro Umno/Bn mahu pun pro PR, keadilan mesti ditegakkan atau paling kurang mesti dilihat ditegakkan.
Di dalam isu kezaliman dan ketidakadilan seperti ini, tiada simpati buat Us Azizan. Aku percaya kepada keikhlasan PAS di dalam memperjuangkan prinsip Islam dan itu juga mungkin salah satu sebab mengapa Dewan Pemuda PAS membantah tindakan Us. Azizan. Namun, jika Us Azizan masih menghalalkan kaedah yang diharamkan oleh agama ini, apa perlunya Us Azizan berada di kerusi MB Kedah lebih-lebih lagi berada di dalam PAS?
Jika Dr Hassan Ali dipecat kerana menentang arus di dalam PAS, maka PAS juga perlu bertindak ke atas Us Azizan sekiranya beliau gagal memberikan sebab mengapa AUKU mesti dipertahankan di Kedah.
No comments:
Post a Comment