Friday, April 29, 2011

Ribuan dijangka banjiri ceramah Anwar di Bandar Baru Ampang malam ini



KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat dijangka membanjiri ceramah perdana yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Baru Ampang malam ini, bagi mendengar penjelasan beliau terhadap isu dan senario politik semasa.

Ketua Umum Keadilan itu dijangka akan membongkar lebih banyak bukti kepincangan berhubung perkembangan kes Fitnah 2 dan terbaru, video seks fitnah, yang kini disiarkan secara berleluasa di internet tanpa sekatan dari kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Ceramah perdana bertema ‘Kebangkitan Rakyat Sarawak’ itu bakal berlangsung di Dewan Nusa Bakti, turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Ketua Wanita nya, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang ketika dihubungi berkata, program itu memberikan peluang kepada rakyat, khasnya warga Ampang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Anwar dan pimpinan KEADILAN.

“Datuk Seri (Anwar) mungkin akan mengupas isu terkini tentang perkembangan kes fitnah tetapi saya lebih suka sekiranya beliau mengulas isu keadaan dan senario politik negara,”

“Isu bodoh seperti video seks yang dilakukan puak-puak Umno ini sepatutnya diabaikan dan tidak diletakkan perhatian kerana ia isu yang tidak releven,” kata Zuraida.

Katanya, lokasi Bandar Baru Ampang juga dilihat mampu menarik rakyat pelbagai kaum untuk ke program tersebut, memandangkan komposisi penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, KEADILAN juga mengesan perbuatan yang dilakukan penyokong Umno apabila membuat provokasi dengan menaikkan banner di sekitar kawasan Ampang.

“Namun saya telah menerangkan kepada petugas kita supaya mengawal tindakan tersebut,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai permit polis pula, beliau berkata, iat sudah lama diperolehi dan polis di kawasan Ampang memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap penganjuran ceramah malam ini.

” Saya jangka ia berjalan lancar kecuali kalau berlaku provokasi daripada kalangan penyokong Umno,” katanya./KeadilanDaily

BUNUH DIRI TU BERANI KE BODOH ? SUMPAH TU KIRA BERANI KE BANGANG?

Aku nak tanya la korang yang berugama Islam ni.  Jika seseorang Muslim membunuh diri, adakah dia seorang yang berani atau bangang?  Jawabnya, tentulah bangang.  Sebab apa?  Sebab dalam Islam itu membunuh diri diharamkan dan dilaknat Allah.  

Di antara orang yang mati bunuh diri dengan mati Syahid, siapa yang lebih berani?  Jawabnya, orang yang mati syahid itu lebih berani kerana Islam memuliakan orang yang mati Syahid sehinggakan tak perlu dimandikan beserta dengan darah-darahnya.

Eskay nak bersumpah.  Adakah tandanya dia berani atau bangang?  Jawabnya dia bangang pasal Islam tidak mengajar bersumpah jika ingin menuduh orang berzina.  Anwar tidak mahu bersumpah dan memilih mahkamah syariah atas tuduhan yang dihadap ke atasnya.  Adakah Anwar tidak berani?  Jawabnya Anwar berani kerana sanggup pilih Islam sebagai jalan penyelesaian.  Lainlah jika Anwar tolak semua kaedah perbicaraan dan melarikan diri serta tidak mahu mempertahankan tuduhan ke atas dirinya, ketika itu wajar dikatakan Anwar bacul atau dayus.

Peduli apa Eskay nak bersumpah.  Alim Ulamak dah bagitahu kat dia kaedahnya, tapi dia beriman dengan sumpah semata-mata maka kita nak buat apa lagi?  Takkan nak paksa Anwar ikut cara bodoh dia tu.  Masakan Anwar sanggup menghina ugamanya sendiri semata-mata cabaran bodoh dari Eskay?

Thursday, April 28, 2011

GEMPAR - ADA HANTU LEMPAR TISU DALAM VIDEO SEKS ?

Jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu.

Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar].

Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2].

Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah.

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.


Jelas sekali memang ada seseorang yang sedang menyaksikan adengan seks berlangsung.

Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah.

video


Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama.

Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat melakukan adengan seks kah kah kah.

Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEKS DI YOUTUBE - POLIS TERLIBAT ? BIAR BETUL....


SHAH ALAM, 27 APRIL: Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.

" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.

" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.

Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.

" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.

Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.

Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.

Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.

Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.

" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.

Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
-tvsnews-

Monday, April 25, 2011

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra 

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya. /MI

Sunday, April 24, 2011

VIDEO SEKS - SEMAKIN DISIASAT, SEMAKIN BERCELARU ?

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’
Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil  masa untuk menyiasat video tersebut.

“Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.“Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat.  Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media. 
 
Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.  “Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka,” katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua  Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.  Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.  “Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

“Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan,” katanya.

Laporan media  sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.  Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.
Short URL:  http://www.keadilandaily.com/?p=12051
Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’ »

Friday, April 22, 2011

DOAKAN KETUA POLIS NEGARA SIHAT DAN DAPAT LAKUKAN TUGAS DENGAN JUJUR

IGP dikejarkan ke hospital kerana keletihan


Apr 22, 11

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat./Malaysiakini

Thursday, April 21, 2011

HEBAT SANGATKAH ANWAR INI ?


Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. 

Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.  Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.
Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan”

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah ‘kui” atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah “ Anwar “ dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya “Anwar” dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat.

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?

Monday, April 18, 2011

JIKA BENAR EZAM SESUMPAH BERKAHWIN LAGI, TAHNIAH LAH !!

Nasihat Terakhir Untuk Si Ezam!!!
Oleh: neraca

"Saudara Ezam! Saya pernah nasihat agar bertaubat nasuha dan minta maaflah kepada saudara Anwar. Lepas itu,saya berpesan agar jagalah keluarga baik-baik.. Akan tetapi kamu boleh duduk atas pentas bersama Si umi tu..kemudian kamu tidak berhenti lagi kutuk saudara Anwar di Sarawak.

Saya benar-benar berharap agar kamu jagalah isteri-isteri kamu terutamanya yang berada di Malaysia dan kamu jagalah hatinya serta berilah nafkah dari rezeki atau sumber yang halal!! saya ucapkan tahniah sekiranya kamu telah mempunyai dua orang...satu di Malaysia dan satu di Indonisia...

Berkahwin lebih dari satu merupakan amalan yang baik di sisi agama akan tetapi hendaklah berlaku adil ....kalau tak boleh bagi nafkah yang halal maka cukuplah seorang aje...janganlah sakitkan hati yang tua...
Seandainya betul, tak perlulah nak nafikan kerna ini bukan perkara tak baik dan bukan perkara yang mengaibkan ...semoga kami menjadi idola kepada senator si ezam dan kami teringin sangat nak belajar perkara yang baik-baik ini...Syabas Si Ezam./Tranungkite

Peratusan undi Pakatan Rakyat meningkat banyak – penganalisis

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan jurang sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Rakyat, semakin mengecil, kata penganalisis politik terkenal, Dr Abu Hassan Hasbullah.

Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) itu berkata, ia juga bermakna perubahan besar mula merebak ke Bumi Kenyalang berikutan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin besar.

“Peratusan yang menyokong BN adalah 372,379 pengundi manakala Pakatan Rakyat mendapat 261,666 undi. Ini bermakna peratusan yang mengundi PR semakin meningkat. Jika diukur, beza peratusan hanya 32peratus,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
 


Beliau berpendapat, kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini bakal membentuk masa depan baru bagi proses perubahan jangka panjang negeri itu.

“Jelas, Sarawak akan membentuk masa depan baru dalam tempoh panjang dengan kejayaan PR yang mengungguli kepercayaan politik di bandar dan masyarakat urban,” katanya.

Abu Hassan berkata, Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan berasa selesa sekalipun mencatatkan kemenangan dengan dua pertiga majoriti pada pilihan raya itu.

“Walaupun BN menang 55 kerusi, kemenangan itu masih tidak selesa memandangkan kawasan majoriti Cina dan lokasi bandar, mahukan perubahan politik di Sarawak.

“Ini petunjuk jelas berlakunya revolusi masyarakat media baru secara keseluruhannya yang mahukan pembentukan strategi dan perubahan,” katanya.

Beliau menganggap Pakatan Rakyat lebih berjaya dalam pilihan raya itu berikutan kemampuannya menumbang dua pemimpin utama BN, sekali gus menandakan kebangkitan kaum majoriti di negeri itu.

“Kecuali Melayu Melanau, lihat saja kebangkitan Orang Ulu, Dayak dan Iban. Mereka mula sedar proses pembentukan dan perkembangan arus politik di Sarawak,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya itu.

Beliau percaya kemenangan BN tidak memberi refleksi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana situasi politik di Sarawak yang berbeza dengan senario di Semenanjung.

“Perubahan ini untuk masa depan Sarawak, tidak memberikan gambaran kepada PRU ke-13 kerana keadaan politik yang berbeza dengan Semenanjung,” katanya./KeadilanDaily

Saturday, April 16, 2011

Anwar: Sasaran baru Pakatan, yakin boleh ganti BN di Sarawak esok

TERKINI @ 01:08:47 PM 15-04-2011
April 15, 2011
KUCHING, 15 April — Tinggal kurang 12 jam kempen pilihan raya negeri ke-10 berakhir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan yakin mengisytiharkan Pakatan Rakyat kini meletakkan sasaran menjangkaui matlamat awal menafikan majoriti dua pertiga — merampas bumi Kenyalang daripada penguasaan BN.

Bagaimanapun, Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, jam-jam terakhir adalah penting bagi memastkan langkah terdesak BN menggunakan wang dan taktik-taktik kotor untuk mencuri undi dan sokongan kepada pembangkang tidak berjaya.

“Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini,” kata beliau.  Pun begitu Anwar tidak mengatakan sama ada perikatan DAP-PAS-PKR itu boleh merampas keseluruhan negeri Sarawak sambil menegaskan tentang usaha ejen-ejen BN membeli undi, yang menurutnya sukar untuk ditahan.

“Kami berusaha kerja meskipun kami tahu ia adalah satu tugas yang sukar.  “Tetapi jika proses (pilihan raya) adalah bebas dan adil dari peringkat awal lagi, saya tidak ragu-ragu mengenai (peluang itu)... bagaimanapun, kami melawan keseluruhan jentera kerajaan.  “Kami prihatin dengan perkembangan sepanjang beberapa jam akan datang,” katanya lagi.

Dua hari lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui kejayaan BN mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah “satu bonus.”  Pengerusi BN itu berkata sasaran mereka ialah mengekalkan kerajaan negeri.  Kempen BN berhadapan dengan saingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri itu termasuk berhadapan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut kebanyakan pemimpin PR, kehadiran penyokong merentasi keseluruhan masyarakat yang sungguh menggalakkan adalah konsisten sejak hari pertama kempen meskipun BN mendakwa pengundi sudah bosan dengan retorik pembangkang.  Anwar berkata terdapat banyak isu menyelubungi pelbagai komuniti di negeri kaya dengan sumber semula jadi ini sehingga mereka sanggup keluar daripada situasi selesa dan ia akan membawa kesan ke atas BN pada hari pengundian esok.  Kata beliau, pengundi-pengundi kini sedar bahawa tanah mereka telah dirampas oleh “orang kaya dan ahli-ahli politik”.

Kata Anwar, pengakuan Najib kelmarin bahawa impian BN untuk menguasai majoriti dua pertiga sukar untuk dicapai adalah petanda jelas  perikatan itu sudah mula goyah.  Bagaimanapun Anwar berkata pekerja-pekerja jentera PR kini berjaga-jaga dan memantau dengan dekat gerakan pesaingnya, BN./The Malaysianinsider.com

Friday, April 15, 2011

BN, Taib diramal tumbang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.

Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang mengkaji isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.

Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.

Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.

Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu./KeadilanDaily

Thursday, April 14, 2011

Di mana rasionalnya video seks palsu?

(Kim Quek)

Ada satu cara mudah untuk mengetahui sama ada video porno ‘Datuk T’ yang memapar wajah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah tipu helah iaitu dengan memasuki akaun facebook Anwar sendiri.

Dan, cari data entrinya pada saat video berkenaan dirakam iaitu antara 10.23 hingga 10.45 malam 21 Februari lalu.

Saya dapati entri yang dibuat Anwar pada hari berkenaan ialah pada jam 10.40 pagi, 10. 49 malam, 10.50 malam, malah beliau menerima sembilan komen, 17 komen, lapan komen setiap satu entri.

Selepas itu, Anwar membuat tujuh entri lagi sehingga jam 11.28 malam. Fakta menunjukkan beliau sebenarnya menulis mesej di facebook sekali gus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mungkin melakukan ‘aksi’ dalam video itu.

Secara berseloroh, seperti yang dinyatakan Anwar pada sidang akhbar 21 Mac lalu: “Bagaimana beliau boleh melakukan aksi seks dan menaip di komputernya pada masa sama?”

Jelas, ‘Datuk T’ lalai dan terlupa untuk meneliti facebook Anwar sebelum melancarkan bahan pornonya itu.

Jangka masa yang dipersoal

Pada tahap teknikal semata-mata, satu pertanyaan lain yang membingungkan ialah bagaimana terdapat begitu banyak aksi dalam tempoh 22 minit rakaman video itu?

Wartawan yang menonton mengatakan aksi persetubuhan berlangsung selama 17 minit. Ini bermakna, lima minit selebihnya adalah aksi normal yang perlu berlaku:

Aksi pra-seks:

Wajah mirip Anwar (Mr X) masuk ke bilik dengan konduktor memberi arahan kepada pelacur yang sudah sedia menunggu di situ. Konduktor itu meninggalkan bilik. Pasangan membuka pakaian.

Perempuan masuk ke bilik mandi dan mandi serta mengelap kering badan dengan tuala (bahagian membuka baju dan bilik mandi dalam video itu dilangkau ‘Datuk T’, tapi dia mengatakan wanita itu mandi).

Aksi selepas seks:

Mr X mengelap bahagian bawahnya dengan tisu dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri termasuk mencuci dan mengelap kering dengan tuala. Mr X keluar dari bilik mandi, berpakaian dan berjalan keluar dari bilik.

Jika seseorang mengira waktu yang sepatutnya bagi semua keperluan aksi itu, jumlah masanya akan jauh melebihi lima minit. Konflik jangka masa ini menjejaskan lagi kredibiliti klip video berkenaan.

Plot yang tidak masuk akal

Kata ‘Datuk T’, pelakuan seks itu berlaku di sebuah spa yang menyediakan seks di Kuala Lumpur.

Siapa akan percaya, pemimpin seperti Anwar – selepas dihentam pelbagai bentuk penganiayaan politik yang kejam dan tidak adil selama 13 tahun lalu, malah dicap sebagai musuh nombor satu – akan memasuki lokasi seumpama itu pada waktu puncak dan mengadakan seks dengan seorang pelacur di tempat beliau hampir dikenali semua orang?

Tidakkah ‘Datuk T’ dan dalang-dalangnya melampaui imaginasi mereka jika mereka berfikir bahawa rakyat akan menelan saja cerita seperti itu?

‘Datuk T’ juga mendakwa Anwar menghantarnya ke bilik untuk mencari jamnya yang hilang. Jika Anwar melanggan pelacur dalam bilik itu, bukankah terlalu bodoh untuk menghantar seseorang ke bilik itu untuk mencari jam tangannya?

Siapa yang akan percaya, Anwar akan lebih menghargai jamnya, lebih daripada keluarganya sendiri, kerjaya politiknya dan nasib negara dan rakyatnya?

Pemerintah selama ini tanpa kenal erti penat mahu menganiaya Anwar tetapi gagal menghasilkan sedikitpun bukti terhadap salah laku politik atau moral Anwar seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika Anwar tidak menunjukkan mana-mana kelemahan sedemikian, mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai ‘Datuk T’ berbanding Anwar.

Lebih-lebih lagi ‘Datuk T’ tidak mempamerkan ‘apa-apa’ langsung melainkan tindakan bodoh melakukan pembunuhan karakter yang memperlihat rancangan jahat tuan politiknya?

* Diterjemah dan disunting artikel dari Kim Quek. Beliau ialah seorang penulis dan penganalisis politik.

Wednesday, April 13, 2011

Bawa Ummi, Ezam berkempen seperti bawa ‘sampah’ ke Sarawak



KUALA LUMPUR: Tindakan Barisan Nasional membawa Ummi Hafilda Ali dan Ezam Mohd Nor berkempen ke Sarawak disifatkan sekadar membawa ‘sampah’ yang akan mengotorkan lagi suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Demikian kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, mengulas kehadiran dua ‘boneka’ tersebut bagi membantu jentera BN di Sarawak, menjelang hari pengundian 16 April ini.

“Umno terpaksa upah ‘sampah’ Ezam dan Ummi yang akan membawa cerita lucah dan kotor untuk serang ketua pembangkang. Mereka (Umno) sepatutnya sedar rakyat Sarawak ingin mendengar hujahan berdasarkan fakta.

“Saya berharap mereka berdua berhenti jadi alat dan boneka kepada Umno kerana ceramah dan cerita mereka tidak releven,” kata Siti Aishah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Aisyah berkata, BN semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik murahan bagi menarik simpati pengundi di Sarawak yang semakin muak dengan pentadbiran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

“BN sudah goyah dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), itu yang menyebabkan mereka terpaksa bawa ‘sampah-sampah’ tersebut.

“Contohnya semasa ceramah di Kampung Boyan baru-baru ini, rakyat sudah mual dengan ceramah Ezam, manakala ceramah Ummi pula pastinya menjurus kepada pendedahan yang tidak berkesudahan tetapi tidak pula mahu mendedahkannya,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Aishah turut menyatakan kekesalannya dengan tindakan BN yang disifatkan beliau seperti mahu memperbodohkan rakyat Sarawak dengan fitnah mereka.

“Rakyat Sarawak tidak bodoh, mereka semuanya celik politik yang mahukan perubahan seperti yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,” katanya./KeadilanDaily

Tuesday, April 12, 2011

KEKAYAAN `TOK UBAN' YANG MASIH TAK PUAS JADI KM SARAWAK

'Tok Uban' miliki kekayaan luar biasa!
Wan Nordin Wan Yaacob   
BATANG LUPAR, 11 April: Rakyat Sarawak mampu melakar kejutan besar pada pilihan raya umum negeri (PRN) kali ke-10 ini dengan sentimen isu kekayaan luar biasa Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isu rampasan tanah adat (NCR) yang cukup membelenggu rakyat selama ini.

Demikian luahan beberapa penduduk rumah panjang sekitar Saratok dan Batang Lupar apabila ditanya mengenai isu kekayaan Taib Mahmud.

Namun, masyarakat di sini sukar menyebut nama Taib Mahmud, sebaliknya menggelarkan Taib sebagai 'Tok Uban' kerana bimbang akan nama tersebut boleh mendatangkan masalah kepada mereka termasuk ugutan dan tindakan luar jangka konco-konco Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud yang sebenarnya setanding bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan kalangan kroni serta wakil-wakil rakyat BN hidup serba mewah kerana laba kekayaan Taib Mahmud.

Taib Mahmud dikatakan memiliki harta bukan setakat di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya, malah di beberapa negara lain termasuk di Amerika Syarikat.

Maklumat tempatan dari kalangan penyelidik di sini menyatakan, Taib Mahmud sebenarnya ada membina dan menyimpan harta kekayaannya di Amerika Utara yang dirahsiakannya selama ini.

Di Ottawa, Kanada, hartanya dilaporkan diurus oleh Sakto Corporation, manakala hartanya yang berada di Amerika Syarikat pula diuruskan oleh Sakti International.

Sakti International memiliki harta dianggarkan bernilai US$80 juta menurut dokumen-dokumen syarikat berkenaan.

Setiap harta diuruskan oleh sesebuah syarikat yang berasingan, biasanya dinamakan bersempena alamat letaknya harta tersebut.

Sementara itu, Sarawak Report ada mendedahkan dakwaam sebuah syarikat W.A. Boylston dipertanggungjawabkan menguruskan kekayaan Taib di sana.

Bagaimanapun salah sebuah dari syarikat-syarikat mereka tidak dinamakan sedemikian, sebagai contoh, Wallyson’s Incorporated, yang terletak di Seattle, menguruskan theAbraham Lincoln Building.

Bangunan tersebut dijadikan sebagai tempat operasi dan kelengkapan rahsia agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan untuk masuk ke bangunan itu, seseorang harus melalui laluan keselamatan yang sangat tinggi.

Bangunan ini merupakan ibu pejabat FBI di kawasan barat daya US yang memantau kegiatan anti-pengganas. Bangunan ini adalah milik keluarga Taib.

Blok pejabat utama milik Sakti di US, di 260 California Street, San Francisco juga menyewakan ruangnya kepada beberapa klien, termasuk klien yang terkemuka seperti Citibank. Ini menunjukkan bahawa pelaburan luar negara keluarga Taib mampu menjalin hubungan erat dengan pelabur-pelabur mereka di situ.

Sejarah syarikat Taib di USA sama seperti Sakto, Sakti diuruskan oleh Sean Murray, iaitu suami Jamilah Taib. Sean, atau nama Islamnya Hisham semasa beliau menikahi Jamilah, tetapi beliau tidak pernah menggunakan nama barunya itu ketika berniaga atau bersosial di luar negeri Sarawak.

Walau bagaimana pun, dokumen-dokumen mahkamah yang didepositkan di mahkamah tinggi di San Francisco mendapati bahawa syarikat Sakti adalah sebuah syarikat memang milik keluarga Taib.

Sakti mengeluarkan beberapa keterangan dalam mahkamah yang sudah tentunya tidak dapat ditentang. Syarikat berkenaan mengaku bahawa Sakti telah dipersyarikatkan di California pada 1987 dan pada mulanya diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib.

Tercatat pada salah satu dari dokumen-dokumen menyatakan, ““pihak defenden [Sakti International Corporation] mengakui bahawa pada 10 haribulan September, 1987, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Ketua Pegawai Kewangan (ketiga-tiganya) adalah (disandang oleh) Mahmud Taib”.

Pendedahan-pendedahan terdahulu dalam Sarawak Report telah membuktikan bahawa Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri, adalah juga merupakan Pengarah asal syarikat Sakto di Kanada, yang ditubuhkan pada 1983, bersama-sama dengan adik perempuannya, Jamilah dan bapa saudara mereka, Onn Mahmud (iaitu saudara kepada Ketua Menteri).

Penerangan yang dikemukakan kepada mahkamah seterusnya mengakui bahawa Mahmud Taib, yang kini memegang jawatan Pengarah di syarikat CMS Sarawak, telah kemudiannya diganti oleh adiknya Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai “pegawai tunggal dan pengarah Sakti”.

Sarawak Report juga mendakwa menyimpan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Sulaiman juga memegang jawatan sebagai pegawai tunggal di Wallyson’s.

Ketika Sakti dipersyarikatkan pada tahun 1987, Mahmud Taib baru berusia 27 tahun, dan adiknya Rahman Taib pula baru 20 tahun. Walau bagaimana pun, adik-beradik yang masih mudah mentah ini dibantu oleh ahli-ahli keluarga rapat yang lain dalam peranan mereka dalam urusan syarikat.

Sarawak Report juga mendakwa Sakti di Amerika Syarikat, seperti juga Sakto di Kanada, telah ditubuhkan dan diuruskan pada asalnya secara ekslusif oleh keluarga Taib.

Penglibatan Sean Murray hanya bermula apabila dia berkahwin dengan Jamilah Taib, dan sebenarnya Sean menggantikan Rahman Taib sebagai pengurus Sakti hanya mulai tahun 2006.

Dengan ini juga Sarawak Report ingin meminta Murray untuk mengesahkan sama ada beliau kini memegang sebarang saham-saham dalam syarikat-syarikat yang diuruskan atau diarahkannya, atau adakah beliau hanyalah seorang pekerja syarikat milik keluarga isterinya.

Sarawak Report juga ingin memohon keluarga Taib untuk menjelaskan bagai mana di antara 1983 dan 1987 mereka mampu melaburkan berjuta-juta dollar untuk menubuhkan kedua-dua harta di Kanada dan US, yang portfolio-portfolio digabungkan bernilai sekurang-kurangnya US$200 juta.

Pada ketika itu, Jamilah, Rahman dan Mahmud berusia sekitar 20-an dan masih menuntut di kolej-koleh, manakala yang lainnya adalah bapa-bapa saudara mereka.

Jika wang pelaburan itu disumbangkan oleh kedua-dua bapa saudara mereka, yang telah bergelar ahli perniagaan, maka sikap murah hati mereka, termasuk anak-anak ketua menteri itu amatlah menhairankan.
Tiba masanya untuk mendengar jawapan

Sarawak Report amat percaya bahawa rakyat Sarawak berhak mendengar penjelasan yang terperinci fakta-fakta ini daripada Ketua Menteri sendiri, Abdul Taib Mahmud.

Ketua Menteri itu seharusnya menjelaskan sama ada beliau memegang atau pernah memegang saham-saham dalam syarikat-syarikat tersebut, dan adakah sejumlah wang pelaburan itu disumbangkan beliau sendiri.

Jika Taib Mahmud merupakan pemilik/pemegang saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, para pembayar cukai di Sarawak berhak mengetahui bagai mana beliau memperolehinya. Penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang di Malaysia diharuskan untuk menyoalsiasat Taib Mahmud bagi pihak rakyatnya.

Pihak FBI juga harus bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum tentang hakmilik bangunan yang mereka sewa itu. Sebagain defenden bergabung dalam kes mahkamah di California itu Wallyson’s dan Sakti International mengakui bahawa pemilik Wallyson’s adalah syarikat Rodinmass.

Rodinmass didaftarkan di British Virgin Islands. Adalah tidak masuk akal jika pihak FBI mengatakan mereka tidak mengetahui siapakah sebenarnya syarikat yang bernama Rodinmass, dengan alas an keselamatan. 


Memandangkan pegawai tunggal Wallyson’s adalah Rahman Taib, maka, Sarawak Report mengandaikan para pemilik dan pemegang saham-sahamnya juga adalah keluarga Taib, seperti di Sakti International. Maklumat yang ada pada pihak kami menyatakan Laila Taib adalah pemegang saham paling utama di Rodinmass.

Isteri Taib, adik-adiknya dan juga anak-anaknya semuanya dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara tersebut. Bagi Sarawak Report, kini terpulanglah pada Taib sendiri untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilikan himpunan harta kekayaan itu./Harakahdaily

EZAM SESUMPAH MEROYAN DI SARAWAK, AZMIN DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Mohd Sayuti Omar


MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di atas tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.

Apa yang berlaku malam tadi ada realistis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya sebenarnya yang sungguh jelek dan busuk.


Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenapa Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini.


Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapai Azmin dan dilayan baik oleh Anwar berdendam dengan Azmin.


Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa.


Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya.


Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.


Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.


Beliau mendabik dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam.


Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual.


Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang mempamirkan tahap pemimpin yang ada idea dan berakhlak. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau ada seorang narapidana yang kehilangan kompas.


Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.

Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambutan tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak./MSO

Sunday, April 10, 2011

Petugas PAS Johor Kena Halau ?

Dipetik Dari: Tranungkite

CyberSniper
cybersniper09@gmail.com


Petugas PAS Johor di n03 Tanjung Datu bagi PRN Sarawak telah di halau dua kali dari rumah kediaman. Tindakan bacul BN Sarawak yang mengugut tuan rumah telah menaikkan semangat kami. Ia menunjukkan kempen yang kami lakukan berkesan dan menimbulkan rasa gerun lawan. Kediaman pertama yang merupakan sebuah homestay telah diugut oleh kementerian pelancongan untuk ditarik semula permit homestay yang di usahakan dan pemilik rumah ke dua yang merupakan seorang peniaga telah diugut oleh kementerian perdagangan untuk di tarik permit perniagaan dan di blacklist perniagaan mereka. Mereka mengharapkan kami keluar dari Sematan tetapi ia cuma mimpi manis mereka semata. Jikapun terpaksa berkhemah di tepi pantai, kami tidak akan sekali-kali meninggalkan bumi Semantan selagi perjuangan di sini belum selesai. Doakan kami.
Berg@TKO via msg

Friday, April 8, 2011

Suruhanjaya kes Altantuya dulu, baru bicara soal video fitnah – Anwar

PETALING JAYA: Tidak gentar dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat video fitnah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan tetapi mahu suruhanjaya sama ditubuh bagi menyiasat misteri kejadian lain termasuk kes Altantuya Shariibuu dan ‘skandal’ Port Dickson.

“Satu (suruhanjaya) untuk Altantuya, satu untuk (dakwaan khalwat Najib di) Port Dickson, satu untuk Beng Hock, dan satu untuk (kematian pegawai kastam),” kata Anwar.

“Yang penting, ada Suruhanjaya Diraja untuk ‘missing link’ dalam kes pembunuhan Altantuya,” kata Anwar di sini, petang ini.
 
 

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, suruhanjaya lain sepatutnya ditubuh terlebih dahulu bagi menyelesaikan sekian banyak kes yang lebih menuntut penyelesaian segera dan membawa lebih membawa manfaat kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau kesal kerana misteri berkenaan disenyapkan begitu sahaja.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengusul penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video fitnah itu.

Video fitnah ditayangkan trio Datuk T di Carcosa Seri Negara kepada media tempatan bagi merosakkan reputasi Anwar selepas kes perbicaraan Fitnah II memihak kepada Ketua Pembangkang itu.

Walaupun Datuk T mengaku menayang video lucah itu tetapi mereka sehingga kini tidak ditahan polis lantaran dilindungi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak./KeadilanDaily

Wednesday, April 6, 2011

Ada bayang ketiga, bukti video itu lakonan- Johari Abdul

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya./Tranungkite