Thursday, April 14, 2011

Di mana rasionalnya video seks palsu?

(Kim Quek)

Ada satu cara mudah untuk mengetahui sama ada video porno ‘Datuk T’ yang memapar wajah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah tipu helah iaitu dengan memasuki akaun facebook Anwar sendiri.

Dan, cari data entrinya pada saat video berkenaan dirakam iaitu antara 10.23 hingga 10.45 malam 21 Februari lalu.

Saya dapati entri yang dibuat Anwar pada hari berkenaan ialah pada jam 10.40 pagi, 10. 49 malam, 10.50 malam, malah beliau menerima sembilan komen, 17 komen, lapan komen setiap satu entri.

Selepas itu, Anwar membuat tujuh entri lagi sehingga jam 11.28 malam. Fakta menunjukkan beliau sebenarnya menulis mesej di facebook sekali gus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mungkin melakukan ‘aksi’ dalam video itu.

Secara berseloroh, seperti yang dinyatakan Anwar pada sidang akhbar 21 Mac lalu: “Bagaimana beliau boleh melakukan aksi seks dan menaip di komputernya pada masa sama?”

Jelas, ‘Datuk T’ lalai dan terlupa untuk meneliti facebook Anwar sebelum melancarkan bahan pornonya itu.

Jangka masa yang dipersoal

Pada tahap teknikal semata-mata, satu pertanyaan lain yang membingungkan ialah bagaimana terdapat begitu banyak aksi dalam tempoh 22 minit rakaman video itu?

Wartawan yang menonton mengatakan aksi persetubuhan berlangsung selama 17 minit. Ini bermakna, lima minit selebihnya adalah aksi normal yang perlu berlaku:

Aksi pra-seks:

Wajah mirip Anwar (Mr X) masuk ke bilik dengan konduktor memberi arahan kepada pelacur yang sudah sedia menunggu di situ. Konduktor itu meninggalkan bilik. Pasangan membuka pakaian.

Perempuan masuk ke bilik mandi dan mandi serta mengelap kering badan dengan tuala (bahagian membuka baju dan bilik mandi dalam video itu dilangkau ‘Datuk T’, tapi dia mengatakan wanita itu mandi).

Aksi selepas seks:

Mr X mengelap bahagian bawahnya dengan tisu dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri termasuk mencuci dan mengelap kering dengan tuala. Mr X keluar dari bilik mandi, berpakaian dan berjalan keluar dari bilik.

Jika seseorang mengira waktu yang sepatutnya bagi semua keperluan aksi itu, jumlah masanya akan jauh melebihi lima minit. Konflik jangka masa ini menjejaskan lagi kredibiliti klip video berkenaan.

Plot yang tidak masuk akal

Kata ‘Datuk T’, pelakuan seks itu berlaku di sebuah spa yang menyediakan seks di Kuala Lumpur.

Siapa akan percaya, pemimpin seperti Anwar – selepas dihentam pelbagai bentuk penganiayaan politik yang kejam dan tidak adil selama 13 tahun lalu, malah dicap sebagai musuh nombor satu – akan memasuki lokasi seumpama itu pada waktu puncak dan mengadakan seks dengan seorang pelacur di tempat beliau hampir dikenali semua orang?

Tidakkah ‘Datuk T’ dan dalang-dalangnya melampaui imaginasi mereka jika mereka berfikir bahawa rakyat akan menelan saja cerita seperti itu?

‘Datuk T’ juga mendakwa Anwar menghantarnya ke bilik untuk mencari jamnya yang hilang. Jika Anwar melanggan pelacur dalam bilik itu, bukankah terlalu bodoh untuk menghantar seseorang ke bilik itu untuk mencari jam tangannya?

Siapa yang akan percaya, Anwar akan lebih menghargai jamnya, lebih daripada keluarganya sendiri, kerjaya politiknya dan nasib negara dan rakyatnya?

Pemerintah selama ini tanpa kenal erti penat mahu menganiaya Anwar tetapi gagal menghasilkan sedikitpun bukti terhadap salah laku politik atau moral Anwar seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika Anwar tidak menunjukkan mana-mana kelemahan sedemikian, mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai ‘Datuk T’ berbanding Anwar.

Lebih-lebih lagi ‘Datuk T’ tidak mempamerkan ‘apa-apa’ langsung melainkan tindakan bodoh melakukan pembunuhan karakter yang memperlihat rancangan jahat tuan politiknya?

* Diterjemah dan disunting artikel dari Kim Quek. Beliau ialah seorang penulis dan penganalisis politik.

No comments:

Post a Comment