Aku nak tanya la korang yang berugama Islam ni. Jika seseorang Muslim membunuh diri, adakah dia seorang yang berani atau bangang? Jawabnya, tentulah bangang. Sebab apa? Sebab dalam Islam itu membunuh diri diharamkan dan dilaknat Allah.
Di antara orang yang mati bunuh diri dengan mati Syahid, siapa yang lebih berani? Jawabnya, orang yang mati syahid itu lebih berani kerana Islam memuliakan orang yang mati Syahid sehinggakan tak perlu dimandikan beserta dengan darah-darahnya.
Eskay nak bersumpah. Adakah tandanya dia berani atau bangang? Jawabnya dia bangang pasal Islam tidak mengajar bersumpah jika ingin menuduh orang berzina. Anwar tidak mahu bersumpah dan memilih mahkamah syariah atas tuduhan yang dihadap ke atasnya. Adakah Anwar tidak berani? Jawabnya Anwar berani kerana sanggup pilih Islam sebagai jalan penyelesaian. Lainlah jika Anwar tolak semua kaedah perbicaraan dan melarikan diri serta tidak mahu mempertahankan tuduhan ke atas dirinya, ketika itu wajar dikatakan Anwar bacul atau dayus.
Peduli apa Eskay nak bersumpah. Alim Ulamak dah bagitahu kat dia kaedahnya, tapi dia beriman dengan sumpah semata-mata maka kita nak buat apa lagi? Takkan nak paksa Anwar ikut cara bodoh dia tu. Masakan Anwar sanggup menghina ugamanya sendiri semata-mata cabaran bodoh dari Eskay?
No comments:
Post a Comment