Semua tahu Pilihanraya Umum semakin hampir. Maka, seperti biasa maka sudah ada muka-muka tertentu menonjolkan diri untuk dipilih menjadi calon. Aku bercakap isu ini berkaitan dengan Pakatan Rakyat sahaja, aku tidak mahu ulas soal Umno di dalam hal ini kerana bagi aku Umno sejak dulu lagi tabiatnya memang begitu.
Di dalam Pakatan Rakyat mungkin tidak banyak kes di mana beberapa tokoh mahu menonjolkan diri tapi malas mahu bekerja untuk parti. Ada yang kuat bekerja menjaga kawasan masing-masing, tetapi menjelang pilihanraya muncul muka lain yang terhegeh-hegeh datang kononnya untuk berkempen. Orang luar ini datang di saat kawasan itu sudah mula bergerak aktif, dia hanya datang tunjuk muka sahaja dan buat beberapa aktiviti tertentu apatah lagi dia mempunyai wang ringgit yang banyak.
Malangnya lagi, orang ini datang tanpa ada adab sopan terhadap tuan rumah. Tidak hormat langsung tuan rumah di situ, lantas mempengaruhi beberapa orang dengan menggunakan wang ringgitnya untuk bersama beliau. Maka, dibuat aktiviti untuk menunjukkan beliau ini hebat berkempen. Mengapa tidak datang awal untuk berkempen? Mengapa tampil ketika kawasan tersebut sudah mula mantap? Tidak lain tidak bukan beliau hanya datang untuk menonjolkan diri menjadi calon.
Aku nak ingatkan pimpinan atasan. Jangan termakan dengan orang seperti ini. Jangan cuba rosakkan perpaduan ahli dan penyokong dengan membawa `calon payung terjun'. Sehebat mana pun orang ini bekerja, tapi yang lebih hebat adalah orang yang mula-mula bekerja di situ. Bukan orang yang datang tatkala rumah dan nak hampir siap. Aku harap di dalam PR tiada `calon payung terjun' yang dibawa dari langit.
Salam bro...
ReplyDeleteMohn link kan blog Mat Indera Sipejuang kedalam blog Saudara... demi menyemarakan perang alam maya bagi menegakan kebenaran... Terima kasih