Tuesday, July 3, 2012

YB AZAN KAKI BUAT HURU-HARA?

Sesak nafas aku dibuatnya bila timbul isu kononnya Pengerusi Keadilan Terengganu, YB Azan sering berbalah dengan pimpinan PAS Terengganu.  Bukan itu saja, YB Azan juga dikatakan tidak sebulu dengan tokoh muda yang sedang meningkat naik di dalam parti iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.

YB Azan Ismail, MP Indera Mahkota
Jika begitu keadaannya, YB Azan ini mempunyai terlalu ramai `musuh'.  Musuh beliau bukan sahaja Umno/Bn, tetapi PAS dan teman-teman di dalam PKR pun mahu dibuat musuh oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Apa masalah dengan YB Azan ini?

Waktu awal era reformasi dulu, dikatakan YB Azan ini begitu giat berkempen bersama Suhaimi Ibrahim, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia di beberapa Universiti memburuk-burukkan Anwar Ibrahim.  Tidak tahu masa bila beliau akhirnya bersama Anwar, tetapi Suhaimi Ibrahim kekal tidak menyokong Anwar.  Anwar yang terkenal dengan sifat `husnuz zon' (berbaik sangka) ini mengambil YB Azan untuk dipilih sebagai calon di dalam Pilihanraya, bahkan menjadi pemimpin besar di Pahang.  

Sdr Rafizi Ramli bakal tenggelamkan pengaruh YB Azan di Terengganu?
Sewaktu kehadiran Dato' Fauzi Abd Rahman ke dalam PKR, maka jawatan Pengerusi PKR Pahang ditugaskan oleh Anwar kepada mantan Timbalan Menteri Penerangan itu.  Bermula pula episod antara YB Azan dengan Dato' Fauzi.  Menggunakan media, YB Azan menyerang Dato' Fauzi.  Namun, selaku tokoh politik lama serta menghormati YB Azan sebagai `orang lama; di dalam PKR dan juga bekas Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi mengambil tindakan membisu.  Membisu bukan bererti apa yang didakwa oleh YB Azan itu semuanya betul.

Selaku MP Indera Mahkota, YB Azan tidak dilihat sedemikian.  Beliau tidak bekerja pun di kawasannya, kononnya beliau kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Tidak mengapa, lagi pun di Indera Mahkota rakyat sudah lupa siapa YB Azan.  Masalahnya, di Terengganu pun YB Azan selalu menimbulkan masalah.  Mahu berunding dengan PAS Terengganu bagi mendapatkan kerusi tambahan buat PKR pun YB Azan berlagak seperti berpengaruh besar di Terengganu.  Sepatutnya jika mahu berunding atau memujuk orang lain agar `sedekahkan' sedikit hak mereka kepada PKR, kena lah berunding dengan lemah lembut dan berhemah jika tidak mahu melutut sekali pun.  Tetapi, dengan lagak bagaikan berpengaruh besar, PAS Terengganu pun mahu di`ugut'nya.  Ada PAS kisah?  

Paling mengecewakan ramai penyokong PKR terutamanya di Terengganu apabila kerana karenah YB Azan maka program ceramah DS Anwar yang sepatutnya diadakan di Kemaman baru-baru ini terbatal.  DS Anwar tidak hadir cuma digantikan oleh YB Saifuddin Nasution.  Walaupun Anwar telah memberikan alasan lain untuk tidak hadir ke Kemaman, bukan rahsia lagi semuanya ini adalah angkara YB Azan.  Sepatutnya program Anwar di Kemaman dikendalikan oleh Sdr Rafizi dan penyokong-penyokong PR di situ.  Malangnya, YB Azan dan kumpulannya ingin merebut program tersebut dan mahu dipindahkan ke kawasan yang beliau sendiri mahukan.  Maka, terciptalah dua poster dan banner yang berbeza lokasi ceramah DS Anwar.  Memang patut pun Anwar batalkan program di Kemaman kerana ianya amat memalukan.

Benarlah kata beberapa orang yang mengenali YB Azan.  Di mana sahaja beliau berada, pasti akan ada huru-hara.  Adakah beliau tercalon kali ini di dalam PRU?  Jika tercalon, di manakah kawasan yang rakyat boleh terima beliau di Terengganu?  Jika PKR mahu meletakkan calon yang boleh menang, YB Azan bukannya pilihan.

No comments:

Post a Comment