Semakin dekat mahu pilihanraya, semakin kuat pula KJ, Ketua Pemuda Umno mengipas Najib. Di dalam isu debat Anwar - Najib, Ketua Pemuda Umno ini bersetuju dengan Najib kononnya debat bukan budaya kita dan tiada keperluan debat di antara Anwar dan Najib.
"Saya tak nampak keperluan yang terdesak untuk buat debat. Tapi sistem parlimen kita mengamalkan debat perbahasan di Parlimen dan ia selalu terjadi," kata Khairy. Jelasnya, perbahasan yang dijalankan di Parlimen mempunyai unsur perdebatan apabila perdana menteri membentangkan usul atau menjawab soalan perwakilan dan dicelah oleh ketua pembangkang (Malaysiakini).
Itu kah alasan KJ untuk menyokong Najib agar tidak berdebat dengan Anwar? Jika begitu, mana-mana pemimpin dunia yang sering mengadakan debat di antara mereka itu menunjukkan negara mereka tiada Parlimen untuk sesi perdebatan? Ertinya juga, debat YB Salahuddin Ayub dari PAS dengan YB Saifuddin dari Umno baru-baru ini menunjukkan mereka berdua bukan duduk di dalam Parlimen? Mengapa begitu rendah tahap pemikiran KJ yang dikatakan berkelulusan Oxford ini? Sanggup KJ menjual maruahnya sebagai insan terpelajar demi untuk membodek Najib.
Baiklah, jika benar debat tidak perlu antara Anwar dan Najib kerana mereka boleh berdebat di Parlimen, mengapa pula Najib dan partinya siang malam guna media menghentam Anwar? Mengapa tidak gunakan Parlimen sahaja? Peliknya, terbaru di Parlimen di dalam isu kononnya Anwar ada dana RM3 Bilion, apabila Anwar cabar sekor-sekor MP dari Umno/Bn untuk bangun menyoalnya berkaitan isu tersebut, sekor pun balaci Najib ini tidak berani bangun. Ertinya, mereka hanya mahu guna media untuk burukkan Anwar, dan Anwar tiada peluang untuk menjawab.
Sebab itu Anwar mahu debat terbuka di antara beliau dengan Najib mahu pun Muhyiddin. Malangnya dua ekor ini begitu lemah jiwa raga mereka. Kekuatan mereka hanya terletak kepada fitnah yang dipanjangkan oleh media haprak. Kekuatan mereka juga kini terletak kepada orang ramai yang berotak lembu yang tidak mampu berfikir apa-apa setelah perut mereka kenyang diisi.
Di sinilah rakyat boleh menilai di mana kelemahan Najib dan di mana kekuatan Anwar.
No comments:
Post a Comment