Bila Yb Nizar cuba tegur pihak atas jangan membazir semata-mata mahu memiliki flet kenderaan, maka yang lebih-lebih meroyan ni puak-puak Umno Johor. Sampai tahap mahu menegah YB Nizar dari memasuki Johor.
Isu tersebut sepatutnya selesai bila YB Nizar mohon maaf jika ada yang berkecil hati di atas tegurannya. Maklumlah, tidak semua teguran orang boleh terima. Itu biasa. Permohonan maaf itu pun lebih kepada adab sopan. Tetapi, semua tahu YB Nizar tidak pernah kata wang RM 520 Ribu itu adalah wang rakyat, beliau cuma kata jangan membazir kerana masih ada rakyat yang susah. Salah ke?
Paling dajal sekali Utusan Online berdusta dengan menyebut YB Nizar menuduh wang itu adalah wang rakyat. Cuba baca balik Twitter YB Nizar seperti yang aku petik dari Blog Milo Suam di bawah. Lihat sajalah betapa bangsatnya Utusan ini kerana Utusan tidak boleh hidup tanpa fitnah kerana Utusan lahir dari parti yang memang wujud di alam maya ini hanya untuk melakukan fitnah demi pemimpin mereka.
Tapi amat malang, yang cerdik di dalam Umno pun masih tak terasa diperbodohkan oleh Utusan atau memang mereka ini bodoh? Sampai tahap mahu usir YB Nizar dari bumi Johor semata-mata beriman kepada Utusan? Kalau lah puak-puak ini garang seperti sekarang sewaktu Pulau Batu Putih mahu diserahkan kepada Singapore alangkah bertuahnya umat Melayu Di Johor. Tapi waktu itu, ke mana suara mereka? Ke mana suara Utusan kononnya membawa suara Melayu? Pulau Batu Putih terlepas, Tanjung Pagar entah ke mana. Mereka berbangga dapat terumbu karang saja.
Kalau mahu tunjuk berani biarlah bertempat. Jangan tunjuk berani di dalam masa yang sama tunjuk kebodohan. Malu kita orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment