Tuesday, June 28, 2011

PROVOKASI LANUN MAHU BAKAR BANGUNAN PEJ PKR BUAT KITA TAK SABAR MENANTI 09 JUL !!

Belum pun Perhimpunan Bersih bermula, puak-puak celaka tu dah mula buat provokasi.  Mula-mula geng katak PERKOSA berhimpun dan buat ucapan berunsur perkauman minta kaum Cina simpan makanan di rumah buat stok.  Apa tujuan ucapan raja katak Berahim itu?

Berahim ni kita tahu dia ada kes jantung dan baru je keluar wad.  Tapi, masih tak sedar diri dan beliau ingat beliau hebat sangat.  Buat la macam mana pun Berahim, kamu takkan boleh menyamai ketokohan dan kehebatan DS Anwar bahkan mahu setanding dengan Mat Sabu pun jauh sekali.  Mereka ada prinsip dan paling hebatnya mereka bijak tidak seperti Berahim yang tolol sampai ke tua.

Kumpulan `Patriot' pun buat onar juga.  Kununnya mahu berhimpun pada tarikh yang sama.  Paling lucu, salah seorang geng mereka mencabar BERSIH agar buat perhimpunan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.  Mengapa buat di sekitar Ibu Kota, tanya beliau.

Aku nak ingatkan sibengap ni, Ibu Kota tu pun PR dah tawan tau tak?  Atau beliau masih perasan bahawa Ibu Kota semua Bn yang menang?  Lupakah beliau berapa kerusi Parlimen yang PR dah rampas di sekitar Ibu Kota atau Wilayah Persekutuan?  Umno/Bn berapa kerusi je dapat?  Ertinya, kalau lah Ibu Kota KL tu ada jawatan MB atau KM, dah tentu MB atau KM nya adalah dari PR.  Takkan tu pun tak tau.

Lagi satu, Perhimpunan BERSIH tu tiada kaitan dengan kepentingan politik mana-mana pihak, jadi apa kena mengena mahu dibuat di negeri-negeri lain di bawah PR?  Bukankah Istana Negara berada di kawasan Ibu Kota, jadi berhimpun dan berarak secara aman kena lah buat di Ibu Kota.  Jangan jadi biol.

Terbaru, diberitakan ada geng `mat rempit' baju merah mana datangnya berkumpul di depan Pejabat PKR di Tropicana malam tadi.  Menyalak sakan puak tu dengan bangunan yang tiada penghuni.  Memalukan !!  

Kununnya, ada ugutan nak bakar bangunan.  Wah....hebat sungguh.  Aku tak tahu samada semasa puak tu berkonvoi dan berhimpun ada atau tidak pihak berkuasa yang cuba menghalang.  Mungkin pihak berkuasa sedang sibuk menyiasat ketulenan video seks agaknya.  Apa pun, yang pasti, lagi banyak provokasi dari puak tak berotak itu lagi tak sabar rasanya menanti 09 Jul ini. 

No comments:

Post a Comment