Tuesday, June 7, 2011

MAT SABU BAKAL BERDEPAN IBRAHIM AL KATAKI DI PASIR MAS ?

Belek punya belek, aku rasa orang yang paling sesuai untuk berdepan dengan raja katak Pasir Mas Berahim Ali di dalam PRU akan datang tak lain tak bukan adalah Mat Sabu.  Tokoh yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS ini sepatutnya diraikan di Pasir Mas dengan upacara `mengkebumikan' raja segala katak yang masih bertenggek di atas kerusi ihsan PAS itu.

Batu bertemu buku dengan ruas.  sebenarnya letak sesiapa pun hatta disarungkan bendera PAS pada buah nangka pun pasti boleh melingkupkan raja katak yang tak sedar diri itu.  Tetapi, kita mahu raikan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS secara meriah di Pasir Mas, justeru itu kita boleh mengambil kesempatan ketika PRU ke 13 nanti.
Al kataki

Aku rasa Mursyidul Am PAS tiada masalah untuk meletakkan Mat Sabu di situ.  Samada raja katak itu akan terkencing-kencing lari cari tempat selamat, kita lihat nanti.  Mahu cari tempat selamat kat mana lagi yang boleh menyambung nyawa raja katak?  Tiada tempat lain, pasti raja katak akan cari tempat yang ramai penduduknya Melayu bersongkok tinggi dan berotak berjambul.  Itu pun kalau parti KITA mahu mengalah dan beri laluan pada raja katak.  Jika tak, elok raja katak tak payah bertanding saja untuk mengelakkan malu jika hilang wang deposit.

No comments:

Post a Comment