Semalam aku tulis pasal seorang budak SAMM yang bersikap kurang ajar dengan DS Anwar. Baca sini. Beliau memanggil DS Anwar dengan gelaran `woii...' saja. `Lu sapa?'. Itu lah di antara perkataan yang dikeluarkan oleh budak SAMM ini.
Kununnya, budak dari kumpulan SAMM yang dipimpin oleh Chegu Bard ini mengeluarkan teguran `woii dan Lu' itu untuk menegur DS Anwar. Aku tak tahu akhlak mana dia orang belajar. Kununnya SAMM bukan nak bodek pemimpin atau nak ampu. Siapa pula suruh ampu? Kalau tak ampu pun bukan itu cara menegur. Aku faham, memang budak-budak SAMM ini selalu gak kena maki hamun dengan kesat oleh musuh-musuh mereka di dalam PKR sendiri, tetapi mengapa lepaskan kepada DS Anwar?
Hujah mereka lagi, SAMM bukan parti berpihak mana-mana. Itu korang punya pasallah nak berpihak ke tak ke, masalahnya itu bukan lesen untuk korang bersikap biadap dengan DS Anwar melalui face book. Hakikatnya, bos korang Chegu Bard tu walaupun kalah pertandingan Ketua AMK, tetapi beliau masih ahli di dalam PKR. SAMM bukan parti dan tidak menyebelah mana-mana parti, tetapi bukan hak korang nak bersikap biadap dengan pemimpin parti yang kebetulan bos pemimpin korang jugak.
Korang nak tegur, tegurlah setakat mana korang nak tegur tapi berhujahlah dengan fakta. Bukan cakap macam budak-budak. Aku tunggu gak kot-kot bos korang nak nasihat atau tegur korang, tapi bos korang diam seribu bahasa. Setahu aku Chegu Bard tu berjiwa bersih, tak kira siapa yang salah tetap salah. Tapi, dalam kes ini anak buah dia patutnya dia tegurlah. Bukan nak suruh ampu Anwar, cuma bersopan la sikit sebab Anwar tu ada juga penyokongnya.
Aku tulis semua ni pasal aku tak mahu imej Chegu Bard tokoh yang aku sokong kuat tu busuk angkara korang. Ko nak lepaskan perasaan ko terhadap caci maki orang lain pada SAMM, ko lepaskan kat orang tu, bukan pada Anwar.
Aku harap SAMM dapat lahirkan pengikut yang bukan saja berani dan tegas serta berprinsip, tetapi mesti ada akhlak baru orang akan hormat. Chegu Bard pula mesti tegas tidak kira siapa yang kurang ajar, nasihatkan sikit. Tentukan lain kali sasaran biar betul....jangan nak tunjuk hebat sampai nak langgar semua.
nampaknya cara teguran mcm UMNo yg ko setuju kot...hahaha..kolah agaknya yg bakal nak masuk UMNO....salah zizi apo lak ko nak salahkan Che'gubard..apo tahap bangang sangat ko nie bai...
ReplyDelete