Semenjak bila pula pihak Polis ambil berat tentang pakaian orang awam? Setahu kita yang memakai baju yang berunsur lucah atau mempunyai unsur perkauman dan sensitiviti agama sahaja yang dilarang pemakaiannya. Mengapa memakai baju kuning yang dijual oleh BERSIH itu satu kesalahan?
Aku rasa lebih baik Polis membuat kerja memburu mereka yang mengedar video seks lucah yang sekarang ini dikatakan berleluasa dari rumah ke rumah sehingga ke pintu masjid daripada masa terbuang untuk menahan dan menangkap mereka yang memakai baju kuning BERSIH.
Nampaknya rakyat di negara ini terkongkong sehingga berpakaian pun mereka mahu tentukan. Paling beruntung artis atau orang yang berpakaian seksi menjolok mata dan mereka yang diupah untuk mengedar video lucah seolah-olah bebas melakukannya. Berpuluh laporan Polis telah dibuat di Selangor tentang perbuatan mengedar akhbar yang palsu dengan menggunakan nama Kerajaan Negeri Selangor. Ada tangkapankah? Tetapi sudah ada tangkapan kepada orang yang memakai baju BERSIH.
Ini lah sistem yang ada di negara ini. Undang-undang dipermainkan sesuka hati dan rakyat menjadi mangsa. Mungkinkah itu tanda kerajaan yang ada akan tumbang?
No comments:
Post a Comment