Monday, February 7, 2011

PENULIS SERANG MSO, MENGAPA SERANG ANWAR SERENTAK?

Aku ada baca tulisan seorang penulis bernama Zahash di Tranungkite, yang mengkritik MSO kerana dikatakan MSO ini memperbodohkan Presiden PAS Tuanm Guru Hj Hadi.  Aku setuju banyak tentang pendapatnya itu, bahkan aku juga tak setuju sebodoh itu MSO nak perbodohkan Tuan Guru Haji Hadi hanya kerana PAS tewas di dalam Pilihanraya.

Cumanya aku bengang sikit dengan penulisan Zahash tersebut apabila beliau ingin mempertahankan Presiden PAS, beliau memburukkan DS Anwar pula.  Beliau menyebut DS Anwar suka buat keputusan sendiri.  Benarkah begitu atau hanya satu dakwaan?  Adakah beliau punyai fakta tentang tuduhan beliau terhadap DS Anwar?

Jika kerana beberapa MP dari PKR keluar parti boleh dianggap DS Anwar lemah dan tidak boleh dipercayai, bagaimana dengan PAS yang dahulunya kehilangan Presiden mereka sendiri seperti Datuk Asri Muda?  Bagaimana dengan keluarnya Naib Presiden PAS seperti Us Nakhaie dan beberapa orang lagi?  Adakah PAS tidak boleh dipercayai ketika itu?  Mengapa PAS bertambah kuat sekarang?  Ini bermaklna, PAS telah alami proses itu dan banyak belajar dari proses itu untuk menjadi lebih kuat sekarang.  Maka, apa salahnya kita anggap PKR juga seperti PAS sewaktu dulu apatah lagi PKR terlalu muda jika dibandingkan dengan PAS dan DAP.

Bukankah DS Anwar sendiri secara terbuka mengakui kelemahannya dan akan belajar dari apa yang berlaku di dalam PKR?  Maka, bijakkah kita memburukkan DS Anwar setelah ada serba sedikit jasanya kepada kekuatan PAS?  PAS juga mempunyai jasanya kepada PKR, begitu juga dengan DAP.  Mengapa kita mahu menembak satu musuh di depan, kita mesti menembak rakan kita di sebelah serentak dengan musuh?  Bijakkah kita?

No comments:

Post a Comment