Korang ingat tak filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bertajuk `Pendekar Bujang Lapok'? Tentu masih ingat gelagat Aziz (Aziz Satar) yang mencabar sekumpulan samseng yang diketuai oleh Ahmad Nesfu di hadapan rumah Pendekar Mustar. Bukan main lagi Aziz mencabar samseng berkenaan kununnya nak tunjuk hero kat anak dara Pendekar Mustar.
Tiba-tiba terbang seketul batu hinggap kat kepala Aziz yang dilontarkan oleh salah seorang samseng tersebut. " Aduuhhh....'jerit Aziz. Pendekar Mustar pun bertanya, " Mengapa tidak elak....". Aziz pun jawab, "macam mana nak elak, ilmu elak batu pak cik belum ajar lagi....." Lebih kurang gitulah dialognya.
Kisah ini lebih kurang sama dengan kisah si tua jahil dari Kelantan yang mencabar Tok Guru Nik Aziz berdebat. Nak tunjuk hero kat Najib, untung-untung boleh jadi calon Pilihanraya Umum nanti. Orang tuan Jahiliyyah ini dulunya dok dalam PAS, tetapi kerana kejahilannya teramat sangat, beliau keluar dari PAS kerana beliau mungkin sedar kejahilannya itu akan memburukkan imej PAS. Keluar PAS masuk parti sekular yang sekarang ini akrab dengan Apco. Itulah tempat yang sesuai bagi orang-orang Jahiliyyah.
Nasib baik Tok Guru Nik Aziz bijak kerana mengenali mana satu lawan beliau yang sebenar. Bukan si tua yang jahil lagi tidak beradab ketika di rumah orang itu. Kalau di dalam rumah orang pun mahu tunjuk `gedebe', usahlah nak berdebat secara ilmiah. Suruh dia tafsir Surah Al Fatihah pun kompom lintang pukang. Tafsirlah salah satu ayat dalam surah Al Fatihah yang terjemahannya, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Tafsir satu ayat itu pun sudah cukup kalau si tua ini tahu. Adakah jalan lurus itu jalan Allah (Islam) atau jalan sekular atau jalan kebangsaan mahu pun jalan Apco. Tafsirlah!!
Lain-lain ulasan tentang si tua ni, korang bacalah kat sini. Geng aku tulis.
No comments:
Post a Comment