Thursday, June 23, 2011

RAHIM TAMBI CHIK BAKAL TERLUCUT JAWATAN PENGERUSI RISDA?

Oleh: WFAUZDIN NS
MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, Datuk `T' yang diketuai oleh Datuk Eskay berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Jumaat ini atas kesalahan menayangkan video lucah. Sebelum ini pun ada berita yang seumpama itu, dan kita harapkan kali ini `betul-betul, bukan cobaannn".

Sudah lama kita menunggu hasil siasatan ke atas kumpulan `three strooges' ini walaupun mereka pun sudah lama mengaku menayangkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Kini, kita menanti apakah kali ini benar-benar mereka didakwa dan apakah hukumannya nanti. Adakah sama dengan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang lain di dalam kes yang sama, itu semua menjadi perhatian kita.

Saya yakin, sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun hukumannya bukan lah sampai ke tali gantung. Jika diberi pilihan samada penjara atau membayar denda, saya pasti kumpulan tersebut tiada masalah dengan bayaran denda. Bayar saja denda, mereka pun akan bebas.

Seandainya Rahim Thamby Chik juga turut didapati bersalah, walaupun beliau terlebih mampu untuk membayar denda namun wajarkah beliau sebagai pesalah bahan lucah boleh terus memegang jawatan Pengerusi Risda? Kita lihat nanti sejauh mana kekuatan pemimpin Umno untuk menangani masalah moral orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, June 22, 2011

MASIH PASAL SAMM, MENGAPA CHEGU BARD MEMBISU?

Semalam aku tulis pasal seorang budak SAMM yang bersikap kurang ajar dengan DS Anwar.  Baca sini.  Beliau memanggil DS Anwar dengan gelaran `woii...' saja.  `Lu sapa?'.  Itu lah di antara perkataan yang dikeluarkan oleh budak SAMM ini.

Kununnya, budak dari kumpulan SAMM yang dipimpin oleh Chegu Bard ini mengeluarkan teguran `woii dan Lu' itu untuk menegur DS Anwar.  Aku tak tahu akhlak mana dia orang belajar.  Kununnya SAMM bukan nak bodek pemimpin atau nak ampu. Siapa pula suruh ampu?  Kalau tak ampu pun bukan itu cara menegur.  Aku faham, memang budak-budak SAMM ini selalu gak kena maki hamun dengan kesat oleh musuh-musuh mereka di dalam PKR sendiri, tetapi mengapa lepaskan kepada DS Anwar?

Hujah mereka lagi, SAMM bukan parti berpihak mana-mana.  Itu korang punya pasallah nak berpihak ke tak ke, masalahnya itu bukan lesen untuk korang bersikap biadap dengan DS Anwar melalui face book.  Hakikatnya, bos korang Chegu Bard tu walaupun kalah pertandingan Ketua AMK, tetapi beliau masih ahli di dalam PKR.  SAMM bukan parti dan tidak menyebelah mana-mana parti, tetapi bukan hak korang nak bersikap biadap dengan pemimpin parti yang kebetulan bos pemimpin korang jugak.

Korang nak tegur, tegurlah setakat mana korang nak tegur tapi berhujahlah dengan fakta.  Bukan cakap macam budak-budak.  Aku tunggu gak kot-kot bos korang nak nasihat atau tegur korang, tapi bos korang diam seribu bahasa.  Setahu aku Chegu Bard tu berjiwa bersih, tak kira siapa yang salah tetap salah.  Tapi, dalam kes ini anak buah dia patutnya dia tegurlah.  Bukan nak suruh ampu Anwar, cuma bersopan la sikit sebab Anwar tu ada juga penyokongnya.

Aku tulis semua ni pasal aku tak mahu imej Chegu Bard tokoh yang aku sokong kuat tu busuk angkara korang.  Ko nak lepaskan perasaan ko terhadap caci maki orang lain pada SAMM, ko lepaskan kat orang tu, bukan pada Anwar.  

Aku harap SAMM dapat lahirkan pengikut yang bukan saja berani dan tegas serta berprinsip, tetapi mesti ada akhlak baru orang akan hormat.  Chegu Bard pula mesti tegas tidak kira siapa yang kurang ajar, nasihatkan sikit.  Tentukan lain kali sasaran biar betul....jangan nak tunjuk hebat sampai nak langgar semua.

Tuesday, June 21, 2011

BUDAK SAMM YANG MEMBUSUKKAN NAMA SAMM.....

Image 
 
Ini apa punya bahasa beb?  Bos korang dalam SAMM tak ajar budi bahasa ke?  Kalau ko tak setuju dengan Anwar sebab bos ko tak jadi Ketua AMK pun jangan la biadap pulak dengan dia.  Tegur la cara elok, jangan perangai ko sebijik cam Umno punya perangai.
 
Macam ini ke ko nak orang sokong puak ko?  Takde hormat langsung kat pemimpin.  Itu pun kalau ko anggap Anwar tu pemimpin, kalau tak ko berambus je la keluar.  Aku hormat SAMM gak, tapi aku tak hormat orang2 macam ko nih.  Aku tahu Chegu Bard tak ajar ko budi bahasa macam tu.  Jangan sebab biadab ko, orang benci kat SAMM.  
 
Kalau Anwar kata nak hentikan himpunan BERSIH jika Najib kasi jaminan, itu cadangan dia, terpulanglah pada Penganjur samada nak teruskan atau tak.  Kalau ko nak teruskan pun apa masalahnya.  Aku pun suka teruskan dan aku pun tak setuju pandangan Anwar tu, tapi berlapik la sikit bercakap tu.
 
Jangan ko ingat SAMM tu dah kuat sangat sampai ko tak tahu nak hormat orang lain.  Aku harap bos ko dapat nasihatkan ko....atau, kalau tak suka dengan Anwar, tunggu apa lagi.....?
 

Wednesday, June 15, 2011

`PANDI KUTTI' TAK TAHU BEZA ROGOL DAN ZINA

Aku ada baca satu artikel berkenaan akhbar laknat Utusan yang menghina hukum Islam.  Baca di sini.  Aku pun bukan alim sangat, tapi tak sampailah ke peringkat bangang nak mampus seperti Utusan tu.

Siar gambar kartun semata-mata nak persenda hukum Allah?  Aku rasa aku ni paling jahil dalam agama, tapi bila tengok Utusan tu buat kartun macam tu, rupa-rupanya ada lagi yang lebih bangang.  Bila aku baca artikel tersebut, ada pulak pencacai-pencacai Utusan yang komen, Utusan tak salah pasal memang betul, katanya.  Pencacai tu kata, macam mana nak cari 4 saksi dalam kes rogol?

Tengok, betapa bangangnya puak tu.  Sama bangang dengan Utusan.  Jadi, Si Bangang buat cerita, si tolol pun percaya.  Mereka tak tau nak beza rogol dengan zina.  Bayangkan betapa bengapnya otak mereka.  Dalam Islam,. hukum kes rogol tak sama dengan kes zina.  Sebab itu dalam Islam, ada hukum Takzir dan ada juga yang melibatkan hudud, termasuk Qisas.  Kes rogol akan dihukum takzir sahaja dan tak perlu 4 orang saksi.  

Sebab tu Islam suruh belajar agama.  Kalau hari-hari dok tengok AF je, sampai mampus jadi bodoh pastu nak tunjuk pandai.  Tu pasal fitnah berleluasa pasal puak-puak jahil ni la.

Aku cadangkan agar JAKIM ke, atau mana-mana badan dakwah adakan program pengajian agama khusus buat kakitangan Utusan atau TV 3 suku.  Kita kena tolong mereka sebelum mereka ditanam dalam tanah.  Kesihan pada mereka sebab dunia dah nak kiamat, nak beza rogol dengan zina pun tak tau.  

PERHIMPUNAN BERSIH - MUSUH TIDAK DICARI, JIKA BERTEMU JANGAN LARI


Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Julai ini nanti tetap akan diadakan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak menghormati Perlembagaan yang membenarkan hak untuk berhimpun secara aman. Kumpulan yang membantah ini ternyata dari kumpulan yang tidak bertamaddun dan ketinggalan zaman.

Peliknya, yang tidak menghormati Perlembagaan Negara itu pula membuat laporan Polis sedangkan Penganjur BERSIH sekadar memohon kerjasama pihak Polis bagi memantau perhimpunan tersebut agar dapat dijalankan dengan baik. Sebenarnya tiada sebab untuk mereka menghalang rakyat dari berhimpun secara aman kerana sudah terlalu banyak perhimpunan yang telah diadakan dapat dijalankan dengan baik dan lancar KECUALI ada provokasi dari pihak-pihak tertentu samada dari orang awam atau pihak keselamatan sendiri.

Rakyat Malaysia bukan rakyat yang suka merusuh tidak tentu hala. Jika rakyat Malaysia bersikap sedemikian, saya percaya kerajaan yang ada sekarang sudah lama berkubur. Negara kita mungkin kacau bilau sejak dari dahulu lagi. Alhamdulillah, rakyat kita masih waras berfikir dan kita berpolitik ada hadnya, walaupun mereka sekarang bermain dengan politik jijik dan lucah.

Sehubungan itu, tiada sebab mengapa Perhimpunan BERSIH tidak boleh dilakukan di dalam keadaan aman dan terkawal. Jika ada mana-mana pihak samada dari PERKASA, Persatuan Silat, NGO, Pemuda Umno atau sebagainya yang awal-awal lagi memberi amaran kepada BERSIH agar tidak mengadakan perhimpunan ini, mudah bagi kita mengetahui siapakah orangnya yang mahu kekecohan berlaku pada perhimpunan itu nanti. BERSIH tidak mencari musuh, tetapi jika bertemu BERSIH tidak mungkin lari./pkr pahang

Friday, June 10, 2011

ZUL KULIM MEREPEK LAGI....

 


Oleh: WFAUZDIN NS
ADA orang marah bila aku menulis atau mengulas isu yang dibangkitkan oleh Zul Kulim yang sinonim dengan nama firaun besar ini. Tetapi bagi aku, selagi Zul Kulim ini boleh tunjuk sikap kurang ajar atau loyar buruk kalau pun tidak bodoh, aku juga mahu bersaing dengannya.

Seorang rakan telah mengulas juga tentang isu Zul Kulim yang menjadi MP Kulim Bandar Baru atas tiket PKR itu. Baca saja di sini. Jenis muka yang tidak tahu malu seperti Zul Kulim ini memang layak digelar `bangsat politik'. `Kebangsatan' beliau semakin menjadi apabila PAS berjaya adakan Muktamarnya tanpa berlaku sebarang kekecohan, dan bertambah gila Zul Kulim memikirkan bagaimana abang Mat Sabu boleh menjadi Timbalan Presiden PAS.

Mungkin terfikir di kepala otak Zul Kulim ini betapa selama beliau berada di dalam PAS dulu, beliau yang sentiasa berkopiah dan berlagak ustaz ini tidak pun mempunyai keupayaan seperti Mat Sabu. Usahkan mahu bertanding jawatan seperti Mat Sabu, untuk menjadi calon pilihanraya pun tak pandang, sedangkan beliau mungkin perasan beliau lebih `ustaz' dari Mat Sabu.

Baru-baru ini hujah Zul Kulim bahawa PAS kini dijangkiti oleh `Anwarisme'. Kununnya bila golongan Ulamak tidak berada di jawatan Timbalan Presiden PAS dan juga Naib Presiden, maka itu bukti PAS ada `Anwarisme'. Itulah standard Zul Kulim di dalam politik. Kepala otak beliau sentiasa memikirkan nama `Anwar...Anwar dan Anwar'. Katakan lah jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man atau Us Nasha yang menang, Zul Kulim ini tetap akan sebut nama `Anwar' juga, beliau akan berkata, "Lihat, Ahli-ahli PAS memilih golongan Ulamak dan pengaruh Anwar tiada di dalam PAS". Apa kena mengena Anwar dengan PAS?

Jika dahulu Us Nasha menang, PAS tetap bersama PR. Jadi, hujah Zul Kulim yang pandai-pandai mengandaikan orang itu orang ini geng Anwar adalah hujah dari kepala otak yang busuk hati. Beliau akan tahu nasibnya selepas PRU akan datang. Zul Kulim kita campakkan ke lubang `dubur Saiful atau Eskay' bintang pujaan beliau sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Tuesday, June 7, 2011

MAT SABU BAKAL BERDEPAN IBRAHIM AL KATAKI DI PASIR MAS ?

Belek punya belek, aku rasa orang yang paling sesuai untuk berdepan dengan raja katak Pasir Mas Berahim Ali di dalam PRU akan datang tak lain tak bukan adalah Mat Sabu.  Tokoh yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS ini sepatutnya diraikan di Pasir Mas dengan upacara `mengkebumikan' raja segala katak yang masih bertenggek di atas kerusi ihsan PAS itu.

Batu bertemu buku dengan ruas.  sebenarnya letak sesiapa pun hatta disarungkan bendera PAS pada buah nangka pun pasti boleh melingkupkan raja katak yang tak sedar diri itu.  Tetapi, kita mahu raikan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS secara meriah di Pasir Mas, justeru itu kita boleh mengambil kesempatan ketika PRU ke 13 nanti.
Al kataki

Aku rasa Mursyidul Am PAS tiada masalah untuk meletakkan Mat Sabu di situ.  Samada raja katak itu akan terkencing-kencing lari cari tempat selamat, kita lihat nanti.  Mahu cari tempat selamat kat mana lagi yang boleh menyambung nyawa raja katak?  Tiada tempat lain, pasti raja katak akan cari tempat yang ramai penduduknya Melayu bersongkok tinggi dan berotak berjambul.  Itu pun kalau parti KITA mahu mengalah dan beri laluan pada raja katak.  Jika tak, elok raja katak tak payah bertanding saja untuk mengelakkan malu jika hilang wang deposit.