Monday, June 25, 2012

KJ SANGGUP PERBODOHKAN DIRINYA DEMI MENGAMPU NAJIB?

Semakin dekat mahu pilihanraya, semakin kuat pula KJ, Ketua Pemuda Umno mengipas Najib.  Di dalam isu debat Anwar - Najib, Ketua Pemuda Umno ini bersetuju dengan Najib kononnya debat bukan budaya kita dan tiada keperluan debat di antara Anwar dan Najib.

"Saya tak nampak keperluan yang terdesak untuk buat debat. Tapi sistem parlimen kita mengamalkan debat perbahasan di Parlimen dan ia selalu terjadi," kata Khairy.  Jelasnya, perbahasan yang dijalankan di Parlimen mempunyai unsur perdebatan apabila perdana menteri membentangkan usul atau menjawab soalan perwakilan dan dicelah oleh ketua pembangkang (Malaysiakini).

Itu kah alasan KJ untuk menyokong Najib agar tidak berdebat dengan Anwar?  Jika begitu, mana-mana pemimpin dunia yang sering mengadakan debat di antara mereka itu menunjukkan negara mereka tiada Parlimen untuk sesi perdebatan?  Ertinya juga, debat YB Salahuddin Ayub dari PAS dengan YB Saifuddin dari Umno baru-baru ini menunjukkan mereka berdua bukan duduk di dalam Parlimen?  Mengapa begitu rendah tahap pemikiran KJ yang dikatakan berkelulusan Oxford ini?  Sanggup KJ menjual maruahnya sebagai insan terpelajar demi untuk membodek Najib.

Baiklah, jika benar debat tidak perlu antara Anwar dan Najib kerana mereka boleh berdebat di Parlimen, mengapa pula Najib dan partinya siang malam guna media menghentam Anwar?  Mengapa tidak gunakan Parlimen sahaja?  Peliknya, terbaru di Parlimen di dalam isu kononnya Anwar ada dana RM3 Bilion, apabila Anwar cabar sekor-sekor MP dari Umno/Bn untuk bangun menyoalnya berkaitan isu tersebut, sekor pun balaci Najib ini tidak berani bangun.  Ertinya, mereka hanya mahu guna media untuk burukkan Anwar, dan Anwar tiada peluang untuk menjawab.  

Sebab itu Anwar mahu debat terbuka di antara beliau dengan Najib mahu pun Muhyiddin.  Malangnya dua ekor ini begitu lemah jiwa raga mereka.  Kekuatan mereka hanya terletak kepada fitnah yang dipanjangkan oleh media haprak.  Kekuatan mereka juga kini terletak kepada orang ramai yang berotak lembu yang tidak mampu berfikir apa-apa setelah perut mereka kenyang diisi.

Di sinilah rakyat boleh menilai di mana kelemahan Najib dan di mana kekuatan Anwar. 


Saturday, June 16, 2012

MARI AKU AJAR CARA NAK KELUARKAN FATWA KALAU MASHITAH BENGAP SANGAT

BERSIH itu haram ke tak haram?  Apa yang Mashitah dengan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dok merepek ni?  Nak kasi hukum Perhimpunan BERSIH pun susah sangat ke?  Macam ni Malaysia nak laksanakan Undang-Undang Islam, kalau nak menghukum BERSIH tu pun terkapai-kapai?

Mari aku ajar caranya.  Bukan susah sangat.  Pertama kena kaji objektif BERSIH itu untuk apa?  Macam mana mahu kaji?  Jangan kaji berpandukan kitab utusan meloya laknatullah atau TV3 suku lidah rasmi syaitan tu.  Korang panggil lah penganjur BERSIH, siasat tujuan BERSIH itu untuk apa?

Kemudian, lihat pula bagaimana perhimpunan itu mahu diadakan.  Adakah disertakan dengan tarian K-Pop ke, konsert Amy Search ke atau peserta-peserta BERSIH diminta bawa senjata merbahaya atau tidak.  Lepas tu, tanya pula pihak keselamatan samada peserta BERSIH yang hadir membawa air mineral dan garam itu boleh menghuru-harakan negara ini atau tidak?  

Apabila kesemua pihak telah ditanya dan disiasat, rujuk pula Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias samada himpunan BERSIH itu menyalahi hukum agama.  Carilah dalil yang boleh mengaitkan bahawa umat Islam yang mahu menuntut keadilan dan ketelusan Pilihanraya itu adalah salah di sisi Islam, lepas tu barulah boleh menghukum bahawa BERSIH itu haram di sisi Islam.  Jika tiada dalil atau nas yang menyebut bahawa menuntut keadilan dan ketelusan memilih pemimpin itu haram, maka keluarkan lah fatwa bahawa himpunan BERSIH itu tidak haram.  Ertinya, hukum dia samada Wajib, Harus, Sunat atau Makruh.  Susah ke?

Tapi kalau merujuk kepada Utusan Meloya semata-mata untuk mengeluarkan fatwa, maka memang lah sesat sebab Utusan Meloya itu sendiri sesat kerana berbagai perkara yang menyesatkan terdapat di dalam Utusan Meloya.  Tidak percaya, cuba lihat keputusan nombor ekor.  Rujuk pada TV3 suku pun sesat juga sebab TV3 suku pun media sesat sebab berbagai rancangan yang menyesatkan ada di sana.  Takkan lah mahu rujuk kepada benda yang sesat untuk berhukum?

Alih-alih, Mashitah bagitahu tiada fatwa pun dikeluarkan.  Yang ada nasihat.  Nasihat dari Tuan Penasihat 20 Persen seperti filem `Tiga Abdul'.  Rupa-rupanya setelah beberapa bulan ni, semua rakyat Malaysia kena kelentong bahawa BERSIH itu haram.  Kalau Majlis Fatwa tidak kata haram, habis yang media dan akhbar pencacai sibuk dok kata haram tu apa dia?  Apa yang aku tahu fatwa `haram' Najib dah bagitahu di Felda Jengka baru-baru ni.  Tapi Najib tambah sikit daripada HARAM kepada HARAMJADAH!! 

Monday, June 11, 2012

KAWASAN JELEBU NI ADA KE TIDAK PKR?

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.

Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....

Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  

Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.

Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

Tuesday, June 5, 2012

UMNO JOHOR MAHU TUNJUK BERANI DI DALAM MASA YANG SAMA TUNJUK BODOH?

Bila Yb Nizar cuba tegur pihak atas jangan membazir semata-mata mahu memiliki flet kenderaan, maka yang lebih-lebih meroyan ni puak-puak Umno Johor.  Sampai tahap mahu menegah YB Nizar dari memasuki Johor.  

Isu tersebut sepatutnya selesai bila YB Nizar mohon maaf jika ada yang berkecil hati di atas tegurannya.  Maklumlah, tidak semua teguran orang boleh terima.  Itu biasa.  Permohonan maaf itu pun lebih kepada adab sopan.  Tetapi, semua tahu YB Nizar tidak pernah kata wang RM 520 Ribu itu adalah wang rakyat, beliau cuma kata jangan membazir kerana masih ada rakyat yang susah.  Salah ke?

Paling dajal sekali Utusan Online berdusta dengan menyebut YB Nizar menuduh wang itu adalah wang rakyat.  Cuba baca balik Twitter YB Nizar seperti yang aku petik dari Blog Milo Suam di bawah.  Lihat sajalah betapa bangsatnya Utusan ini kerana Utusan tidak boleh hidup tanpa fitnah kerana Utusan lahir dari parti yang memang wujud di alam maya ini hanya untuk melakukan fitnah demi pemimpin mereka.

Tapi amat malang, yang cerdik di dalam Umno pun masih tak terasa diperbodohkan oleh Utusan atau memang mereka ini bodoh?  Sampai tahap mahu usir YB Nizar dari bumi Johor semata-mata beriman kepada Utusan?  Kalau lah puak-puak ini garang seperti sekarang sewaktu Pulau Batu Putih mahu diserahkan kepada Singapore alangkah bertuahnya umat Melayu Di Johor.  Tapi waktu itu, ke mana suara mereka?  Ke mana suara Utusan kononnya membawa suara Melayu?  Pulau Batu Putih terlepas, Tanjung Pagar entah ke mana.  Mereka berbangga dapat terumbu karang saja.

Kalau mahu tunjuk berani biarlah bertempat.  Jangan tunjuk berani di dalam masa yang sama tunjuk kebodohan.  Malu kita orang-orang Melayu. 

* Sekarang cuba lihat ulasan sebenar yang dikeluarkan oleh Nizar menerusi laman twitter milik beliau. Beliau langsung tidak menuduh Sultan Johor menyalahguna wang rakyat.




Saturday, May 26, 2012

NEGARA KITA BAKAL MENCIPTA SEJARAH SEPERTI TURKI

Orang pernah berkata, salah satu tanda seseorang itu semakin menghampiri ajalnya atau bahasa kampung disebut `buang tabiat' adalah apabila dia mula merepek yang bukan-bukan.  Apabila aku mendengar seorang tua kutuk yang dulu pernah mengaku `sayalah MAHAFIRAUN' mamak kutty mendakwa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan terus berdemontrasi secara ganas, maka aku yakin 101% sememangnya si Mahafiraun ini tidak lama lagi akan mampus.

Aku sebenarnya mengharap sangat agar si tua kutuk yang pernah menghina Sunnah Nabi dan menghina Hukum Islam ini dipanjangkan usianya agar pertama, beliau sempat bertaubat dan keduanya jika beliau masih ego dan merasa beliau releven sebagai Mahafiraun, aku ingin melihat beliau merasakan betapa `bahagianya' berada di dalam kandang besi.  Malangnya, mungkin aku tidak sempat menyaksikan itu semua kerana semakin hebat dan bertambah teruk `buang tabiat' si tua mamak kutty ini.  

Apa pun, kalau beliau mampus aku yakin ramai akan berebut-rebut untuk kencing di atas jiratnya.  Maka, negara kita akan mencipta sejarah bahawa bumi di negara ini tidak kalah dengan Turki yang di dalamnya tertanam sekujur bangkai yang mengaku lebih hebat dari Allah.  Jika di Turki tertanam bangkai Kamal Antarturk, di negara kita tertanam bangkai si tua kutuk Mahafiraun ini.  Wallahu Aklam.

Saturday, May 19, 2012

MALAM INI - SOKONG KELANTAN, BERSIHKAN FAM

Malam ini jom pakat-pakat sokong Kelantan di dalam Final Piala FA.  Pertama, sebab Kelantan adalah negeri Pakatan Rakyat di bawah Tok Guru yang dikatakan sesat oleh puak-puak haramjadah itu.  Kedua, kita kena sokong Tan Sri Anuar Musa yang dikenakan tindakan oleh FAM hanya kerana beliau kritik FAM yang sememangnya amat lemah lagi lembab itu.

Jom pakat protes malam ini kita pakai baju KUNING BERSIH.  Bagi penyokong Kelantan, pakai baju merah pun ok janji bawa bendera bulan atau kain KUNING tanda protes untuk BERSIHkan FAM pula.  Politik?  Memang politik pun sebab di dalam FAM sendiri ada politik.  Jika tiada politik, kritikan Anuar Musa itu sepatutnya tidak menjadi kudis kepada FAM.

Apakah FAM malu jika dikatakan badan itu lembab?  Mana mahu letak muka jika ranking Malaysia di bawah Nepal?  Kita bangga sangat ke kalahkan Bangla?   Dah lama kita minta semua yang duduk di atas tu letak jawatan sebab GAGAL tingkatkan bolasepak negara ini.  Tetapi, apa yang mereka buat?  Mereka hanya tingkatkan harga tiket, itu saja kepandaian mereka.

Ayuh...sokong Kelantan, BERSIHkan FAM !!

Saturday, May 5, 2012

LAWAK ANTARABANGSA YANG SAHIH - PDRM MINTA RAKYAT BANTU PDRM UNTUK MENYIASAT PDRM

Malas nak komen banyak kali ni.  Pertama, sebab aku tengah tumpukan perhatian, bak kata orang fokus kepada BERSIH 4.0.  Masa BERSIH 3.0 dulu aku rasa amat berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia yang aman damai di bawah Najib Altantuya.

Semalam aku terbaca isu BERSIH 3.0.  Kali ini berita dari PDRM.  PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk menyiasat PDRM!!  Weyyy...korang faham tak ayat yang aku sebut tu?  Aku bukan reka-reka ayat tu.  Aku ulangi lagi, PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk siasat PDRM !!  Sekali lagi aku ulang, PDRM minta rakyat bantu PDRM untuk siasat PDRM !!  

Korang tak percaya?  Meh baca sini.  FULL STOP....Fokus...fokus...BERSIH 4.0. MISS U..