Monday, January 24, 2011

RAKYAT SELANGOR BARU FAHAM SIAPA PENDERHAKA RAJA SEBENARNYA

Pagi tadi ada kumpulan pencacai berhimpun sewaktu Dun Selangor sedang berjuang untuk mengembalikan kuasa Sultan.  Kumpulan ini adalah kumpulan yang selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor derhaka pada Sultan.  Hari ini, mereka tampil menelanjangkan diri masing-masing.

Sekarang Rakyat Selangor benar-benar menyaksikan siapakah sebenarnya yang ikhlas untuk mendaulatkan Raja.  Paling kelakar, Adun Pelabuhan Kelang yang selama ini banyak kali tidak hadir sidang Dun kununnya sakit, tiba-tiba hadir pula.  Tapi, buta je kena halau sebab kerusi beliau telah diistiharkan kosong oleh Speaker Dun Selangor akibat tidak hadir setengah tahun sidang Dun.  Nak jadi YB, tapi memonteng.  Inilah akibatnya.

Maka mengadulah dia kat mahkamah.  Kita tengok nanti peranan mahkamah kat Malaysia ni.  Aku cuma nak sebut, hari ini satu ilmu kita dapat iaitu puak-puak sekutu Apco di Selangor sebenarnya tidak suka kuasa raja dikembalikan.  Itu faktanya.  Syabas, Kerajaan PR Selangor kerana berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan Sultan.

No comments:

Post a Comment