Thursday, January 27, 2011

PENGUNDI TENANG - KORANG TAK FIKIR KE ?

Aku nak bagitau la kat orang-orang di Dun Tenang ni.  Sebab apa korang kena undi PAS kali ini.  Kalau aku jadi pengundi kat Dun Tenang, aku akan undi PAS.  Sebab apa?  Bodoh-bodoh aku pun masih aku fikir benda-benda ni;

1.  Undi PAS sebab PAS nak bawa Islam.  Undi Umno, Umno parti sekular yang siang malam asyik sebut pasal ketuanan Melayu...Melayu...dan layu....Umno tidak kisah pun pasal Islam, sebab tu Chua Soi Lek tak takut dan segan menghina kaum Wanita Islam.

2.  Undi PAS sebab kalau PAS menang pun, Johor tetap diperintah oleh Bn.  Akan datang, kawasan Tenang akan melimpah kemajuan pasal Umno pasti mahu rebut balik kawasan tu.  Malahan Tenang akan dijadikan anak angkat atau anak emas oleh Umno Johor.  Tak percaya, cuba.

3.  Undi PAS sebab calon PAS takda rekod buruk malahan Pengetua sekolah beliau sendiri akui Puan Normala tu mempunyai rekod yang cemerlang sepanjang menjadi Guru.  Calon Umno ?  Lihat sendiri fakta dan dokumen yang menunjukkan beliau ada kes cuai sewaktu menjadi ADO sehingga hilang tanah orang dilelongnya.  Bukan fitnah, ini didedahkan sendiri dengan rekod dan fakta oleh Sallahuddin Ayub.

4.  Undi PAS sebab malu salah seorang pemimpin Cina dari Labis mengaku mengadakan hubungan dengan wanita tanpa nikah.  Fitnah ?  Beliau mengaku sendiri dan terdapat videonya yang berleluasa diedarkan.  Pemimpin ini dipilih menjadi Presiden di dalam sebuah parti yang menjadi sekutu Umno.  Tergamakkah nak sokong Umno?

Banyak lagi sebab, malas aku nak tulis tapi cukuplah itu saja untuk korang fikir.  Jangan asyik fikir isi perut je, akhirnya maruah kita digadai oleh puak-puak itu.  Masa pilihanraya ni macam-macam dia orang dok umpan, sebelum ini dapat apa?  Bangkitlah dan ajarlah pemimpin yang macam ini...sebab tu Najib atau Muhyiddin tak berani berdebat dengan Pembangkang.  Mereka takut korang tahu rahsia penipu besar dia orang....takkan tak boleh cerdik lagi?
EEEiiiiiii...gerammm akuuu.....Uweeeeekkkk....

No comments:

Post a Comment