Monday, June 25, 2012

KJ SANGGUP PERBODOHKAN DIRINYA DEMI MENGAMPU NAJIB?

Semakin dekat mahu pilihanraya, semakin kuat pula KJ, Ketua Pemuda Umno mengipas Najib.  Di dalam isu debat Anwar - Najib, Ketua Pemuda Umno ini bersetuju dengan Najib kononnya debat bukan budaya kita dan tiada keperluan debat di antara Anwar dan Najib.

"Saya tak nampak keperluan yang terdesak untuk buat debat. Tapi sistem parlimen kita mengamalkan debat perbahasan di Parlimen dan ia selalu terjadi," kata Khairy.  Jelasnya, perbahasan yang dijalankan di Parlimen mempunyai unsur perdebatan apabila perdana menteri membentangkan usul atau menjawab soalan perwakilan dan dicelah oleh ketua pembangkang (Malaysiakini).

Itu kah alasan KJ untuk menyokong Najib agar tidak berdebat dengan Anwar?  Jika begitu, mana-mana pemimpin dunia yang sering mengadakan debat di antara mereka itu menunjukkan negara mereka tiada Parlimen untuk sesi perdebatan?  Ertinya juga, debat YB Salahuddin Ayub dari PAS dengan YB Saifuddin dari Umno baru-baru ini menunjukkan mereka berdua bukan duduk di dalam Parlimen?  Mengapa begitu rendah tahap pemikiran KJ yang dikatakan berkelulusan Oxford ini?  Sanggup KJ menjual maruahnya sebagai insan terpelajar demi untuk membodek Najib.

Baiklah, jika benar debat tidak perlu antara Anwar dan Najib kerana mereka boleh berdebat di Parlimen, mengapa pula Najib dan partinya siang malam guna media menghentam Anwar?  Mengapa tidak gunakan Parlimen sahaja?  Peliknya, terbaru di Parlimen di dalam isu kononnya Anwar ada dana RM3 Bilion, apabila Anwar cabar sekor-sekor MP dari Umno/Bn untuk bangun menyoalnya berkaitan isu tersebut, sekor pun balaci Najib ini tidak berani bangun.  Ertinya, mereka hanya mahu guna media untuk burukkan Anwar, dan Anwar tiada peluang untuk menjawab.  

Sebab itu Anwar mahu debat terbuka di antara beliau dengan Najib mahu pun Muhyiddin.  Malangnya dua ekor ini begitu lemah jiwa raga mereka.  Kekuatan mereka hanya terletak kepada fitnah yang dipanjangkan oleh media haprak.  Kekuatan mereka juga kini terletak kepada orang ramai yang berotak lembu yang tidak mampu berfikir apa-apa setelah perut mereka kenyang diisi.

Di sinilah rakyat boleh menilai di mana kelemahan Najib dan di mana kekuatan Anwar. 


Saturday, June 16, 2012

MARI AKU AJAR CARA NAK KELUARKAN FATWA KALAU MASHITAH BENGAP SANGAT

BERSIH itu haram ke tak haram?  Apa yang Mashitah dengan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dok merepek ni?  Nak kasi hukum Perhimpunan BERSIH pun susah sangat ke?  Macam ni Malaysia nak laksanakan Undang-Undang Islam, kalau nak menghukum BERSIH tu pun terkapai-kapai?

Mari aku ajar caranya.  Bukan susah sangat.  Pertama kena kaji objektif BERSIH itu untuk apa?  Macam mana mahu kaji?  Jangan kaji berpandukan kitab utusan meloya laknatullah atau TV3 suku lidah rasmi syaitan tu.  Korang panggil lah penganjur BERSIH, siasat tujuan BERSIH itu untuk apa?

Kemudian, lihat pula bagaimana perhimpunan itu mahu diadakan.  Adakah disertakan dengan tarian K-Pop ke, konsert Amy Search ke atau peserta-peserta BERSIH diminta bawa senjata merbahaya atau tidak.  Lepas tu, tanya pula pihak keselamatan samada peserta BERSIH yang hadir membawa air mineral dan garam itu boleh menghuru-harakan negara ini atau tidak?  

Apabila kesemua pihak telah ditanya dan disiasat, rujuk pula Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias samada himpunan BERSIH itu menyalahi hukum agama.  Carilah dalil yang boleh mengaitkan bahawa umat Islam yang mahu menuntut keadilan dan ketelusan Pilihanraya itu adalah salah di sisi Islam, lepas tu barulah boleh menghukum bahawa BERSIH itu haram di sisi Islam.  Jika tiada dalil atau nas yang menyebut bahawa menuntut keadilan dan ketelusan memilih pemimpin itu haram, maka keluarkan lah fatwa bahawa himpunan BERSIH itu tidak haram.  Ertinya, hukum dia samada Wajib, Harus, Sunat atau Makruh.  Susah ke?

Tapi kalau merujuk kepada Utusan Meloya semata-mata untuk mengeluarkan fatwa, maka memang lah sesat sebab Utusan Meloya itu sendiri sesat kerana berbagai perkara yang menyesatkan terdapat di dalam Utusan Meloya.  Tidak percaya, cuba lihat keputusan nombor ekor.  Rujuk pada TV3 suku pun sesat juga sebab TV3 suku pun media sesat sebab berbagai rancangan yang menyesatkan ada di sana.  Takkan lah mahu rujuk kepada benda yang sesat untuk berhukum?

Alih-alih, Mashitah bagitahu tiada fatwa pun dikeluarkan.  Yang ada nasihat.  Nasihat dari Tuan Penasihat 20 Persen seperti filem `Tiga Abdul'.  Rupa-rupanya setelah beberapa bulan ni, semua rakyat Malaysia kena kelentong bahawa BERSIH itu haram.  Kalau Majlis Fatwa tidak kata haram, habis yang media dan akhbar pencacai sibuk dok kata haram tu apa dia?  Apa yang aku tahu fatwa `haram' Najib dah bagitahu di Felda Jengka baru-baru ni.  Tapi Najib tambah sikit daripada HARAM kepada HARAMJADAH!! 

Monday, June 11, 2012

KAWASAN JELEBU NI ADA KE TIDAK PKR?

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.

Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....

Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  

Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.

Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

Tuesday, June 5, 2012

UMNO JOHOR MAHU TUNJUK BERANI DI DALAM MASA YANG SAMA TUNJUK BODOH?

Bila Yb Nizar cuba tegur pihak atas jangan membazir semata-mata mahu memiliki flet kenderaan, maka yang lebih-lebih meroyan ni puak-puak Umno Johor.  Sampai tahap mahu menegah YB Nizar dari memasuki Johor.  

Isu tersebut sepatutnya selesai bila YB Nizar mohon maaf jika ada yang berkecil hati di atas tegurannya.  Maklumlah, tidak semua teguran orang boleh terima.  Itu biasa.  Permohonan maaf itu pun lebih kepada adab sopan.  Tetapi, semua tahu YB Nizar tidak pernah kata wang RM 520 Ribu itu adalah wang rakyat, beliau cuma kata jangan membazir kerana masih ada rakyat yang susah.  Salah ke?

Paling dajal sekali Utusan Online berdusta dengan menyebut YB Nizar menuduh wang itu adalah wang rakyat.  Cuba baca balik Twitter YB Nizar seperti yang aku petik dari Blog Milo Suam di bawah.  Lihat sajalah betapa bangsatnya Utusan ini kerana Utusan tidak boleh hidup tanpa fitnah kerana Utusan lahir dari parti yang memang wujud di alam maya ini hanya untuk melakukan fitnah demi pemimpin mereka.

Tapi amat malang, yang cerdik di dalam Umno pun masih tak terasa diperbodohkan oleh Utusan atau memang mereka ini bodoh?  Sampai tahap mahu usir YB Nizar dari bumi Johor semata-mata beriman kepada Utusan?  Kalau lah puak-puak ini garang seperti sekarang sewaktu Pulau Batu Putih mahu diserahkan kepada Singapore alangkah bertuahnya umat Melayu Di Johor.  Tapi waktu itu, ke mana suara mereka?  Ke mana suara Utusan kononnya membawa suara Melayu?  Pulau Batu Putih terlepas, Tanjung Pagar entah ke mana.  Mereka berbangga dapat terumbu karang saja.

Kalau mahu tunjuk berani biarlah bertempat.  Jangan tunjuk berani di dalam masa yang sama tunjuk kebodohan.  Malu kita orang-orang Melayu. 

* Sekarang cuba lihat ulasan sebenar yang dikeluarkan oleh Nizar menerusi laman twitter milik beliau. Beliau langsung tidak menuduh Sultan Johor menyalahguna wang rakyat.