ISU BIAWAK HIDUP - SYED ALI ALHABSHEE DISERANG PENYOKONG SHARIZAT! [BERGAMBAR]
Hanya kerana mendesak Sharizat supaya meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta...
Ketua UMNO Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee telah diserang oleh penyokong Sharizat...
UMNO yang sememangnya terkenal dengan budaya samsengnya telah bertindak secara samseng bagi mempertahankan Sharizat yang penuh dengan skandal penyelewengan wang rakyat...
Sudah jelas keluarga Sharizat yang tidak pernah menternak lembu telah diberikan projek ternak lembu fidlot dan mendapat pula pinjaman mudah sebanyak RM250juta..
itu pun masih nak pertahankan lagi..?
Mungkin penyokong Sharizat tak faham,kalau bukan kerana Sharizat tu menteri dan juga Ketua Wanita UMNO,dapat ke keluarga dia Projek ratusan juta seperti itu..?
Mari kita tengok adegan samseng vs samseng ni..
Dalam pada itu..
Syed Ali yang merasakan serangan itu dibuat ekoran daripada kenyataan beliau yang mengatakan UMNO "memikul biawak hidup" dalam isu NFC ini menjelaskan bahawa...
Maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil...
Beliau membuat penjelasan tersebut mungkin kerana bimbang diserang lagi oleh penyokong Sharizat ataupun takut ahli UMNO yang lain membenci beliau...
Beliau menambah "isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.."
“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya lagi..
Menurut beliau lagi..
“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.
Dalam satu komen yang dilihat sebagai mahu mengambil hati Sharizat dan juga penyokong-penyokong Lembu Fidlot,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan..
“Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,” tegasnya.
kah..kah..kah...
kena gertak dengan orang Sharizat pun dah takut...
terus mengaku sayang dan hormat wanita...
ke terpengaruh dengan filem "Ombak Rindu" tu...
hi33...lembu sharizat menang lagi dari lembu tok syeid...is,is,is.....nanya.
ReplyDelete