Ibrahim al-kataki dari Pasir Mas mungkin kecewa benar bila Dr Hassan Ali menolak mentah-mentah pelawaan dia untuk sertai PERKOSA. Sebelum ini berselera benar raja katak Pasir Mas ni mahu meminang Dr Hassan Ali kerana melihatkan seolah-olah Dr Hassan Ali akan berputus arang dengan PAS.
alamakkk...katak terbalik la plakkk... |
Malangnya, Dr Hassan Ali walaupun dikatakan tidak secerdik mana bila beliau pernah menentang konsep Negara Berkebajikan PAS, tetapi Dr Hassan Ali tidaklah sampai ke tahap tolol macam Ibrahim alkataki serta juak-juak di dalam PERKOSA itu.
Paling melucukan. Ibrahim alkataki ini perasan dan syok sendiri orangnya. Dia perasan dialah pejuang Malayu Islam dan pejuang raja-raja terulung dalam abad ini. Bukankah sebelum ini Ibrahim raja katak ini pernah menaja sendiri satu anugerah atas nama `Anugerah Ibrahim Ali' untuk dinobatkan kepada yang layak diberi anugerah itu di sebuah Pusat Pengajian Tinggi? Memalukan, anugerah yang beliau cipta sendiri itu `dicampakkan' saja oleh Pusat Pengajian berkenaan. Siapa yang mahu memakai anugerah raja katak? Buat malu je adalah.
Di dalam isu Dr Hassan Ali, kita lihat apa yang beliau sebut betapa perasannya raja katak Pasir Mas yang menenggek di atas kerusi PAS itu. Katanya di dalam Malaysiakini, "Saya straight forward. Jadi masa akan memberitahu perkara sebenar sama ada Dr Hasan Ali adalah hero untuk Malay-Muslim atau Raja-raja melayu atau tinggal Ibrahim Ali seorang sahaja."
Ayat `tinggal Ibrahim Ali seorang sahaja' itu yang meloyakan tekak. Mungkin itu adalah kata-kata seorang yang tengah `buang tabiat' menunggu masa untuk dikapankan di Pasir Mas di dalam PRU akan datang. Itu pun kalau dia masih ada telor.
No comments:
Post a Comment