Monday, September 19, 2011

SILAP LANGKAH - RAKAMAN CCTV MENGHANCURKAN CERITA VIDEO SEKS

Kali ini pendedahan Papagomo dan TV 3 suku tidak sepanas yang mula-mula keluar video seks kat hotel tu.  Sebab apa?  Sebabnya, bila Popogomo keluar je yang terbaru ni iaitu rakaman CCTV kat Lift apartment, maka lengkaplah satu konspirasi yang terkantoi.

Ertinya, pendedahan rakaman CCTV itu bukan memperkuatkan kerja fitnah terhadap DS Anwar, sebaliknya terus menghancurkan konspirasi tersebut sehinggakan kisah video seks di dalam hotel sudah semakin jelas suatu penipuan.  

Sepertimana yang kebanyakan Blogger pro PR ulas, Papagomo tak mampu jawab beberapa persoalan yang di utarakan.  Tentang baju Eskay dan baju kononnya Anwar semasa dirakam oleh CCTV ketika memasuki lift, dan baju kedua-dua mereka sewaktu di dalam hotel.  Rambut kononnya Anwar di bahagian tepi tebal ketika memasuki lift, tiba-tiba menjadi nipis ala-tentera sewaktu di dalam bilik.Baju yang dikatakan Anwar di dalam bilik jauh beza dengan baju sewaktu memasuki lift.  Sewaktu memasuki lift, Eskay berbaju tanpa kolar berwarna biru gelap, tiba-tiba di dalam bilik menjadi putih cerah, berkolar dan bertali pinggang.

Kata puak bangang Umporno, memanglah tak sama sebab sewaktu memasuki lift rakaman dalam bentuk warna, manakala di dalam bilik rakaman hitam putih atau `infrared'.  Mahu tanya juga kita kat puak-puak bodoh ni; iaitu;

- Adakah kerana infrared (hitam putih) maka baju tidak berkolar akan berubah menjadi berkolar?
- Adakah kerana infrared, rambut kononnya Anwar itu yang tebal boleh menjadi nipis?
- Adakah kerana infrared, Eskay yang awalnya tidak bertali pinggang di luar, maka berubah menjadi kemas bertali pinggang?
- Adakah kerana infrared, baju Eskay yang biru gelap akan bertukar menjadi putih cerah? Sepatutnya putih yang kelam.
- Lihat perut, punggung dan bidang tubuh yang kononnya Anwar itu sewaktu memasuki Lift.  Bezakan dengan yang berada di dalam bilik yang `bersama' pelacur Cina tersebut.  Infrred boleh mengubah saiz perut, punggung dan dada?
- Paling menarik, awal kenyataan Eskay dalam sidang akhbarnya dulu dia tegaskan kejadian di sebuah hotel, dan Papagomo pula sebut kejadian di dalam apartment.  Mana satu? 
- Mana dia rakaman CCTV wanita Cina itu?  Masih belum siap atau masih diatur untuk `lakon' semulakah?
- Mengapa rakaman CCTV itu tidak diserahkan serentak dengan rakaman video kepada pihak Polis agar lebih cepat dan memudahkan siasatan?  Bukankah Eskay mahu Polis percepatkan siasatan?  Mungkin ketika itu tengah mencari `babak-babak' yang sesuai untuk dicantumkan kah?

Terlalu banyak mahu cerita tentang kedunguan puak-puak kaki fitnah ini.  Mereka lupa sekarang zaman IT bukan zaman penjajah British yang duduk di Pasong Bukit Kepong dulu.  Jika mahu membuat fitnah juga, biarlah cerdik dan kerja lebih sikit agar `nampak real', itu pun belum tentu orang mahu percaya.....

Untuk lebih lanjut, elok baca di sini (klik) je.

No comments:

Post a Comment