Sunday, August 14, 2011

EZAM SESUMPAH MELALUT

Sekonyong-konyongnya Ezam raja sesumpah mahu tunjuk hero mengampu Najib.  Baru-baru ini Ezam raja sesumpah mengugut untuk membakar Malaysiakini dan Malaysian Insider.  Kononnya media tersebut menjadi `barua' kepada pengkhianat yang memusuhi Islam.  

Aku rasa ada baiknya Ezam raja sesumpah membakar kotak-kotak rasuah yang begitu lama kita nantikan Ezam dedahkan kepada rakyat.  Bila dah tersepit, Ezam raja sesumpah mendakwa kotak-kotak tersebut ada bersama Anwar.  Ertinya beliau tidak tahu apa-apa tentang kotak tersebut walaupun sewaktu beliau berada di dalam Keadilan dulu, kisah kotak ini dijaja ke merata tempat.


Samseng taik minyak ezam ini sangka dengan ugutannya itu ada pihak yang takut?  Sori lah, tiada siapa yang takut dengan jantan lembut ini.  Siapa yang mahu percaya dengan pengkhianat seperti Ezam ini?  Tiadalah Malaysiakini dan Malaysian Insider merasa gerun dengan pencacai murahan seperti Ezam.

Kita nak tengok sejauh mana Ezam berani lakukan.  Buat Malaysiakini dan Malaysian Insider, jangan peduli cakap budak lembut ini. Persetankan Ezam dengan kumpulan pencacainya.  Aku rasa kalau pemimpin PR yang bercakap seperti Ezam raja sesumpah ini sudah pasti akan didakwa .   Oleh kerana Ezam itu mempunyai darah Umno, maka beliau selamat.  

Apa barang mahu main bakar-bakar ni, wahai Ezam?  Sudah putus idea ke untuk memburukkan DS Anwar dan Pakatan Rakyat?  

No comments:

Post a Comment