Saturday, July 16, 2011

TAHNIAH POLIS....JASAMU KU KENANG................

Nak cakap banyak nanti ada orang marah.  Tapi aku nak sebut juga kebaikan Polis kat negara kita ni tapi tak semua lah.  Biasalah Polis tu manusia biasa cam kita juga, ada yang ok ada yang tak ok dan ada juga wajah macam manusia tapi hati macam binatang.   

Kita pun sama juga.  Ada yang ok tu ok lah, ada yang bersifat binatang macam ayah rogol anak tu.  Begitulah juga dengan Polis ni terutamanya yang bertugas mengawal (mengawal ke?) dan menghalang (setakat halang je ke?) perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu.  Dalam banyak-banyak Polis tu, ada yang bersikap macam manusia dan hati perut pun serupa manusia.  Tapi takkan aku nak kata semua bersikap camtu.....Ada yang rupa manusia, tapi aku tengok ke hulu ke hilir menyalak sakan.  Bila ada peserta perhimpunan yang ditangkap, berkerumun yang sedang menyalak tu datang macam anjing berebut bangkai.  

Masa tu timbul perasaan, kalau aku ada anak nanti boleh ke aku terima anak aku nak jadi Polis?  Aku tak sanggup anak aku nanti dihina dan di maki orang.  Tak semua Polis kena hina dan di maki, tetapi bila dah terlalu ramai berperangai macam binatang tu, Polis yang baik pun dapat tempias.....

KPN kata Polis teramat baik dalam tindakannya masa perhimpunan tu.  Menteri yang lembut tu kata Polis tak ganas pun.  Tok Jib yang kaki putar alam cam Yahudi tu pula siap ucap tahniah pada Polis.  Mestilah ucap tahniah sebab selamatkan dia.  Rosmah?  Huhhh...dia tak komen pasal BERSIH mungkin kerana waktu itu sedang fikir nak cari di mana cincin yang paling mahal.....

No comments:

Post a Comment