Wednesday, July 6, 2011

BERSIH - POLIS TAK BERHAJAT BUAT UJIAN DNA KE TERHADAP SENJATA YANG DIRAMPAS?

Terkejut beruk juga aku bila menonton TV menyiarkan bagaimana pihak Polis berjaya merampas beberapa bilah parang, bom botol (molotov cocktail) dan berpuluh helai baju kuning BERSIH di samping beberapa kejadah lagi alat-alat merbahaya yang kununnya persiapan untuk mengganas di Perhimpunan BERSIH nanti.

Aku terperanjat pasal aku adalah salah seorang yang begitu bersemangat mahu join Perhimpunan BERSIH nanti, dan kalau lah benar perhimpunan itu untuk merusuh guna alat-alat haramjadah tu semua, mengapa aku tak di bagi tahu?  Kalau pun betul, cukup ke banyak tu parang mahu `bertempur' dengan puak yang lengkap dengan berbagai jentera dan senjata Polis?  Biar betul beb......

Lagi satu, ilham datang dari mana kununnya semua peralatan tu akan disorokkan di celah-celah bangunan, pasu bunga dan banyak tempat lagi agar masa perhimpunan tu nanti mudah untuk kumpulan ini mengambil senjata-senjata tersebut.  Takkan bangang sangat puak-puak tu punya idea?  Mereka bukan tak tahu di tengah bandar KL tu setiap hari DBKL akan meronda dan membersih kawasan.  Jika ada senjata seperti parang dan bom botol tu, mustahil mereka tak jumpa.  Lojikkah cerita ni?

Aku tengok parang yang dipamirkan tu nampak cam baru beli je.  Bom botol plak tu macam dok dalam botol mineral je.  Takkan bom botol guna botol mineral kot?  Lagi satu, baju BERSIH yang dirampas tu macam baju yang siap untuk dijual, tersusun rapi berikat plastik.  Sebelum ni banyak kita dengar ada rampasan baju BERSIH termasuk yang sedang dijual di merata-rata tempat.  

Kununnya ada orang Asli yang jumpa peralatan tu.  Baik betul orang Asli tu, begitu banyak parang sikit pun mereka tak mahu ambil sedangkan bagi orang-orang Asli parang tu amat berguna buat mereka. 

Tak kisah la betul ke tak pasal kita pun dah biasa dengar cerita-cerita dongeng ni.  Cuma nak tahu je, takda kah teringin pihak Polis untuk mengesan siapa punya angkara tersebut?  Tak ada teringin ke nak buat ujian DNA terhadap semua peralatan yang dirampas tu?  Kalau jam Omega tu siap melalak puak-puak Perkosa dan Pemuda Umporno minta dibuat ujian DNA.  Siap demontrasi yang halal lagi untuk menuntut DNA.  Kali ini tak teringin ke nak melalak minta DNA? 

Buat la apa pun, rakyat bukan bodoh sangat.  Kalau kerap sangat menipu, yang betul-betul pun orang dah tak percaya. 

No comments:

Post a Comment