Masa pilihanraya kecil kat Hulu Selangor dulu, aku dengan beberapa member aku berpakat untuk berkampung kat Hulu Selangor pasal nak bantu Zaid Ibrahim yang menjadi calon PKR di situ. Walaupun datang dari jauh melalui jalan yang sesak ke sana, aku tempuh juga kerana aku mahu Zaid menang.
Sepanjang kempen, macam nak gila puak sekutu Apco tu fitnah Zaid dengan Anwar. Zaid dilabelkan kaki arak dan judi lumba kuda. Anwar pulak macam biasa lah, puak tu usung modal jubur budak yang tak basuh punggung dan tidak terberak 3 hari tu. Puas kita orang geng2 Blogger dok tepis, Blogger puak sekutu Apco tu pulak dok main gambar palsu `Super Impose' foto Zaid teguk arak. Lebih dahsyat gambar Tuan Guru Nik Aziz juga dikaitkan. Memang busuk puak tu. (Contoh foto fitnah ke atas Zaid di bawah).
Zaid di dalam kempennya merayu agar pengundi memilihnya. Beliau juga sebut beliau sedia hadapi fitnah puak sekutu Apco tu sama juga seperti Anwar difitnah dan juga pemimpin PR yang lain. Namun, Zaid kalah juga. Hikmahnya amat besar beliau tewas, kita wajib bersyukur kerana Allah selamatkan kita dari memiliki MP Zaid Ibrahim jika beliau menang. Bayangkan jika beliau menang, beliau menjadi katak?
Bila beliau sudah jadi katak, kini beliau pula senada dengan puak sekutu Apco yang fitnah beliau kaki arak tu. Zaid juga merasakan seolah-olah Anwar memang melakukan perbuatan liwat. Zaid memberi komen berkenaan DNA Anwar seolah-olah Zaid tidak lagi percaya Anwar memang difitnah. Kini Zaid cakap sudah terbalik, mungkin otaknya pun dah terbalik.
Itulah perangai Zaid sekarang. Beliau bercakap seperti orang yang tidak tahu undang2 sedangkan beliau ada syarikat guaman yang hebat. Kerana apa? Sebab masih ada dendam pada Anwar. Sebabnya kerana beliau tidak dipilih oleh ahli-ahli PKR untuk menjadi pemimpin. Kununnya beliau berprinsip, tetapi sekarang jelas Zaid hilang arah. Beliau sudah setaraf dengan PERKASA dan Ibrahim raja katak.
No comments:
Post a Comment