Friday, April 29, 2011

Ribuan dijangka banjiri ceramah Anwar di Bandar Baru Ampang malam ini



KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat dijangka membanjiri ceramah perdana yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Baru Ampang malam ini, bagi mendengar penjelasan beliau terhadap isu dan senario politik semasa.

Ketua Umum Keadilan itu dijangka akan membongkar lebih banyak bukti kepincangan berhubung perkembangan kes Fitnah 2 dan terbaru, video seks fitnah, yang kini disiarkan secara berleluasa di internet tanpa sekatan dari kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Ceramah perdana bertema ‘Kebangkitan Rakyat Sarawak’ itu bakal berlangsung di Dewan Nusa Bakti, turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Ketua Wanita nya, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang ketika dihubungi berkata, program itu memberikan peluang kepada rakyat, khasnya warga Ampang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Anwar dan pimpinan KEADILAN.

“Datuk Seri (Anwar) mungkin akan mengupas isu terkini tentang perkembangan kes fitnah tetapi saya lebih suka sekiranya beliau mengulas isu keadaan dan senario politik negara,”

“Isu bodoh seperti video seks yang dilakukan puak-puak Umno ini sepatutnya diabaikan dan tidak diletakkan perhatian kerana ia isu yang tidak releven,” kata Zuraida.

Katanya, lokasi Bandar Baru Ampang juga dilihat mampu menarik rakyat pelbagai kaum untuk ke program tersebut, memandangkan komposisi penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, KEADILAN juga mengesan perbuatan yang dilakukan penyokong Umno apabila membuat provokasi dengan menaikkan banner di sekitar kawasan Ampang.

“Namun saya telah menerangkan kepada petugas kita supaya mengawal tindakan tersebut,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai permit polis pula, beliau berkata, iat sudah lama diperolehi dan polis di kawasan Ampang memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap penganjuran ceramah malam ini.

” Saya jangka ia berjalan lancar kecuali kalau berlaku provokasi daripada kalangan penyokong Umno,” katanya./KeadilanDaily

BUNUH DIRI TU BERANI KE BODOH ? SUMPAH TU KIRA BERANI KE BANGANG?

Aku nak tanya la korang yang berugama Islam ni.  Jika seseorang Muslim membunuh diri, adakah dia seorang yang berani atau bangang?  Jawabnya, tentulah bangang.  Sebab apa?  Sebab dalam Islam itu membunuh diri diharamkan dan dilaknat Allah.  

Di antara orang yang mati bunuh diri dengan mati Syahid, siapa yang lebih berani?  Jawabnya, orang yang mati syahid itu lebih berani kerana Islam memuliakan orang yang mati Syahid sehinggakan tak perlu dimandikan beserta dengan darah-darahnya.

Eskay nak bersumpah.  Adakah tandanya dia berani atau bangang?  Jawabnya dia bangang pasal Islam tidak mengajar bersumpah jika ingin menuduh orang berzina.  Anwar tidak mahu bersumpah dan memilih mahkamah syariah atas tuduhan yang dihadap ke atasnya.  Adakah Anwar tidak berani?  Jawabnya Anwar berani kerana sanggup pilih Islam sebagai jalan penyelesaian.  Lainlah jika Anwar tolak semua kaedah perbicaraan dan melarikan diri serta tidak mahu mempertahankan tuduhan ke atas dirinya, ketika itu wajar dikatakan Anwar bacul atau dayus.

Peduli apa Eskay nak bersumpah.  Alim Ulamak dah bagitahu kat dia kaedahnya, tapi dia beriman dengan sumpah semata-mata maka kita nak buat apa lagi?  Takkan nak paksa Anwar ikut cara bodoh dia tu.  Masakan Anwar sanggup menghina ugamanya sendiri semata-mata cabaran bodoh dari Eskay?

Thursday, April 28, 2011

GEMPAR - ADA HANTU LEMPAR TISU DALAM VIDEO SEKS ?

Jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu.

Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar].

Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2].

Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah.

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.


Jelas sekali memang ada seseorang yang sedang menyaksikan adengan seks berlangsung.

Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah.

video


Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama.

Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat melakukan adengan seks kah kah kah.

Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEKS DI YOUTUBE - POLIS TERLIBAT ? BIAR BETUL....


SHAH ALAM, 27 APRIL: Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.

" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.

" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.

Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.

" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.

Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.

Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.

Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.

Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.

" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.

Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
-tvsnews-

Monday, April 25, 2011

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra 

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya. /MI

Sunday, April 24, 2011

VIDEO SEKS - SEMAKIN DISIASAT, SEMAKIN BERCELARU ?

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’
Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil  masa untuk menyiasat video tersebut.

“Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.“Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat.  Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media. 
 
Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.  “Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka,” katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua  Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.  Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.  “Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

“Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan,” katanya.

Laporan media  sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.  Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.
Short URL:  http://www.keadilandaily.com/?p=12051
Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’ »

Friday, April 22, 2011

DOAKAN KETUA POLIS NEGARA SIHAT DAN DAPAT LAKUKAN TUGAS DENGAN JUJUR

IGP dikejarkan ke hospital kerana keletihan


Apr 22, 11

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat./Malaysiakini