Sunday, October 21, 2012

KISAH POLITIK PAHANG DARI ORANG PAHANG..

Semalam, lepak minum kat resoren mamak jumpa kawan lama dok Kuantan di Peramu.  Sembang-sembang pasal politik semasa.  Aku banyak tanya pasal politik di Pahang.  Sebab, dia kata dia bergerak aktif sebagai penyokong kuat PAS di Peramu.

Aku tanya dia, adakah Pahang mampu ditawan oleh PR?  Dia diam sekejap.  Pastu dia bagitahu nak tawan Pahang tu memang sukar, tapi PR boleh dapat berganda kerusi dari yang ada sekarang, katanya.  Dia yakin, Umno/Bn di Pahang takkan dapat 2/3 majoriti dalam Dun lepas PRU nanti.  Aku tanya dia mengapa susah sangat PR nak tawan Pahang?  Dia kata, di Pahang ni boleh dikatakan semua Parlimen banyak kawasan Felda, kecuali Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota saja.  Yang lain tu banyak peneroka Felda.  Inilah aset Umno/Bn, dia kata.

"Bukankah para peneroka dikatakan sudah mula membenci Umno atas isu saham FGVH? "  Aku bertanya kat dia.  Dia kata, "  Tak semua...masih ramai yang merasa yakin saham akan menguntungkan peneroka".

Terlanjur dia sebut Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang kini dimiliki oleh PKR, aku tanya dia siapa calon di kedua-dua kawasan tersebut pada PRU akan datang?  Dia seperti yakin menjawab, "  Aku bukan orang kuat parti yang pegang jawatan, tapi melihat kepada suasana dan cakap-cakap orang politik di kedai kopi, calon Kuantan tetap kekal milik YB Fuziah.  Lagi pun, beliau amat popular di kalangan pengundi-pengundi di bandar Kuantan atas isu Lynas," katanya.  "Di Indera Mahkota?" Aku bertanya dia lagi.  Lama dia nak jawab.  "Di Indera Mahkota, mungkin penyandang sekarang YB Azan tidak bertanding lagi di situ".  

"Habis tu, muka baru ke?"  Tanyaku.  "Ramai yang jangka yang akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota nanti adalah Dato' Fauzi".  Katanya.  Aku memang kenal dengan nama Dato' Fauzi ni sebab dia dulu bekas pemimpin Umno yang pernah jadi Timbalan Menteri.  "Bukankah sesuai Dato' Fauzi bertanding di Dun sahaja sebab dia mungkin bakal MB Pahang jika PR perintah Pahang?  Soalku.  Dia geleng kepala.  "Jika PR tawan Pahang, kerusi MB Pahang milik PAS sebab dengar khabar PAS diberi kerusi lebih di Dun daripada PKR".  Katanya lagi.

Kawan aku sambung lagi, dia kata " Ada juga yang mahu Dato' Fauzi bertanding di Dun Semambu tapi kawasan itu aku rasa tak sesuai buat beliau sebab Dato' Fauzi tinggal di Indera Mahkota, jadi lebih baik beliau bertanding di situ" katanya.  "Dun Semambu kali ini dengar cerita akan ditandingi oleh tokoh muda yang hebat dari kaum Cina PKR" ujarnya lagi.  

"kau yakin ke kedua-dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kita boleh menang"?  Aku mahu menguji keyakinan kawan aku tu.  "Aku cukup yakin...Di Indera Mahkota calon mesti letak Melayu kalaupun bukan Dato' Fauzi.  Kalau Dato' Fauzi, aku rasa lagi cantik.  Di Kuantan pula, melegakan setakat ini dengan YB Fuziah di situ.  Dun Semambu, jika anak muda Cina PKR ini bertanding, aku yakin boleh menang.  Dun Beserah, kompom PAS menang".  Jawabnya dengan penuh yakin.

"Ok lah, kau rasa Parlimen mana yang kita boleh rampas lagi?"  Aku ingin kepastian darinya.  "  Aku yakin, Parlimen yang kita ada harapan cerah untuk dirampas adalah Temerloh (jika calon Bn bukan YB Saifuddin sekarang), Bentong, Raub, Maran selain kita kekal di Kuantan dan Indera Mahkota".  Jawabnya.  "  Yang lain tu agak sukar, Lipis 50-50".  Tambahnya lagi.

Bersembang dengan dia aku rasa dia amat ikuti perkembangan politik di Pahang.  Setiap kali dia datang KL atas urusan projek dia, mesti aku call dia ajak minum teh untuk mengetahui isu-isu politik semasa darinya. 


1 comment:

  1. FREEBET & BANJIR BONUS ANAPOKER DI AKHIR BULAN OKTOBER 2019

    FREEBET DAN FREECHIP DARI ANAPOKER Khusus Member Setia Anapoker, Sebesar 10% + 5% Untuk Bonus Hariannya

    Daftar sekarang, Contact ANAPOKER di
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
    link alternatif sbobet

    sbobet alternatif

    login sbobet

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    ReplyDelete