GO..GO..Gobalakrishnan dari PKR. Cantikkk lah. Ada member kata ini `katak hitam' yang baru selepas `raja katak' Pasir Mas. Memang lengkap organisasi `kumpulan katak Semalaysia'. Ehh...parti baru ke tu?
Keluar PKR kununnya marah kat Anwar dan Azmin. Weyy...ko ingat PKR ni kepunyaan Anwar atau Azmin ke? Kalau ko percaya PKR ni bukan kepunyaan Anwar dan Azmin, yang ko pergi jadi katak tu buat apa? Marah kat Anwar atau Azmin, cukup masa ko lawan je lah....
Ini belum pun ko jawab surat tunjuk sebab dari PKR, ko dah cabut. Punyalah penakut ko Gobala!! Ko kata Anwar sayang sangat kat Azmin, betoi ke Tambi? Kalau Anwar betul-betul sayang kat Azmin, takde lah Tan Sri Khalid tu jadi MB Selangor. Mesti Anwar lantik Azmin jadi MB.
Sebenarnya ko marah pasal tak dapat jawatan dalam parti kan? kan? kan? Ehhhh...malu plak nak mengaku...poooraaahhhh...
Aku pun pelik dengan puak-puak yang marah sangat kat Azmin.
tu. Kenapa ye? Katalah Azmin tu menipu semasa pertandingan pemilihan PKR yang lalu, takkan semua undi yang azmin dapat tu semua tipu? Dia menang banyak beb....majoriti besar. Kalau majoriti tu dibagi dua pun, Azmin masih menang. Lojik ke?Ini maknanya Azmin memang dipilih ramai akar umbi ahli PKR. Kalau ramai yang tak suka Azmin, dah berpuluh ribu ahli PKR akan keluar parti bila Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Tapoi, yang keluar berapa kerat? Gobala?
Cukup-cukup lah korang dengki kat Azmin tu. Tak puas hati korang lawan la dia dalam pemilihan nanti. Aku pun bukan taksub dengan Azmin ni, tapi nak buat camne dah ramai yang suka kan....Cakap banyak kang ada pulak yang berbunyi...
Tapi aku respek Azmin, banyak orang dok kutuk dia macam-macam, dia tak nak layan pasal dia tahu yang kutuk dia tu ahli-ahli PKR juga. Sedihnya, puak-puak tu pulak tak fikir semua ni....suka hentam dalam blog dan fb...puak ni sanggup jual parti kat musuh sebab marah kat Azmin atau Anwar je...berambus dari parti tak mahu plak....isshhh...isshhh..