Sunday, August 14, 2011

EZAM SESUMPAH MELALUT

Sekonyong-konyongnya Ezam raja sesumpah mahu tunjuk hero mengampu Najib.  Baru-baru ini Ezam raja sesumpah mengugut untuk membakar Malaysiakini dan Malaysian Insider.  Kononnya media tersebut menjadi `barua' kepada pengkhianat yang memusuhi Islam.  

Aku rasa ada baiknya Ezam raja sesumpah membakar kotak-kotak rasuah yang begitu lama kita nantikan Ezam dedahkan kepada rakyat.  Bila dah tersepit, Ezam raja sesumpah mendakwa kotak-kotak tersebut ada bersama Anwar.  Ertinya beliau tidak tahu apa-apa tentang kotak tersebut walaupun sewaktu beliau berada di dalam Keadilan dulu, kisah kotak ini dijaja ke merata tempat.


Samseng taik minyak ezam ini sangka dengan ugutannya itu ada pihak yang takut?  Sori lah, tiada siapa yang takut dengan jantan lembut ini.  Siapa yang mahu percaya dengan pengkhianat seperti Ezam ini?  Tiadalah Malaysiakini dan Malaysian Insider merasa gerun dengan pencacai murahan seperti Ezam.

Kita nak tengok sejauh mana Ezam berani lakukan.  Buat Malaysiakini dan Malaysian Insider, jangan peduli cakap budak lembut ini. Persetankan Ezam dengan kumpulan pencacainya.  Aku rasa kalau pemimpin PR yang bercakap seperti Ezam raja sesumpah ini sudah pasti akan didakwa .   Oleh kerana Ezam itu mempunyai darah Umno, maka beliau selamat.  

Apa barang mahu main bakar-bakar ni, wahai Ezam?  Sudah putus idea ke untuk memburukkan DS Anwar dan Pakatan Rakyat?  

Thursday, August 11, 2011

FITNAH LIWAT - SIAPA YANG DEMAM SEKARANG?

Aku teringat satu ayat yang keluar dari Tok Jib waktu Anwar cabar dia berdebat.  Tok jib laki bik mama ni kata," jangan cabar....saya banyak tau tentang dia...nanti demammm....."

Sekarang ni dalam kes fitnah Liwat II, Tok Jib dan bik mama diminta untuk ditemubual sebagai saksi kes tersebut.  Hakim dah beri lampu hijau, dengan syarat jika mereka berdua sanggup untuk bercerita tentang kes tersebut.  Pelik...pelik....ertinya, kalau Tok jib dan bik mama tak mahu bercakap walau sepatah pun, no hal !!

Sehingga kini, Tok jib dan bik mama tak menunjukkan tanda-tanda sanggup untuk ditemubual oleh peguam Anwar serta dihadiri oleh anwar sendiri.  Seandainya berterusan Tok Jib menjadi `betina' dan bik mama `kembali menjadi betina sebenar', ertinya apa yang Tok Jib cakap dulu bahawa beliau bimbang Anwar deman ternyata satu lawak bodoh dari pemimpin parti sekular melayu ini.

Nampaknya siapa yang demam sekarang?   

Sunday, August 7, 2011

DR HASSAN ALI, JANGAN CUBA MAHU CARI ALASAN UNTUK DIPECAT

Betul ke Dr Hassan Ali tak kisah beliau dipecat demi menjaga akidah umat Islam?  Jika betul ada akidah umat Islam yang mahu dirosakkan, bukan sekadar dipecat malahan semua umat Islam wajib bangun menentang hatta mesti berani dan bersedia untuk mati.  Jadi, tak pelik pun Dr Hassan Ali berkata demikian berikutan isu menyerbu sebuah Geraja di Selangor baru-baru ini.

Persoalannya, sudahkah Dr Hassan Ali atau JAIS bawa bukti bahawa memang benar berlaku ada `program' memurtadkan umat Islam di Gereja tersebut?  Jika ada, mengapa perlu Dr Hassan Ali dipecat kerana itu?  Tetapi jika dipecat kerana `salah laku' atau secara biadap menyerbu rumah ibadat ugama lain itu mungkin boleh dilakukan.  Bayangkan, jika tiada kes atau bukti tentang `upacara' memurtadkan berlaku di situ, tetapi sebaliknya ada bukti bahawa JAIS bertindak `biadap' atau `kurang ajar' menyerbu Gereja tersebut, apa tindakan yang patut dibuat?

Siapa pun bersalah, aku jelek dengan orang yang gunakan media berlidah syaitan untuk mempertahankan diri.  Mahu berjuang Islam, tetapi guna media yang terang nyata dan jelas memusuhi Islam.  Bukankah kita dah tahu media tersebut sebelum ini heboh memberitahu betapa Kristian akan dijadikan Ugama Resmi negara ini?  Bila disiasat, ternyata pembohong besar media itu.  Itukah media yang dipilih oleh Dr Hassan Ali dan anak Tuan Guru Nik Aziz?  Jika Harakah tidak mahu siarkan kenyataan mereka pun, paling tidak gunakan blog sendiri biar Blogger yang lain akan siarkan, bukan menyembah lutut media berlidah syaitan itu.  

Selanjutnya, baca di sini  dan di sini.